Ahad, 17 Januari 2010

Aku perlukan plastik beg, anoyone please...



Yuckkkkssss...

Jijik lak rasanya! Tak cukup duit ke? Seminggu Pak Arab kasik 120k pakai lagi polo Arsenal, aiyaaaa.

Sabtu, 16 Januari 2010

Gameweeks 21 : Bolton Wanderers FC vs ARSENAL FC


Untuk tempoh seminggu ini, dua aksi menentang Bolton di Reebok Stadium dan Emirates akan memastikan kedudukan kelompok tiga pasukan teratas yang aku jangkakan 6 pungutan mata mampu memberikan motivasi terbaik menuju hujung Januari dan awal Februari yang pasti nya menyajikan 7 perlawanan dalam tempoh kurang dari 4 minggu.

So secara logiknya fitness pemain perlu berada di tahap maksimum dan motivasi dari segi mental perlulah konsisten dalam memastikan mata penting tidak tergelincir. Dan paling penting, fokus setiap aksi yang terdekat kerana jika terlalu memikirkan susunan teratur lagi padat bermula Aston Villa, Manchester United, Chelsea dan Liverpool, sudah pasti kekuatan mental dan fizikal akan tergugat.


Dan musim sejuk ini paling best nak layan sup dan Wenger pastinya teruja kembali mendapatkan Sol Campbell yang juga merupakan pemegang saham Soup Campbell dalam menjanakan kekuatan di bilik persalinan dan tidak mustahil di atas padang setelah menganalisa tahap kecergasan Campbell yang telah berlatih bersama Arsenal dalam tempoh 3 bulan lebih. Sanderos pula berkira-kira cari kelab yang sesuai untuk memastikan aksi 1st team dalam memastikan kedudukannya bersama Swiss pada WC2010, good luck! hehe





Tetapi polisi yang dipecahkan tidak perlu dilupakan kepada tradisi Wenger kini. Ya, signing pemain muda terbaru daripada Bolivia iaitu Samuel Galindo yang sepantas Lamborghini Gallardo yang baru sahaja berusia 17 tahun bakal dijadikan rekrut baru yang bakal mengikuti perjalanan karier seperti Carlos Vela dengan berguru di Spain sebelum kembali ke Arsenal apabila menerima permit kerja nanti. Good luck! Oh ya, budak ni belum lagi ada posing-posing pakai baju Arsenal lagi.


Kunjungan ke Reebok membawa beberapa cerita suka duka di bilik persalinan. Sudah pasti kehadiran talisman Cesc Fabregas daripada kecederaan hamsting akan menjanakan kembali struktur formasi 4-3-3 dengan lebih agresif. Clichy juga menceriakan kem Arsenal tetapi aku jangkakan dia akan berada di bench terlebih dahulu. Denilson nampak gayanya gagal ujian kecergasan setelah mengalami kecederaan tulang rusuk sewaktu menentang Everton bakal terlepas aksi ini manakala Ramsey juga gagal beraksi disebabkan masalah thigh.

Individu lain seperti Nicklas Bendtner dan Walcott dijangkakan akan kembali dalam tempoh 2 minggu lagi dan Wenger nampak gayanya agak desperate mendapatkan dua tenaga ofensif ini. Jack Wilshere dan Kieran Gibbs nampak gayanya belum bersedia untuk masa terdekat. Dan van Persie serta Johan Djourou masih jauh berela daripada tempoh kecergasan. Mungkin pada March nanti.

So aku rumuskan kat sini formasi yang aku jangkakan bakal digunakan Wenger apabila berkunjung ke Reebok Stadium:

GK : Manuel Almunia
CB : William Gallas, Thomas Vermaelan
SB : Bacary Sagna, Armand Traore
CM : Cesc Fabregas, Abou Diaby, Samir Nasri
FW : Tomas Rosicky, Eduardo, Andrey Arshavin
Bench :
Lukasz Fabianski, Gael Clichy, Mikael Silvestre, Carlos Vela, Fran Merida, +++
*+++ : aku tak sure Wenger nak bawak budak-budak mana lagi pegi jalan-jalan amik angin kat Reeboks Stadium, maybe Craig Eastmond la kot, yang lain tak tau la sapa..hehe

Prediction:
Bolton Wanderers FC 0 - 2 Arsenal FC

Jumaat, 15 Januari 2010

Breaking News.

Posting Terakhir AW " Rompak " Bolivia's wonder boy.
hari nie lain cite, Chamakh menjadi target utama Liverpool untuk transfer separuh musim nie.
AW yang lebih memilih untuk mendapatkan Chamakh secara free transfer penghujung musim nie, nampak akan berputih mata, apa bila Liverpool bersedia membayar 25jt Pounds untuk striker kelahiran Maghribi ini.
Dikabarkan Chamakh dah pon sign Pra Contract dengan ikatan 5thn senilai 25jt Pounds.Jack Whilsere, Bintang muda Arsenal yang mungkin akan di pinjam kan untuk separuh musim / baki saingan musim nie.
Steve Mclaren pengurus Twente fc ( Liga Holland ) berniat untuk meminjam Pemain tengah Arsenal ini, namun AW berkeras nak Whilsere bermain untuk Club BPL, Everton di kabarkan berminat untuk mendatangkan Whilsere untuk baki separuh musim nie, namun AW berhasrat untuk meminjam kan Whilsere dengan syarat Whilsere harus bermain selaku starter.

P/s :
nampaknya Charlton Cole ( WHU ) juga yang AW beli musim nie.
WHU buka harga 10jt pounds jerrr, harap2 ada larrr juga harapan beli striker.

Khamis, 14 Januari 2010

AW " Rompak " bakat muda Bolivia.

Wenger telah merompak " Bolivia's Wonder Boy " dari Everton.
Samuel Galindo ( 17thn ) yakni Attacking Midfield yang mewakili Real America liga Bolivia dan juga masuk dalam squad utama kebangsaan Bolivia under 17.

Arsenal yang memiliki ramai pencari bakat di America Latin tak juga dapat mengesan " Wonder Boy " ini, sampai David Moyes ( pengurus Everton ) membawa nya ke England bagi mengikuti uji cuba dalam latihan pemanas badan, bab tiada kesepakatan yang tercapai Samuel Galindo " Dirompak " Wenger di depan mata David Moyes.

Arsenal akan cuba mengurus permit masuk ke England, jika tak dapat permit tersebut Samuel Galindo harus balik ke Bolivia.Samuel Galindo di contract oleh Arsenal dengan 500ribu Pounds, yang mana Arsenal hanya bagi separuh dari 500ribu Pounds tersebut, baki akan di bagi atas performa bila Samuel Galindo telah menyarung jersey The Gunners.

Profile :
Nama : Samuel Galindo
Lahir : Bolivia, 18hb April 1992
Tinggi : 190cm
Striker yang juga boleh menjadi Attacking Midfield.
P/s : 17thn pon jadi lar.. janji rock beb...

Rabu, 13 Januari 2010

Sol Campbell sign contract 6 bulan.

Sol Campbell akan kembali menyertai Arsenal untuk tempoh 6bulan, Sol campbell juga merupakan tonggak utama Tottenham Hotspur yang berhijrah ke Arsenal pada 2001 dah pasti mengejutkan ramai pihak masa itu, bab Arsenal merupakan musuh derby Londonner Tottenham Hotspur berdekad lama nya, 2006 tamat contract bersama Arsenal ( Pakcik AW bagi free 6bulan menghargai jasa depa kat Arsenal ) lepas tu pindah ke Portsmouth sampai 2009. 2009 sign contract dengan Notts Country, dan akhirnya memutuskan contract september lepas bab ber iya2 nak kat Premier League.
Campbell turun menentang WHU bersama squad reserve ARsenal malam tadi, berkesudahan WHU 2 Arsenal 4.
mulai Oct 2009 lepas Campbell dah pun menjalani latihan kecergasan bersama squad Arsenal.
AW masih terkesan akan performa bekas centre back Arsenal (35thn) yang juga warga negara England.
Bila Campbell cergas sepenuhnya, mungkin depa ikut gerak untuk saingan WC 2010 bersama squad Three Lions.

Cescs, hero Arsenal semasa menang atas Astonvilla 3-0 di Emirates mungkin cergas semasa berkunjung ke kandang Bolton 17/01 nie. Cescs mengalami hamstring masa menjaringkan gol ke 2 Vs Astonvilla di Emirates. Ketiadaan Cescs amat di rasai walau pun baru saja absen untuk 1 perlawanan Vs Everton di Emirates, Draw 2-2 menentang Everton, Arsenal lebih kepada bernasib baik mendapat gol penyamaan di minit2 terkahir perlawanan. Thomas Rosicky ( Pujaan Awekz bro Hafez ) menjadi hero malam tu untuk Arsenal berkongsi 1mata dari gol penyamaan depa di masa kecederaan ( 93' ).

P/s : Apo nie beli campbell, bila nak beli striker nie???!!!! AW nak bagi surprise ke??? birth day aku lambat lagi, tak kan nak bagi sekarang kot surprise tu??? Charlton Cole ( WHU ) boleh tahan gak tu, lagi2 bila AW belai2, mesti power nyerrr