Ahad, 28 Februari 2010

3 point " BERDARAH "

Britannia Stadium menjadi saksi semasa Ryan Shawcross mematahkan kaki Ramsey, midfield yang memiliki masa depan gemilang asal wales.
Walau kemenangan 1-3 Arsenal mengutip 3mata berharga, terasa hambar bila 1 lagi rakan Gunners terkena musibah mengerikan.
mungkin insiden tackling minit 66 amat menggerunkan sampai kan rangkaian tv pon tak berani nak tayang ulang insiden yang berlaku.
AW mengutuk keras Ryan Shawcross yang berkata tidak sengaja sampai berlaku insiden terbabit.
( babi punye orang, mari aku patahkan kaki burok engko tu, pas tu aku cakap tak sengaja, main macam siyal jerrr, nak menang dengan taktik kotor ).

Posting kali nie, mari lar kita ramai2 turut bersatu dalam doa untuk Ramsey, agar kecederaan yang di derita nya tak lar sampai menamatkan karier di dalam usia yang masih begitu muda lagi.

P/s:
Bro Hafez Sorry semalam tak pergi joint kat seksyen 15. ( bab yang aku bagi tau engko, jangan pecah lubang tau, malu aku nanti kang ).
gap berbaki 3 point dari pendahulu Chelsea, Harap2 konsisten selepas nie berterusan.

Sabtu, 27 Februari 2010

Pre : Stoke. C vs Arsenal.

Nampak gaya Bro Hafez ( abang angkat Diaby ) tengah busy dengan program2 nya, Q ulas sedikit bab game malam nanti.( tapi tak de link streamink )

Arsenal yang dalam dilema performa naik turun dan dilanda kecederaan ramai pemain inti.
RVP, Djourou, Gibbs individu yang ambik cuti panjang, Arshavin, Gallas yang masih belum boleh turut serta ke The Stadium of Britania, Dudu yang 50-50, memang menyakitkan kepala penyokong2 fanatik Arsenal ( kepala AW lagi larr ).

Stoke musim lepas di rumah sendiri membenam Arsenal 2-1, tampil memukau 7 perlawanan tanpa kalah, belum masuk masuk kira 1 draw di rumah M.C dan 1 draw + 1 kemenangan melawan Man. C di rumah sendiri Perlawanan FA Cup, menyaksikan si SAYOR KAILAN PENGKHIANAT kene red card - dapat bonus hujung bulan 4 kali kene gantung perlawanan ( padan muke die wakakakakaka ).

Tuan Rumah.
Stoke City.
Performa yang semakin meningkat menambah kepercayaan diri pemain2 Stoke, walau pon hanya berharap Throw in Delap yang memang patut di bagi ibu jari ( macam kacang Ngan nyin ).
Arsenal sendiri dah pon beberapa kali kecundang padah dari throw in delap yang memang luar biasa walau jarak lebih dari suku padang mengarah ke Gawang, dapat menghasilkan Gol.
Ricardo Fuller yang semakin tajam, menempatkan dirinya antara striker yang patut di beri perhatian pihak lawan.

Arsenal.
Tanpa kelibat Arshavin dan Dudu, nampaknya Bendtner masih menjadi sandaran bagian hadapan Arsenal.
Aksi kurang bertenaga menang ke Atas Sunderland di hadapan penyokong sendiri boleh dikatakan nasib baik ada pinalty di minit terakhir perlawanan.

Squad Predict(Corak bertahan):
Almunia
Eboue-Campbell-Vermaelen-Clichy
Denilson-Song-Diaby(adik angkat bro Hafez)
Walcoot-Nasri
Bendtner


Score Predict:
Stoke 1
Arsenal 2

P/s:
Kali ini Expert predict Arsenal menang dengan perbezaan 1gol. Pengulas sukan siyal tak bagi predict.
Suboh nie memang betoi2 menjadi penentu hala tuju Arsenal untuk saingan BPL.
Risau simpan player untok Leg 2 vs Porto, kalau macam tu juga, tahan2 mental jerrr larrr.
Walau pe pe pon Q tetap sokong Gunners forever.

Jumaat, 26 Februari 2010

Bergkamp pelawa Arsenal untuk rekrut Attacking Midfield muda Ajax.

Bergkamp individu masuk dalam kategori Legend kat Arsenal cuba rekomen Christian Eriksen Attacking Midfield warga negara Denmark kat AW, walau baru 18thn dah pun masuk dalam squad inti kendalian Martin Jol AJAX AMSTERDAM.

Profile:
Lahir: 26hb Jan 1992
Warga Negara: Denmark
Tinggi: 173 cm.
Peranan: Attacking Midfielder.

Mamat Denmark nie mempunyai baki contract 1 thn je lagi, Jol ingin extend dan ikat budak nie bab Chelsea & Man. U turut berminat mendapatkannya.
Bila berminat AW kena bertindak pantas, bab mamat nie dah pon melakukan uji cuba ngan Chelsea dan Barca.

Arsenal juga mengintai bakat pemain muda Islandia 17 tahun, Ingolfur Sigurdsson, untuk menjalani uji cuba. Midfield asal club Knattsplyrnufelag Reykjavikur itu terus menjaringkan gol pada perlawanan U-16 Arsenal melawan Fulham minggu lepas.

P/s:
ini project 5 thn ke depan, jadi jangan berharap sangat, Cescs tu lain kes, bab P. Viera dah tua.
Mana lar tau boleh jadi Reserve baik punya untok FA Cup dan Carling.
Arsenal tengah dalam dilema, nak berhadapan ngan Stoke yang On Fire, boleh ke tidak Arsenal redam Stoke kita tunggu jerr, Pasal Posting Game Stoke City Vs Arsenal Bro Hafez yang postingkan jerr lar, siap ada link Streaming lagi.

Rabu, 24 Februari 2010

Hutang Arsenal Meningkat!

Nicklas Bendtner yang sudah kembali pulih dari kecederaan selama 3 bulan pada penghujung Januari mengakui dia ada hutang besar dengan Arsene Wenger akan tetapi mereka berdua juga ada hutang besar kepada peminat Arsenal. Tanpa penambahan penyerang pada musim perpindahan Januari di mana Arsenal mengalami krisis agak kritikal setelah kecederaan panjang van Persie dan Bendtner, masuk keluar Eduardo, Vela dan Walcott dalam wad, ini bermakna kembalinya Bendtner ke dalam skuad Arsenal bermakna dia perlu memikul tugas paling mencabar dalam kariernya.


"All I have to do now is show him he made the right choice. I'm sure he has and I've got to show it on the pitch."

Dia menyatakan betapa pentingnya untuk dia membayar kepercayaan Wenger yang sanggup menyimpan duit poket dari berbelanja jadi dia merasakan apa yang dilakukannya Wenger perlu dibayar kembali. Peminat sudah pasti terpaksa menerima keadaan ini walaupun bermacam rumours perlu dilayan tapi akhirnya semua sudah terbukti tiada sebarang khidmat tambahan dijelmakan. Jadi untuk adil, Bendtner perlu membayar hutang dia kepada Wenger manakala peminat Arsenal menjadi pemiutang mereka sehingga May nanti.

Mungkin kedudukan liga sekarang melihatkan Arsenal berada di kedudukan terbaik untuk merapatkan jurang mata tambahan pula lawan Arsenal awal pagi Ahad nanti iaitu Stoke City perlu berhempas pulas di Manchester untuk mengekang Manchester City dari layak ke suku akhir piala FA. Dengan Arsenal segar dengan seminggu, ini kelebihan yang perlu digunakan sebaik mungkin. Dan begitu juga di kem Chelsea, mungkin kita boleh mengharapkan keputusan negatif untuk mereka apabila mereka menerima kunjungan City di mana mereka terpaksa terbang ke Milan hari ini dan beraksi pada hari Sabtu untuk kempen liga.

Dengan baki kurang dari 3 bulan saingan liga di Eropah bakal tamat, apa-apa pun keputusan di luar jangkaan mampu berlaku, sama ada positif atau negatif buat Arsenal dan juga pasukan lain. Untuk berlaku tidak adil, aku perlu katakan, keputusan Arsenal nanti pada May lebih positif. Optimistik adalah penting buat masa sekarang dan fokus dari satu perlawanan kepada perlawanan lain amat diperlukan. Kurang pengalaman adalah alasan tidak masuk di akal kerana aku percaya Arsenal musim ini lebih baik dengan semangat sepasukan dan ini dapat dilihat sejak musim lepas di mana Arsenal berjaya kembali ke pasukan 4 teratas liga jadi musim ini adalah tidak mustahil untuk mengambil balik semangat musim lepas dalam usaha merangkul kejuaraan liga dan UCL.

Sehingga berjumpa pada entri seterusnya.

Selasa, 23 Februari 2010

WC 2010; England Perlukan Perubahan

Selepas aksi yang bukanlah maksimum yang mampu diberikan oleh Walcott tapi akhirnya kelihatan sedikit perubahan daripada permainan Walcott yang aku rasakan lebih baik terutamanya dari segi larian-larian break away yang banyak mengucar-kacirkan pertahanan Sunderland. Dan sudah terbiasa, pantas media British kembali menghangatkan kembali nama Walcott ke dalam senarai kunjungan ke Afrika Selatan bersama skuad England pada Julai nanti.

Mungkin aku boleh ibaratkan mereka [media England] terlalu gopoh, terkejar-kejar, drastik dan plastik dalam setiap artikel yang diberikan. Sebagai contoh, mereka merasakan Walcott bagaikan sukar untuk kembali ke skuad utama England tetapi kecederaan hampir dua musim Owen Hargreaves bagaikan suatu tonik untuk skuad England. Pelik, aku rasa jika pemain yang kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad England seperti Joe Hart, Milner, Ashley Young, Agbonlahor dan Downing tidak disenaraikan, sebaliknya pemain yang kurang beraksi musim ini diberikan peluang, memang tidak adil.

Kenapa aku senaraikan pemain Aston Villa? Aku rasakan mereka cukup promising tetapi apakan daya, England masih lagi sama seperti 4 tahun lepas, bagaikan pasukan yang terlalu fanatik dengan pemain yang cuma hebat pada nama. Jujurnya, aku berani perkatakan, sekiranya Capello tidak memecahkan pemain tengahnya yang ditunjangi Lampard, Gerrard dan Barry, aku yakin, England akan kempunan untuk mengulangi kejayaan 1966 kerana sejak mula aku melihat ketiga-tiga pemain ini beraksi bersama-sama, langsung tiada keserasian dan perfahaman.

Dan aku juga merasakan Walcott tidak perlu mendesak diri untuk beraksi sebaik mungkin untuk tiket ke Afrika Selatan sebaliknya jika dia beraksi dengan lebih yakin dan tenang, tiket jemputan itu akan datang dengan sendirinya. Tekanan pada Walcott sejak WC 2006 sebenarnya mempengaruhi kedudukan dia sekarang dan jika dia gagal sekali pun untuk berada di Arfika Selatan, peluang dia untuk aksi WC lain bersama kompatriot sebaya dengannya masih cerah.