Isnin, 19 Oktober 2009

Arsenal 3 - Terorris 1

Arsenal berjaya dengan rentak kemenangan. Gol RVP 17' & Dhalsim 19' ( -> pujaan bro Hafez ) meletakkan Arsenal di depan 2-0. Vita Mannone mendapat kepercayaan AW walau pon dah comeback nya Almunia yg harus terpaksa duduk kat Kursi simpanan.
Kesilapan kacang Mannone berakibat fatal dengan Bowyer menjaringkan gol untuk sang " Terorris " yg tanpa kelibat " The Killer " Matthew Taylor yang berhijrah ke FSV Frankfurt .
Formasi 4-5-1 meletakkan RVP selaku target man sememangnya menjadikan Arsenal menguasai sepenuhnya lapangan tengah dengan 5 midfield ( 3 attacking dan 2 defendsif midfield ).
Rosicky ( -> pesaing kuat Bro Hafez ) hampir menjaringkan gol superb ala bicycle kick selepas mendapat umpan dari RVP, sayang bola terkena pertahanan " Terorris ".
Mendapat umpan Song, RVP melepasi pertahanan lawan, dan merembat kecang ke jaring gawang kiper Birmingham, Joe Hart.
2 menit kemudian Rembatan kaki kiri " Dhalsim " selepas mendapat umpan dari play boy Czecz, Arsenal di depan 2-0.
Mendapat spirit dari nyanyian Lagu PARA PENYOKONG " Terorris " yang kerap bernyanyi meneriakkan nama Matthew Taylor. Dan Liam Ridgwell dengan tak sengaja telah melakukan tackling KERAS yang memaksa Theo walcoot hanya dapat bermain 30 minit sahaja dan di gantikan oleh Arshavin.
Berawal dari bola atas yang tak dapat di tangkap kemas Mannone, Bowyer memaksa Mannone mengutip bola dari dalam gawang Arsenal, di minit 38 Arsenal 2 - Terorris 1.
Rembatan Arshavin minit 41 belom juga dapat menambah sebarang jaringan hingga masa rehat.
Separuh masa ke 2, Arsenal masih mendominasi dengan banyak peluang yang ter sia sia kan minit 53 Arshavin dan diaby yang gagal memanfaatkan peluang terhidang, dan free kick luar kotak pinalty RVP yang sedikit melencong dari gawang, 2 minit kemudian rembatan kiri RVP masih juga terhalang tiang.
minit 79 Mannone nyaris blunder, tak dapat menangkap kemas umpan silang, untung ada last man kat belakang, bila tak mungkin game malam tu berakhir dengan draw.
minit 86 serangan balik yang pantas, dengan umpan cesc fabregas, Arshavin menjaringkan gol untuk Arsenal 3-1.

Arsenal:
Mannone,
Eboue (Wilshere '90), Gallas, Vermaelen, Gibbs,
Fabregas, Song Billong, Diaby, Walcott (Arshavin '33), Rosicky (Sagna ' 72)
RVP

Birmingham:
Hart, Carr, Roger Johnson, Dann, Ridgewell, Larsson, Ferguson, Bowyer, Carsley (Kevin Phillips '71), McFadden (McSheffrey '71), Jerome (O'Connoer '62).

Jumaat, 16 Oktober 2009

Sorry bro..

Harap maaf broo..
minggu nie sibok makan free, banyak sangat rumah terbuka, sibok nak makannnnnn jer..
jadi tak sempat nak up date..
isnin kang Q up date yerr..

P/s
kesulitan amat larrr di kesali, harap maklum..

Remark:

Arsenal bercadang mengadakan Tour Asia lepas dari musim 09/10 nie..
harap para Gooners bersiap sedia, bila dah kaw teem kang..
kita kumpol kat stadium tempat depa berlawan ngan team pilihan Malaysia..
itu pon kalau kekawan nak jerit bersama..
Bro Hafez..
Lu pergi tak??? pe bila Arsenal mari Malaysia???
I conform pegi nyerr, kena cari Over Time kaw2 nie untuk dok kat depan :p wakakakakaka

Khamis, 15 Oktober 2009

HA..HA..HA..HA

Tergelak Q baca berita hari nie, Man C bersaing ketat nak Cescs Fabregas joint ke Manchester City HA...HAHAHAHAHA.

Selain Man C, ada Real Madrid, dan BARCA yang begitu yakin akan kembalinya sang Perantau ( bab Cescs yang berasal dari Akademik BARCA ).
TApi kita tak tau lar hati budi seseorang tu, tapi bila betoi pon Cescs blah dari Arsenal, mungkin Q tak akan percaya yang dia dah blah ( bab Cescs yang begitu sinonim dengan Arsenal ).

Come Back nya Senjata pemusnah.
S. Nasri yang musim nie belom pon pernah main bab cedera masa perlawanan pemanas badan july lepas akibat terajang Dhalsim pujaan Bro Hafez ( bab Dhalsim tu, bro hafez yang bubuh, tu yang jadi melekat gile kat Dhalsim tu ).
Nasri tak dapat menyertai Arsenal saat melayan kunjungan Birmingham atau pon ke Holland bertandang ke kampong AZ Alkmaar.
Tapi Nasri akan turun saat melawan West Ham United nanti.

BAb Qualification membabit kan pemain Arsenal, petang sikit Q post kan.
Bab tak habis pikir lagi, Cam ner Man C ber tebal muko nak beli Cescs.
Sedangkan seteru utama Arsenal sekarang bukan lar lagi Derby " PANAS " dengan Totteham Hotspurs, melainkan Man C sarang Cecungguk yang tamakkan wang Pounds pak ARab.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Gunners international duty.

International break:
Gael Clichy, Abou Diaby, William Gallas, Bacary Sagna
France 5 - Faroe Islands 0, WC Qualifier, Oct 10hb
35' André-Pierre G.38' André-Pierre G.53' Gallas W.85' Anelka N.88' Benzema K.

France v Austria, WC Qualifier, Oct 14hb


Raymond Domenech boleh berasa lega, apa bila Anak didik nya membenam Faroe Islands 5-0 menghidupkan kembali asa dengan bermain di play off nantinya.

Cesc Fabregas

Armenia 1- Spain 2, WC Qualifier, Oct 10hb
57' Arzumanyan R. - 33' Cesc Fàbregas 64' Mata

Bosnia-Herzegovina v Spain, WC Qualifier, Oct 14hb


Spain dah pon layak ke WC 2010 sebagai juara kumpulan, 1 baki perlawanan adalah untuk testing player dan formasi serta cukupkan syarat.

Thomas Vermaelen

Belgium 2 - Turkey 0, WC Qualifier, Oct 10hb
Mpenza E. 7' 84'.

Estonia v Belgium, WC Qualifier, Oct 14hb 2009


5 kekalahan menyebabkan Belgium dah pon tak layak ke World Cup. 2 baki perlawanan nie untuk cukup kan syarat jer dan menimba pengalaman.


Philippe Senderos
Luxembourg 0 - Switzerland 3, WC Qualifier, Oct 10hb
Senderos P.7' 22' Huggel B.

Switzerland - Israel Oct 14hb 2009

Senderos mungkin akan mendapat pertimbangan dalam squad utama selepas tampil memukau dengan 2 jaringan untuk Switzerland muncul juara kumpulan dengan baki 1 perlawanan.

Thomas Rosicky ( --> Mamat hensem yang buat bro hafez tak lena tidor )
Czech Republic 2 - Poland 0, WC Qualifier, Oct 10hb
51' Necid T.72' Plasil J.

Czech Republic v Northern Ireland, WC Qualifier, Oct 14hb

group3 nie adalah group yang menghadapi saingan paling ketat di zone europe. Hanya San Marino tanpa sebarang pungutan mata. Czechs tak dapat memintas Slovakia tapi hanya 2mata di belakang tempat ke 2 Slovenia. Dan Bro hensem captain Czechs ( pujaan aweks bro hafez ) muncul man of the match.

Eduardo
Kazakhstan v Croatia, WC Qualifier October 14hb

Slavan Bilic tak dapat menagih khidmat Dudu yang masih juga cedera. ape pe pun hope u get well soon Dudu.

Carlos Vela
Mexico v El Salvador, WC Qualifier, Oct 10hb

Trinidad and Tobago v Mexico, WC Qualifier, Oct 14hb

Mexico yang dah pasti ada di posisi play off, pasukan mexico hanya perlu 4mata 2 baki perlawana untuk terus layak ke WC2010.


Andrey Arshavin
Russia 0 - Germany 1 , WC Qualifier, Oct 10hb
34' Klose M.

Abjerbaijan v Russia, WC Qualifier, Oct 14hb

Russia dah pasti dalam posisi Play-Off tapi menang atas Germany akan melayakkan Russia automatik ke WC2010. Andrey Arshavin akan di beri tanggung jawab sebagai captain Russia.
tapi sayang dek tumbang 0-1 di rumah sendiri.

Nicklas Bendtner

Denmark 1 - Sweden 0, WC Qualifier, Oct 10hb
78' Poulsen J.

Denmark v Hungary, WC Qualifier, Oct 14

Denmark telah memastikan tempat ke World Cup 2010 selepas menang 1-0 atas Sweden yang memiliki Zlatan ibramovic, rupa2 nya Denmark ada N. Bendtner, tu yang jadi menang tu.

Alex Song
Cameroon v Togo, WC Qualifier, Oct 10hb
32' Geremi47' Makoun II J.52' Emana

juara kumpulan telah pon mengukuhkan tempat ke World Cup 2010 selepas mengalahkan Togo 3-0. Tapi sayangnya Gabon menang ke atas Morroco maka Cameroon harus menunggu sampai ke pertandingan terakhir.

Emmanuel Eboue

Malawi 1 - Ivory Coast 1 Oct 10hb
64' Ngwira J. 67' Drogba D.

Drogba striker termashyur BPL walau pon dia nie suka skuba kat padang bola, tapi memang Q akui dia salah seorang Striker yang menggerunkan.

Puyol ke Arsenal??

Tak tau lar, cam ner lar pulak boleh ada rumour bende bende cam nie, tapi bukan hal mustahil Carles Puyol berlabuh ke Emirates.
Menurut Daily Mail, Puyol mencintai Barcelona, tapi depa ingin menguji diri kat liga lain, terutama Premier League yang dinilainya sangat mencabar.
Arsene Wenger bukan tak mungkin merekrut captain Barca nie, bab Sylvestre yang menurut Q kurang bermanfaat kat squad The Gunners, tetapi di manfaatkan dalam squad reserve sebagai captain, mungkin untuk membimbing Young Junior Gunners.
Problem baru ialah: bila beli Puyol, Gallas-Vermaelen yang begitu mantap kat pertahanan nak buat cam ne??? Vermaelen memang lar boleh kat kanan, kiri mau pon centre defender, mungkin kah???
tapi hasrat nie bukan nya senang, bab Man. C yang turut berminat dengan Puyol juga dari tahun lepas hendak menggunakan wang Pounds pak Arab untuk Captain Barca nie.



Nama Lengkap: Carles Puyol Saforcada
Tanggal Lahir: 13 Apr 1978
Tempat Lahir: Pobla de Segur
Warga Negara: Spain
Tinggi: 178 cm.
Berat: 80 Kg.
Posisi: Defender
Squad: Spain & Barcelona.

P/s : Sesuai ke orang tua nie kat Young Gunners????