Selasa, 29 Jun 2010

nak tau sape partner Vermaelen musim hadapan???!!

Arsenal baru jerr spent 8,1m Pounds untuk Central back Laurent Koscielny dari Lorient Fc, league 1 France.

termasuk di dalam perjanjian Francis Coquelin on loan 1 tahun sebagai pertukaran.


Bila Arsenal berjaya mendapat sebarang piala, maka kena lar pulak bayar 1,9m pounds sebagai harga penuh tag 10m pounds untuk Defender 24thn nie.


Lorient membeli nya 2thn lepas dengan harga 1,5m pounds dari Club Tours league 2 France, dan musim lepas mamat nie menarik perhatian The Prof. sebab tampil cemerlang menjaga bahagian belakang Lorient.


William Gallas, Sylvestre dan Sol Campbell dah hampir pasti blah, AW terdesak membeli CB bab yang tersisa hanya Vermaelen + Djourou jer.
tu pun Djourou hanya bermain 1kali musim lepas sebelum cedera dan 48kali sahaja mulai dari 2004 ( Hampeeee ).



Profile Laurent Koscielny.
Lahir : 10hb Sept 1985, France.
berat: 75kg
Tinggi: 1,85 m. ( boleh lar tepis lawan yang minat main bola tinggi kang).

Remarks:
Bab capitan kite tuu, masih sebatas spekulasi dan kabar kosong lagi, jadi Q tak boleh nak posting, sekejap cakap Arsenal nak lepas, sekejap cakap Arsenal nak up harga, tak tau mana 1 yang betoi..
ENTAHHHHH LARRR

Khamis, 17 Jun 2010

Barca cuba memancing di air keruh.

Barca mulai memasang umpan lagi, kali ini Zlatan Ibrahimovic menjadi umpan + dengan sejumlah wang pounds untuk membeli kembali budak perantau depa yang dah pon menjadi kapten dan juga nyawa pemainan Arsenal yang kita sayangi.


Ibra joint Barca tahun 2008 dan memenuhi statusnya sebagai salah seorang striker terbaik dunia dengan perform yang baik di awal musim bersama Barca

sayang oi sayang.. badan macam gergasi pon boleh cedera, separuh musim kedua Ibra lebih banyak cedera dan lebih banyak menghabiskan masa selaku pemain simpanan.


President Barca Joan Laporta menafikan berita tersebut, dan berjanji akan mengekalkan ibra kat Nou Camp.

Masaalahnya Joan Laporta duduk kat kursi panas Presiden club setakat sampai hujung bulan 6 jerrr.


Bulan 7 pulak, Sandro Rosell yang dapat rasa kursi panas tu, Rosell pon tak ada buat apa2 janji untuk kekalkan pemain musim lepas walau dah ada David Villa yang baru sahaja joint Barca selepas tamat musim 09/10.

Barca masih belom berputus asa, walau AW dan pengurusan club Arsenal memastikan "Cescs is NOT FOR SALE".



Just wait & see mate.

Liverpool Vs Arsenal = Pembuka tirai musim 2010/11.

Selepas Charity Shield,
Liv vs Arsenal sebagai pembuka tirai musim 2010/11.
Setakat nie, baru Joe Cole dan Chamakh yang joint Barisan muda Arsenal dengan free contract.
Joe Cole akan mendapatkan bayaran tertinggi di Arsenal dengan 135k/minggu.
( jadi isu tertunggak kang nie musim hadapan, agaknya bab made in England kot?? ).


Gallas hampir pasti meninggalkan Arsenal sebab tiada kata sepakat berhubung contract nya yang Expired musim nie ( masih ingat HAR MEE BETOI BETOI HO LIAW kerrr??? :p wakakakaka ).
Gallas kurang berpuas hati 80k/minggu yang di tawarkan Arsenal terhadap khidmatnya, Juventus yang memang berminat dengan Gallas memanfaatkan situasi ini dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi dari Arsenal. ( Gallas hati kapas, nak blah, blah jerr lar ).
Agak nya Vermaelen akan bergandingan dengan bakat muda Gregory Van Der Wiel (Ajax Amsterdam) yang akan joint Arsenal selepas WC 2010.

Profil Gregory Van Der Wiel.
Lahir kat Amsterdam ( Holland ) 02hb Feb 1988.
tinggi 172 sm ( kira ok lar tu cukup nak main bola2 tinggi ).
berat 69kg ( kena makan bebanyak, biar badan sasa sikit).

Selain Liverpool sebagai pembuka tirai 14hb ogos nanti, Super sunday akan di hiasi Tth Hotspurs vs Man. C.
Chelsea pulak vs West Brom Albion.
Man U vs New Castle.

Remark :
Bendtner Cedera masa Denmark Vs Holland, balik kat Arsenal harap2 dah semboh lar.

Lain kali Q update bila ade hal kena ngan Gunners kita. k..

Khamis, 10 Jun 2010

Joe Cole rasmi joint "The Gunners"

Suka atau pon tak, Joe Cole dah pon rasmi masuk dalam keluarga besar Arsenal dengan status free transfer, sebelum depa gerak ke South Africa.
80k Pounds / minggu mengikat Joe Cole 3 tahun di Arsenal.
Joe Cole ( 28thn ) musim lepas lebih banyak menghabiskan masa di tepi padang selaku pemain simpanan.
Arsene Wenger yang memang terkenal dengan visi tersendiri merasa Joe Cole dapat melengkapi berbagai formasi yang kelak The Prof guna untuk melayan saingan musim hadapan yang lebih mencabar, dari juara bertahan Chelsea, Man U, Liv yang terhumbang ambing musim lepas, Totteham hotspurs dan Man. C dengan wang pak arab dah pon memperkemas jentera masing2 pasukan untuk menggugat big 4 yang menyaksikan Liverpool tercicir kedudukan ke 4 telah di rampas Totteham.

harap2 jerrr lar Joe Cole nie menjadi permata yang di gosok oleh AW lepas joint ngan Arsenal untuk saingan musim hadapan.

Remark:
nampak gaya cara AW pasang strategic untuk musim hadapan, kemungkinan bosar sekali kapten kita balik kampung depa, termakan bujuk rayu agak nya.
Q rasa transfer Cescs mungkin setakat 45jt Pounds untuk Barca ambik balik budak perantau.
Agak2 kekawan, sape layak ambik tempat kapten, RVP ke ???
dan boleh ke Nasri ambik alih tugasan Cescs selaku panglima kat tengah padang???
( Tak boleh pon, kene boleh engko nanti nye Nasriiiiii ).

Isnin, 7 Jun 2010

AW bengang kat Barca.

Permainan tarik ulur Barca dah pada kemuncaknya, yang menimbulkan perasaan marah The Prof.

AW yang dah Bengang ngan sikap club Catalan tu, mulai dari Presiden, pihak pengurusan, Pemain dan tak kurang dari penyokong, yang asik dok sibok nak Budak Perantau balik kampung.
Tu larrrr, semasa di sisi, tak lar cuba menghargai, bila dah power dan famous, baru sibok mengenangkan BUDAK PERANTAU LAR, EX-academic Barca lar, asal Catalan lar ( Jari tengah Gua buat lu Barca.... Ambik!!!! ).
Barca dikabarkan hanya akan membeli kembali Cescs dengan harga 35jt Pounds tak akan lebih dari pada budget yang dah pon di tentukan, akan tetapi bab banyak temberang yang di buat Barca sendiri, pengurus Arsenal dah pon HANGIN, " BAWA MAI 50JT POUNDS, LU BAWAK LARRR CESCS BALIK", cam tu lar kata Wenger bila Translate dalam BM ( hehehehe Q tambah perisa sikit, biar sodap nak dongar ).

Joe Cole yang Q anggap kurang power dan kerap di landa kecederaan semasa bersama " The Blues ", nampak mengadakan perbincangan pribadi ngan AW, selepas joe cole yang kureng berminat menyambung contract yang dah pon luput Tempoh kat S.Bridge.. ( macam HARR MEE ala pineng " BETOI BETOI HO LIAW jerrr pakai tarikh luput :p hue hue hue hue )
Ray Wilkins ( Ass. Don Carlo ) cuba ayat elok2 joe Cole untuk stay, selepas mendapat tau yang Cole di minati Banyak club gergasi ( Man U, Tth, Man. C dan Arsenal sendiri )
--> tak nak lepas free agak nya, nak lelong kat separoh musim nanti ke?? ingat lu sorang ke ada sekolah bro Ray???? lu pikir lar sendiri.
Remark:
Gooners??? ok ke ikat Joe Cole tu??? Q rasa kureng minat lar kat dia nie, rakan lain cam ner??

Khamis, 3 Jun 2010

sorry!!!! Our Captain NOT FOR SALE!!!!

Barca hari nie telah membuat bidaan rasmi yang tak menyebutkan jumlah wang untuk membeli balik BUDAK PERANTAU yang menjadi nyawa permainan Arsenal kita.
Dalam laman web rasmi Arsenal.com telah menyatakan Cescs adalah sebahagian dari perancangan masa hadapan Young Gunz, dan tidak akan membuka sebarang perbincangan mengenai transfer membabitkan Cescs.
Barca mendapat lampu hijau untuk mengajukan bidaan selepas mendapat tau yang Cescs menjumpai AW demi membincangkan perpindahan depa ke Barca.

AW beri sepatah dua kat Cescs, yang beliau tak payah risau sangat bab bidaan Barca, sebaliknya focus pada WC untuk membantu spain menjulang piala paling berprestij di dunia. selebihnya AW akan uruskan bab masa depan depa bersama young gunz.

Pihak pengurusan Arsenal telah pun menutup pintu perbincangan bagi transfer Cescs, dengan notis CESCS IS NOT FOR SALE!!! Pihak Barca pun sudah menyatakan akan menghormati keputusan Arsenal.
Pihak pengurusan pun berharap Barca akan mengkotakan janji untuk tidak lagi mengungkit pasal perpindahan Cescs yang terikat contract dengan Arsenal sampai musim panas 2015.

Bab yang lain, Arsenal memperpanjang contract Ramsey, Young Gunz asal Wales ini di minati ramai club termasuklah Man U yang menggunakan khidmat giggs untuk merayu bakat muda Wales joint Man U.

Ramsey dari pada mula lagi memang nak joint Young Gunz, mendapat bayaran balik dengan di perpanjang contract untuk jangka masa panjang.

Get Well soon bro, khidmat mu kami tagih untuk berjuang bersama Young Gunz.

Bab berita yang basa basi, Q tak post selagi tak kompem.
Adiossss Gooners.