Rabu, 28 April 2010

Siyal punya Arshavin.

Belom pon lepas dari geram bab Arsenal puasa gelaran, mamat Russia kita dah pon cetuskan kontroversi lagi.
Arshavin mengulas 3 pengurus terbaik dunia menurut nya yakni:
Guus Hiddink, jose maurinho, fabio Capello.
Adapun AW hanya setakat cukup baik sahaja, dan bila dia dapat memilih pengurus untuk squad Russia, dia akan memilih antara 3 pengurus terbaik versi diri nya sendiri, bukan AW.

yang nie tak pe lagi, yang bengang nya, Arshavin mengeluarkan kenyataan yang dia berminat untuk bergabung ngan Barca. Dia cakap joint Barca adalah kemuncak karier nya, bermain bersama Messi dan kekawan adalah impian mamat Russia nie.

Q pon respect daya juang mamat russia nie semenjak joint Young Guns, tapi semenjak dua menjak nie, dah mulai reti belagak, menyampah tengok muke dia yang tamak nak score goal.

Bila nak blah, blah lar, Gooners tak bergantung pada penyangak macam lu larrr.

AW kene berbuat sesuatu, janji nak spent, kene spent sebelum WC 2010 nie, bila tak , nanti tetahan jerrrr harga bertambah mahal, macam Nasri.

P/s :
Biar larrr barca beli Arshavin tu, kalau dah kompem sign Chamakh.
Menyampah tengok dia tu, patut pon main semacam jerrr, sibok nak piala rupanya.
Bro Hafez, tolong lu uruskan Arshavin nie gi Celtic or Rangers kat scotland.
kompem dia ambik juara tiap tahun, saya tak payah lar ada penyangak dalam Pasukan Young Guns, merosak mental jerrr nanti.

Q Proud be 1 of Gooners. Once Gooner-Gooner forever.

Ahad, 25 April 2010

Arsenal puasa gelar untuk 5thn.

aksi di emirates melayan limpahan wang pounds pak arab menyaksikan Arsenal setakat berpuas hati dengan tambahan 1 mata sahaja.
Tiada yang special dalam aksi 90minit kat padang dengan tambahan yang paling lama Q pernah tengok yakni 8minit bab given yang terkehel tangan jasa adik angkat bro hafez ( Diaby ), mengalahkan masa tambahan 7minit game Stoke vs Arsenal yang mana Ramsey patah kaki, hanya kelibat Nasri, Song di bahagian tengah nampak bertenaga di tambah Clichy yang mulai in form, dan sedikit tusukan RVP ke ruang pertahanan Man. C. lain daripada itu, hampe...

Masuknya ex-gunners ke padang, Toure dan Vieira mendapat tepukan gemuruh dari penyokong2 Arsenal sendiri.
Sampai lar minit 72, bila Vieira di gantikan Adebayor, keadaan bertukar bunyi BBBBOOOOOO.
(NASIB ENGKO LAR BAYOR EH BAYOR).

Walau tak suka, Q memang harus mengakui, masuknya si Bayor nie, memaksa Arsenal memperkemas jentera pertahanan, Song selaku pengrosak serangan lawan berjaya mengawal keadaan, dan sempat nak bercium ngan Bellamy.
Bellamy memang patut di berikan sedikit pujian, kelajuan dalam dribling bola cukup menakjubkan walau Sagna berjaya menghambat laju striker wales nie

Tak po lar, next year kita cuba lagi.

pada bro hafez...
jangan patah semangat..
bila ado super sunday next year punye, yakin boleh menang, kita layan projector tembak diding yang engko cakap..
( jangan tembak orang dah larrr ).
ok lar
Q cao dulu, tak leh tidur tengok game semalam Arsenal tak larat nak balas, Q dah azam nak cium logo depan2 tv kedai mamak tu, tapi tak tercapai larrrr, sampai tak dapat tidorrrr..
tesionnnnnnnn,.....

Sabtu, 24 April 2010

Pre : Arsenal Vs Man.C

Arsenal yang sedang dalam dilema krisis pemain utama, malam ini akan melayan kunjungan Man. C yang glamour dengan wang pounds pak Arab.
Ada 3 ex-Gunz : Kolo Toure,Vieira dan yang terkahir si Sayor Kailan yang dah pencen dari squad kebangsaan Togo.
The Prof berharap kat penyokong Gunners, tak lagi mengungkit kes panas Adebayor masa kita berkunjung ke MC tahun lepas, dan nampak gaya Adebayor pon takut dari awal2 lagi, masa bro Hafez dapat tangkap yang mamat nie pakai T-shirt berlogo Arsenal, dan kenyataan bayor kat media yang berkata yang dia tak nak pindah, AW pon tau yang dia tak nak pindah, itu lar kenyataan si berok nie selepas kene tembakan terorris di Angola masa Piala Africa dulu ( nasib die baik, bukan die kene tembak mati ).
( Bengang gak tengok mat Togo nie, tapi abaikan jer larr, lain kali kalau buat lagi baru kita kasih pancit kete die ).


ok lar kita layan Prebiu kita dulu.

Tuan Rumah.
Arsenal.

Cescs, Arshavin, Gallas adalah 3pemain utama yang absent dan terbaru Vermelen mungkin bercuti lebih awal dan tidak lagi turut dalam 3baki game BPL musim nie, memang memberi impak besar terhadap perform Arsenal.
2kekalahan lepas sebagai bukti yang tak de 4 orang tersebut, Arsenal mengalami kejatuhan, tumpas ngan totteham, kecundang di 10 minit terakhir ngan Wigan.
Boleh di katakan Almunia dan Fabiansky adalah kambing hitam dalam squad yang kalah tersebut.
Almunia selaku mentor bagi lepas 2gol untuk Totteham, yang paling tak boleh di terima Fabiansky selaku protege 3gol dalam last 10 minit. ( podih...podihh.. )
bab yang 2 ekor nie lain kali lar, kita balik pada topik kita.
kali ini boleh di katakan aksi balas balik, tapi dengan ramai pemain utama cedera, boleh ke Youngs Gunz kite nie???
Ape pe pon kene caya ngan The Prof.
selaku Gooner gua caya sama lu Wenger, jangan kecewakan kite orang kat sini.
( macam lar wenger reti cakap melayu :) hihihihihihi)


5 last game BPL Arsenal: ( L, L, W, D, W )
18hb Apr Wigan - Arsenal 3-2 L
14hb Apr Totteham - Arsenal 2-1 L
03hb apr Arsenal - Wolverhampton 1-0 W
27hb Mar Birmingham - Arsenal 1-1 D
20hb mar Arsenal - WHU 2-0 W

Agaknya Almunia masih cedera, dan Wenger bagi Fabiansky untuk tebus balik apa yang dah dia bagi kat wigan, depa jadi starter, RVP yang baru jerr semboh mesti jadi reserve dengan cergas semulanya Dudu.

Fabiansky;- Sagna, Campbell, Sylvestre, Clichy;- Eboue, Diaby, Nasri, Rosicky;- Eduardo, Bendtner

Man. C

Man. C yang minggu lepas tumpas di kandang sendiri pada musuh derby utama Man U, terdesak untuk menang, untuk menjaga peluang tampil di liga champion musim hadapan dengan perburuan slot ke 4 itu tertumpu pada 4 pasukan, Totteham, Man C, Astonvilla dan Liverpool. Micah Richards yang kembali menambah lagi daya serang Man. C. Nampaknya bila Arsenal leka di barisan belakang, sedikit kesilapan tiada maaf bagi Young Gunz.

17hb Apr MC - MU 0-1 L

11hb Apr MC - Birmingham 5-1 W

03 Apr Burnley - MC 1-6 W

29hb Mar MC - Wigan 3-0 W

3game terakhir Arsenal vs Man. C
12hb Spt 09 MC - Arsenal 4-2
04hb Apr 09 Arsenal - MC 2-0
22hb nov 08 MC - Arsenal 3-0

Given
Micah Richards, Toure, Kompany, Bridge ----> Best Frenz JT
Adam Johnson, nigel de jong, Gareth barry, Bellamy
Tevez, Adebayor

P/s :
Expert predict, perlawanan dramatik berakhir dengan draw.

Q predict, Arsenal berhempas pulas untuk menang 2gol berbalas 1.

kekawan cam ner???

Rabu, 21 April 2010

Relax bro...

Nampak gaya ramai dah penyokong Arsenal dah naik hangin ngan pasukan muda Gunners.
Bro Hafez sampai marah2 kat fb depa :phue hehehehe

Relax bro..
ibarat ombak ada naik ada surut, naik selalu, jawaban dia: kita tak makan ikan, nelayan takut turun laut.
Kalau turun pulak, sayang ikan berlambak busuk, tak de orang nak.
KARAMSING WALIA untuk Blogger :p hue hehehehe
Cam tu jugak bola nie, cukup lar kita gegar BPL ngan 49game without Lose tu.
Lain kali kita cuba rekod lain pulak.

ikutkan hati, Q geram jugak sebenar ngan Wenger nie, bergantung ngan individu tertentu jerrr, bila dah kena hentam badai cedera pemain utama, dah mulai larrrr sakit hati nak layan.

Tapi nak sakit hati biar tahan2 jer lar dulu.
Kita layan game Vs Man. C kat Emirates.
Bila tak leh nak menang, baru kita kaw2 sakit hati nanti.

Bro Hafez.. apa macam??? lu layan kat mana bro???
Game tu awal sikit, boleh lar kita joint table ramai2 ajak member2.
boring jugak kene boooo sorang2, kalau ramai2 boleh lar pulak pura2 gi tandas cover malu :p wakakakakaka.
tapi itu sepintas lalu jerrrr.

Q bukan jenis layan cam tu, kena bedal 1-4 ngan Chelsea tahun lepas pon, Q hari2 masih pakai jersey Arsenal.
( Bab Jersey berlambak beli dari rantau panjang nyerrr ).

Ok lar, sebelum cao, Q nak kuatkan semangat kekawan Gooner yang layan Blog nie.
Tetap sokong Squad kita nie, kalau rasa2 tak kuat, selamat mencuba peruntungan sokong club lain

Akhir kata, Q once Gooner, Gooner Forever.
Proud be 1 of Gooners family.

Selasa, 20 April 2010

Sorry tak posting

Q harap maaf tak posting, bab Broadband kat rumah lambat pick up.
tanya kat Celcom centre, lepas tu cuba pulak kat kedai tu, line cun gile, siap try you tube layan cam ESPN oooo.
Repeat balik kat rumah pas tu, mula lagi buat hal, lembab gile.
nak tak nak nanti kene pegi lagi.
Q rasa kat kedai tu memang laju gile kot celcom tu kat dalam kedai.

Tinggal dulu bab broad band tu

kita cakap pasal kecundang lagi kat JJB stadium.
apa jadahnya malam tu.
Q dah rasa macam nak menang 0-3 malam tu, sial memang siallllllll.
malam sebelum tu, Totteham bedal Chelsea, Q lepak kat kedai mamak yang penyokong Blue ramai kat dalam.
Antara sedar dan tak, Q booooooooooo kuat semacam sampai ada 1 group kat kedai tu pandang lain semacam rasa macam nak terkam Q jerrr.
Q selambe jerrrr relax keluar ngan bini dengan kepala mendongak.
Tak tau terkene badi, masa layan game Wigan vs Arsenal, lepak ngan bini. terkena boooooooo di gol wigan yang ke 3.
pasalnya gol 1 dan 2 Arsenal Q jerit sambil angkat tangan tinggi2, tu yang depa semua booooo di last minit, tau Q Gooner.

Sodihhhhhhhhhhh betoi hati ini, kalah ngan wigan di saat Chelsea drop point.
Abaikan jerrrrr larrrr angan nak piala musim nie.

AW pon dah buat AKU JANJI nak spent beli seorang dua bintang untuk cover squad muda Arsenal.
AW pon yang dah tamat masa contract, nampak gaya nak sambung sampai 2014 kat Emirates.

Sabtu nie harus harus menang, kalah ngan Wigan tu memang padan muka Young Gunners, leka bila dah leading, tak serik2 kena bolos minit2 terakhir perlawanan. Q tak kisah sangat.
abaikan lar yang sudah2.
Janji kita tumpaskan man. c kat Emirates, kita tunjuk kat Sayor kailan dari togo tu, yang dia tak de pon kita boleh.
Q nak RVP balas balik pijak biji mata dia tu biar buta terus.
( wakakakaka ganas betoi larrrrr yang ayat terkahir nie :p )

Nanti Q posting bab Game Vs Man. C nie.
Mesti posting punya, penting nie beb.