Sabtu, 4 September 2010

AFCSM Online Registration



Aku baru sahaja mendaftarkan diri secara online dengan AFCSM sebagai membership di mana pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan pada perjumpaan rasmi AFCSM. Butiran lanjut mengenai cara pendaftaran seperti paparan gambar pertama manakala saiz setiap t-shirt dan polo shirt seperti di lampiran gambar kedua. Untuk mendapatkan borang pendaftaran, sila klik di SINI.

Jumaat, 3 September 2010

Invincible Samir Nasri


Selepas aksi menentang Liverpool pada pembukaan kempen liga musim ini [15 Ogos], Samir Nasri telah melakukan pembedahan minor di bahagian lututnya. Jangkaan awal dia bakal beraksi adalah sebulan selepas pembedahan.

Tetapi semalam dia sudah kembali menjalani latihan dan dilihat pulih seperti sedia kala. Ini setidaknya memberikan major boost kepada Arsenal yang menanti kunjungan Bolton ke Emirates 11 September ini. Ini bermakna hanya Aaron Ramsey, van Persie dan Nicklas Bendtner yang masih lagi menjalani proses pemulihan daripada kecederaan.

Note:

Bukan sahaja dribble jer laju, recovery dari injury pun laju, bagi petua kat abang van Persie tu yer!

Calon Kapten Les Blues


Penggantungan 5 perlawanan Patrice Evra dari skuad France bermakna Laurent Blanc akan mendapatkan calon kapten sementara buat France di mana khabar angin melaporkan Bacary Sagna yang juga pemain Arsenal merupakan calon utama untuk diberikan lilitan kapten. Antara calon lain yang digembar-gemburkan adalah Philippe Mexes dan juga Flourent Malouda.

Jika benar, ini sedikit sebanyak mampu menaikkan moral Sagna dan buat Arsenal amnya. Dan ia juga meneruskan tradisi kapten France di kem Arsenal setelah Patrick Vieira dan Thierry Henry yang juga pernah memikul tanggungjawab ini apatah lagi kedudukan France di mata peminat bola sepak agak goyah setelah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dengan kontroversi dan mengakhiri kempen Piala Dunia dengan memalukan, pastinya tanggungjawab ini lebih besar. Walaubagaimanapun, dia menyatakan apa yang penting baginya adalah menggunakan pengalamannya bersama France untuk disalurkan kepada pemain baru ke dalam skuad France.

"As a player called regularly, yes, I think [I could be a candidate]. Now, the most important thing is first to be powerful, to pass on my experience to the younger players and put them at ease. My role is to defend the colors of the France team, not worry about that [captaincy]. But I think every player here feels important. In order to make an impression and assert themselves, it takes personality."

Aku amat berharap skuad France yang dibimbing Laurent Blanc yang juga merupakan tonggak kejayaan France 98 mampu menggembalikan zaman kegemilangan France seperti tahun 1998-2000 yang berjaya meraih gelaran Piala Dunia dan EURO.

Arsenal 2010/11


Secara rasminya jendela perpindahan telah ditutup dengan rasminya dan bermakna Arsenal menambah 3 pemain ke dalam skuad utama dengan melepaskan beberapa pemain secara berbayar, percuma dan pinjaman. Kehadiran Marouane Chamakh, Lorient Koscielny dan Sebastien Squillaci ke dalam skuad musim ini dilihat sebagai aset utama Arsenal bagi mencabar kejuaraan domestik mahu pun Eropah yang semakin mencabar dan sukar untuk dijangkakan.

Jika dilihat pada jumlah bayaran Arsenal kepada Sevilla dan Lorient, aku percaya amoun yang diberikan Wenger agak mahal kepada duo defender ini tetapi aku yakin apa yang dilihat Wenger kepada kehadiran mereka ini sama seperti Vermaelan di mana kedua-duanya mampu menyesuaikan diri secepat mungkin ke dalam skuad Arsenal setelah kita kehilangan 4 pemain veteran di posisi pertahanan tengah.


Jadi secara logiknya kita memiliki 5 pemain pertahanan tengah iaitu Vermaelan, Djourou, Koscielny, Squillaci dan Nortveit. Jadi aku rasa isu di pertahanan bolehlah dikatakan tamat tetapi di padang belum diketahui lagi cuma tiga aksi liga yang sudah berlangsung, ia menunjukkan sesuatu yang positif dengan hanya 2 gol sahaja dilepaskan.


Berbicara mengenai jumlah gol yang dilepaskan setakat ini, pastinya isu jersi no 1 Arsenal yang dimiliki Almunia menjadi topik perbualan hangat. Tidak sejelas mana dengan rumours yang menyelubungi kem Arsenal bagi mendapatkan Mark Schwarzer di mana aku melihat di pihak Fulham lebih beria dengan isu kemahuan Schwarzer beraksi bersama Arsenal dan jumlah bayaran yang tidak masuk akal.

Dikatakan Wenger telah melakukan bidaan pertama sekitar 2M pounds tetapi ditolak oleh Fulham di mana mereka mahukan jumlah bidaan sekali ganda lagi. Bagi aku Schwarzer bukanlah sehebat mana, cuma prestasinya agak meningkat sejak berpindah daripada Middlesbrough ke Fulham tetapi jika dibandingkan dengan Almunia, mereka adalah penjaga gol yang setaraf tetapi Almunia lebih terjerumus kepada kesilapan-kesilapan naif yang memerangkap Arsenal sendiri. Jika anda sedar, perhatikan aksi terakhir liga sewaktu menentang Fulham di Emirates, Schwarzer juga melakukan kesilapan yang lebih teruk berbanding Almunia.

Sememangnya penjaga gol terbaik dunia sekali pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan-kesilapan naif cuma agak jarang dilakukan. Sekiranya Almunia mampu memperbaiki permainannya, aku yakin kita tidak memerlukan khidmat penjaga gol yang baru. Apa yang aku lihat dia agak lemah dari segi memberikan arahan kepada pemain pertahanan dan kerap terperangkap disebabkan terkeluar dari posisi yang sepatutnya. Jika dia berjaya membaca permainan lebih baik, aku yakin aksinya mampu menyakinkan peminat kepadanya semula seperti mana dia berjaya menolak Jens Lehmann daripada penjaga gol utama Arsenal.


Di bahagian tengah pula hanya Fran Merida yang berpindah ke Atletico Madrid walaupun Barcelona secara terbuka cuba melobi Fabregas pulang ke Nou Camp tetapi ditolak keras bidaan mereka oleh pengurusan Arsenal. Kehadiran Wilshere ke dalam skuad utama mampu memberikan persaingan positif merebut posisi jantung tengah Arsenal yang di ketuai Fabregas. Maka pilihan di bahagian tengah semakin bertambah apatah lagi variasi pemain seperti Samir Nasri, Rosicky, Eboue dan pastinya Wilshere menambahkan pilihan jentera tengah bersama-sama pemain natural posisi tengah iaitu Diaby, Song dan Denilson.

Apa yang menariknya, sekembalinya Wilshere daripada pinjaman dari Bolton, aku melihat aksinya lebih berfizikal dibandingkan fizikalnya dan ini merupakan impak positif yang mahu dilihat Wenger kepada pemain yang dipinjamkannya. Tak hairan kenapa Owen Coyle cukup tertarik dengannya dan aku juga melihat Owen Coyle adalah seorang jurulatih yang mampu membentuk kualiti permainan seseorang pemain itu. Terkejut dengan aksi latihan pertama Wilshere di Bolton di mana secara selambanya dia melakukan terjahan keras kepada Kevin Davies yang membuatkan Owen Coyle amat tertarik. Jadi aksi liga yang seterusnya menentang Bolton, pastinya Wilshere dilihat sebagai tumpuan utama.


Kehadiran Chamakh melalui perpindahan secara percuma dilihat sebagai transfer saga yang cukup berbaloi. Kehadirannya mampu menambahkan kekuatan fizikal di bahagian serangan Arsenal yang aku rasakan amat kurang dirasakan musim lepas. Rajin, mencari ruang bebas, baik di udara dan memiliki susuk tubuh yang sesuai merupakan kelebihan memilikinya cuma aku mahukan dia lebih prolifik. Kehadirannya aku yakin mampu menarik pertahanan dan memberikan ruang kepada pemain seperti Walcott untuk lebih menonjol, sama seperti van Persie walaupun bukanlah prolifik tetapi mampu menyumbangkan sesuatu untuk serangan Arsenal.


Cuma pemergian Eduardo ke Shakhtar Donetsk yang menyentuh hati aku tetapi untuk kebaikannya aku berharap dia akan kembali seperti sedia kala. Tiga gol untuk dua aksi pertamanya melihatkan dia semakin kembali kepada prestasi terbaiknya. Tetapi ianya tidak cukup lama buat Arsenal untuk melakukan farewell party baginya di mana Arsenal akan beraksi menentang Shakhtar Donetsk pada kempen liga juara-juara Eropah musim ini setelah diundi bersama Shakhtar Donetsk di dalam kumpulan H. Kami pastinya akan menyambut kehadirannya semula ke Emirates dengan hati terbuka.

Kempen kelayakan EURO 2012 sudah kembali dan aksi Arsenal terpaksa ditangguhkan sehingga 11 September. Kepada 16 pemain yang beraksi untuk negara masing-masing, selamat maju jaya dan diharapkan pulang kembali ke Emirates dengan bebas daripada kecederaan dan mentaliti yang positif. Di wad Arsenal sekarang didiami oleh Aaron Ramsey, Samir Nasri, Nicklas Bendtner dan van Persie, aku berharap keempat-empat pemain ini akan pulih daripada kecederaan secepat mungkin dan mengembalikan form mereka semula kerana Arsenal amat memerlukan khidmat mereka secepat mungkin. Diharapkan kecederaan berpanjangan musim lepas mampu dilenyapkan pada musim ini.

Berikut merupakan skuad Arsenal bagi musim 2010/11:

Homegrown players:

Nicklas Bendtner
Gael Clichy
Denilson
Johan Djourou
Cesc Fabregas
Vito Mannone
Alex Song

Non-homegrown players:

Manuel Almunia
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Abou Diaby
Emmanuel Eboue
Lukasz Fabianski
Laurent Koscielny
Samir Nasri
Tomas Rosicky
Bacary Sagna
Robin van Persie
Thomas Vermaelen
Sebastien Squillaci

Kelab telah melengkapkan skuad dengan jumlah pemain di bawah usia 21 tahun tidak dibataskan. Ini bermaka Wenger boleh memanggil senarai pemain dibawah untuk aksi liga musim ini iaitu:

Benik Afobe
Chuks Aneke
Nacer Barazite
Kyle Bartley
Francis Coquelin
Craig Eastmond
Jay Emmanuel-Thomas
Emmanuel Frimpong
Kieran Gibbs
Conor Henderson
Gavin Hoyte
Henri Lansbury
Havard Nordtveit
Aaron Ramsey
Mark Randall
Wojciech Szczesny
Armand Traore
Carlos Vela
Theo Walcott
Sanchez Watt
Jack Wilshere

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka ke 53, Mark Schwarzer bagaimana pula?


Sememangnya Schwarzer bukanlah rakyat Malaysia tetapi adakah dia bakal dimerdekakan oleh Fulham pada hari ini seperti mana Malaysia yang menyambut hari kemerdekaan ke 53, di mana hari ini juga merupakan hari terakhir perpindahan pemain bagi EPL. Spekulasi posisi penjaga gawang Arsenal membuatkan aku tertanya-tanya apatah lagi ketibaan Sebastien Squillaci sudah membuatkan aku yakin tiada lagi perpindahan pemain ke Emirates kecuali di bahagian benteng terakhir Arsenal.

Dikhabarkan setelah aksi menentang Blackburn Rovers, Almunia dikatakan datang kepada penyokong Arsenal dan melontarkan jersinya kepada peminat Arsenal. Timbul persoalan di sini, adakah perlawanan ini merupakan kemunculan terakhir Almunia sebagai pemain Arsenal? Boleh jadi YA, boleh jadi TIDAK, tetapi dengan posisinya digembar-gemburkan sebelum penamat musim lepas sehingga sekarang, aku yakin, peminat Arsenal pastinya tidak senang duduk sehingga tempoh masa perpindahan tamat.

Jadi sekiranya Almunia bukan lagi sebagai penjaga gol utama Arsenal, adakah dia bakal berpindah ke kelab lain, atau kekal sebagai pemain Arsenal, pilihan aku, aku mahu dia kekal di Emirates. Mari kita lihat kepada calon yang dikatakan bakal memiliki jersi no 1 Arsenal iaitu Mark Schwarzer. Pada Januari nanti, Schwarzer bakal beraksi bersama Australia untuk kempen Piala Asia kira-kira sebulan lamanya, maka ini bermakna sekiranya dia bersama Arsenal, kita akan kehilangan khidmatnya yang sudah pasti pilihan penjaga gol Arsenal ketika itu hanyalah Fabianski, Mannone atau pun Szczesny. Itu belum termasuk salah seorang daripada ketiga-tiga ini bakal dipinjamkan atau pun Almunia berpindah.

Pastinya jika Almunia berpindah dan salah seorang dipinjamkan (kemungkinan Mannone atau pun Szczesny), aku merasakan Fabianski bakal memikul peranan sebagai benteng terakhir Arsenal. Trauma? Jadi aku masih berpendapat sekiranya Almunia kekal bersama Arsenal lagi, sekurang-kurangnya ketiadaan Schwarzer nanti bukanlah terlalu trauma untuk difikirkan dibandingkan jika benteng terakhir Arsenal dimiliki Fabianski. Sebulan? Cukup lama!

Mungkin terlalu jauh untuk dipikirkan sehingga ke saat ini tetapi aku yakin esok merupakan hari yang amat penting di mana pukul 1 pagi waktu Malaysia (bersamaan 6.00PM UK) merupakan masa penamat perpindahan pemain musim panas kali ini. Sesiapa pun yang bakal di benteng terakhir Arsenal nanti, apa yang boleh aku perkatakan di sini, pastikan ianya bukanlah posisi kambing hitam lagi buat Arsenal musim ini.