Rabu, 16 Disember 2009

Kini Q kembali lagi..

Q kembali dengan janji semangat baru ( maklum lar laptop baru sampai semalam ).
Apa lagi, seperti janji yang lepas, laptop baru nie pemacu semangat untuk lebih kerap posting benda2 yang membabitkan Arsenal. :) wakakakakaka.

Ok larr kita sambung semula bab BPL, Arsenal comeback selepas gol Kunyit 42', masa rehat AW marah besar, menengking Cescs dan kawan2 bab mutu permainan mereka di separuh masa pertama. Singkat cerita kemenangan 1-2 di Anfield sememangnya amat berharga untuk para Gunners yang mengalami 2 kekalahan berturut ( Chelsea-BPL, M.C-Carling ).

Burnley " The Giant Killer " musim lepas membenam cabaran Young Gunners di suku akhir Carling, dan selepas naik kat BPL, Burnley mengalahkan Man. U di Turf Moor, markas Burnley, Lancashire.
Burnley gah kat rumah sendiri, walau pon musim lepas round 5 Fa Cup Eduardo, Vela dan bendtner membenam Burnley di rumah sendiri 0-3, bukan jaminan untuk gunners yang tengah di landa krisis pemain utama ( Striker yang cedera ).

Tak berlengah lagi kita mulai ngan Tuan Rumah.

Burnley
Owen Coyle, winger Martin Paterson, striker Jay Rodriguez squad utama yang comeback dari kecederaan mungkin menghantui defender Arsenal, akan tetapi midfielder Chris McCann masih di belenggu kecederaan.
Burnley ( Squad 1st 11 Vs Fulham ).
Jensen
Alexander, Carlisle, Caldwell, Mears
Bikey (McDonald 77), Jordan, Elliott, Eagles (Guerrero 86)
Fletcher, Blake (Nugent 56).
Subs : Penny, Kalvenes, Gudjonsson, Thompson.

12 Dec (Premier League) v Fulham (H) D 1-1
05 Dec (Premier League) v Portsmouth (A) L 0-2
28 Nov (Premier League) v West Ham Utd (A) L 3-5
21 Nov (Premier League) v Aston Villa (H) D 1-1
07 Nov (Premier League) v Man City (A) D 3-3
31 Oct (Premier League) v Hull City (H) W 2-0

Arsenal
Denilson, Armand Traore, Kieran Gibbs, RvP, Tomas Rosicky, Nicklas Bendtner, Johan Djourou, Gael Clichy antara individu yang sudah pasti absent.
Cesc Fabregas (back), Andrey Arshavin (foot), William Gallas (thigh), Theo Walcott (ankle), Eduardo (thigh) and Abou Diaby (calf) telah mendapatkan rawatan, dan layak turut serta dengan squad utama berkunjung ke club Utara England; Burnley.

Arsenal 1st 11( Vs Liverpool):
Almunia
Sagna, Vermaelen, Gallas, Armand Traore(Silvestre 87)
Fabregas, Nasri, Walcott (Diaby 70), Denilson, Song
Arshavin (Ramsey 90+2).
Subs : Fabianski, Wilshere, Eduardo, Vela.

13 Dec (Premier League) v Liverpool (A) W 2-1
09 Dec (Champions League) v Olympiakos (A) L 0-1
05 Dec (Premier League) v Stoke City (H) W 2-0
02 Dec (League Cup) v Manchester City (A) L 0-3
29 Nov (Premier League) v Chelsea (H) L 0-3
24 Nov (Champions League) v Standard Liege (H) W 2-0

Game Vs Burnley merupakan pertemuan ke 97; Arsenal W= 43 D=20 L=33.
Expert Predict:
Burnley 1
Arsenal 2

Q Predict
Burnley 0
Arsenal 2

Ahad, 13 Disember 2009

Sory broo.. potong posting engko..

Kesempatan nie, Q tak leh tahan gak bab ulas perlawanan membabitkan Arsenal Vs big 4 lain, yakni LIVERPOOL.

Kalah ngan Man U hasil ehsan Dhalsim ( adik angkat bro hafez ), dan kena bedal di Emirates oleh The Blues, sememangnya amat mengguris hati para Gooners yang ramai layan game tu di SEk. 15 B.B.BANGI ( tabik spring ngan engko orang beb, pada Gooners yang pakai jersey Arsenal malam tu, termasuk Q sekali :p ).

Bab urusan kerja memindah kilang, Q tak banyak masa free untuk posting, kali nie Q ikhtihar untuk Super Sunday malam nanti 11.55pm Ahad.

Kita mula dari Tuan Rumah
Liverpool.
Aksi yo-yo Liverpool banyak menimbulkan spekulasi yang Benitez nak kan 13,5jt pounds bila depa kena buang seperti mana termaktub dalam contract depa bersama Liverpool, tapi itu tepi kain orang, tak leh nak layan sangat.
kembalinya striker berbisa Liverpool Fernando Torres, bergandingan ngan Gerrard amat lah membimbangkan barisan defend Arsenal, di tambah lagi ngan Liverpool yang amat terdesak dengan kemenangan untuk merebut tempat big 4.
Fernando Torres akan memulakan starting 1st 11 selepas berehat untuk pemulihan masaalah hernia depa, masuk sebagai pemain gantian Vs Fiorentina.
Alberto Aquilani pulak sedang berentap untuk mendapatkan tempat sebagai starter semasa kalah 1-2 vs Fiorentina ( CL ).
Liverpool hampir dengan kekuatan penuh melayan kunjungan Arsenal, Ryan Babel sahaja yang masih di ragukan untuk tampil dengan kecederaan ankle.
Liverpool masih juga gah dengan 5 rekod pertemuan terakhir BPL tanpa kalah Vs Arsenal kat Anfield, kemenangan terakhir Arsenal ( BPL ) kat Anfield 2003, muncul juara edisi 2003/04 dengan rekod tak terkalahkan 49game berturut ( di padam Man U kat OT 2-0 ).
Arsenal.
Midfielder Alex Song yang telah menjalani penggantungan 1 perlawanan ( 5kad kuning ) kat saingan BPL akan menambah benteng pertahanan Arsenal.
Eduardo (thigh), Abou Diaby/Dhalsim -> " adik angkat BRo Hafez " (calf) mungkin kembali bila lepas dari ujian kesihatan malam nie, tapi striker intan payung kita Robin van Persie mungkin akan kembali seawal awal nya Arpil 2010 ( dah habis dah musim nie tok depa ).
Tomas Rosicky (groin strain), Kieran Gibbs (fractured metatarsal), Johan Djouoru (knee), Nicklas Bendtner (hernia), Gael Clichy (back) dan Emmanuel Eboue (hamstring) sememangnya merencatkan kekuatan squad " On Fire " Arsenal -> Q kena kutok kat kilang, bab Arsenal garang 10game pertama jerrr (T.T) -> meleleh air mata dengar bebbbb.
Liverpool
Dec 05 '09 B. Burn Rovers - Liverpool 0-0 D
Nov 29 '09 Everton - Liverpool 0-2 W
Nov 21 '09 Liverpool - Manchester City 2-2 D
Nov 09 '09 Liverpool - Birmingham City 2-2 D
Oct 31 '09 Fulham - Liverpool 3-1 L
Oct 25 '09 Liverpool - Manchester Utd 2-0 W
Oct 17 '09 Sunderland - Liverpool 1-0 L
Oct 04 '09 Chelsea - Liverpool 2-0 L

Arsenal
Dec 05 '09 Arsenal - Stoke City 2-0 W
Nov 29 '09 Arsenal - Chelsea 0-3 L
Nov 21 '09 Sunderland - Arsenal 1-0 L
Nov 07 '09 Wolverhampton - Arsenal 1-4 W
Oct 31 '09 Arsenal - Tottenham 3-0 W
Oct 25 '09 West Ham Utd - Arsenal 2-2 D
Oct 17 '09 Arsenal - Birmingham City 3-1 W
Oct 04 '09 Arsenal - Blackburn 6-2 W

Sejarah Liverpool Vs Arsenal (BPL).
April 21 2009 Liverpool - Arsenal 4-4 D
Dec 21, 2008 Arsenal - Liverpool 1-1 D
April 05 2008 Arsenal - Liverpool 1-1 D
Oct 28, 2007 Liverpool - Arsenal 1-1 D
Mar 31, 2007 Liverpool - Arsenal 4-1 L
Nov 12, 2006 Arsenal - Liverpool 3-0 W
Mar 12, 2006 Arsenal - Liverpool 2-1 W
Feb 14, 2006 Liverpool - Arsenal 1-0 L
May 08, 2005 Arsenal - Liverpool 3-1 W
Nov 28, 2004 Liverpool - Arsenal 2-1 L

Starter Q Predict

Liverpool ( 4-3-2-1 )
Reina
Johnson, Carragher, Agger, Insua
Benayoun, Gerrard, Mascherano
Kuyt, Aquilanni
Torres

- simpanan - Cavalieri, Lucas, Aurelio, Skrtel, Riera, Ngog, El Zhar, Kyrgiakos.

Arsenal ( 4-1-2-1 )
Almunia
Sagna, Gallas, Vermaelen, Traore
Song
Fabregas, Denilson
Walcoot, Nasri
Arshavin

-Simpanan- Mannone, Ramsey, Sylvestre, Vela, Whilsere, Senderos, Diaby/Dhalsim ( adik angkat Bro Hafez ).

Expert Score Predict 1-1

Q Score Predict
Liverpool 2
Arsenal 4 ---> Arshavin lagi kottt.. :)

P/s:
Bro hafez.. sory potong posting engko, tangan gatal bila tak posting, layan kat cafe gak, mungkin ada " ONG " baik punya, lepas bonus kat kilang kang, aku beli laptop.
time tu jugak aku layan blog kita nie :) wa kakakakakaka.
Peminat Arsenal kat seksyen 15 B. B. Bangi harap jangan patah semangat, tapi malam nie Q tak dapat layan kat sana, esok keje pagi larrrr :)
akhir kata, Maju lar Arsenal untuk Gooners, jangan drop Point lagi, minima 1 point berharga.
wa caooooooooooo...

Jumaat, 11 Disember 2009

DO or DIE

Mungkin boleh aku katakan aksi di Anfield Ahad ini sebagai pertemuan yang akan menentukan sama ada pemburuan trofi liga bagi kedua-dua pasukan akan semakin baik atau sebaliknya. Arsenal dengan 4 kekalahan di dalam liga manakala Liverpool dengan 5 kekalahan, kedua-dua pasukan kalah pada aksi terakhir UCL di mana Arsene menggunakan skuad termuda di dalam rekod kejohanan UCL bagi menggelakkan penambahan kecederaan manakala Benitez menggunakan aksi itu sebagai langkah memanaskan pemain mereka yang baru pulih dari kecederaan.

Dengan Arsenal kehilangan ramai khidmat offensive diterajui van Persie bersama-sama dengan Bendtner, Rosicky dan Eboue nampak gayanya terpaksa mengerahkan kudrat fizikal kecil Arshavin, Eduardo dan Walcott bagi menggugat fizikal back 4 Liverpool. Mungkin 3 mata ini boleh mengembalikan moral pemain setelah gagal menggutip 3 mata sewaktu bertemu Sunderland dan Chelsea. Sekurang-kurangnya aksi boxing day antara kedua pasukan ini aku jangkakan lebih menarik disebabkan kecenderungan kedua-dua pasukan bermain dengan lebih terbuka.

So ini antara 'DO or DIE', walaupun pungutan 8 mata dibezakan tapi jika benar Arsenal mahukan kejuaraan liga, membuang tiga mata lagi adalah amat merugikan. Dan aku juga merasakan tekanan di pihak pemain untuk membuktikan mereka cukup matang apabila menentang pasukan lebih besar yang sebelum ini disudahkan dengan keputusan tidak memberangsangkan. Jadi, jangan cicirkan mata lagi, positif!

Jumaat, 4 Disember 2009

Cerita-cerita biasa hujung tahun


November dah berlalu, sekarang sudah Disember dan masih belum berkesudahan cerita yang sama. Ok beb, cool, rileks! Kalah ke atas Sunderland, Chelsea dan Manchester City bukan cerita enak tetapi ini tidak bermakna perjuangan musim ini sudah tamat. Carling Cup? Apa nak kesah, hantar team budak2 jer untuk pendedahan, kita bukanlah desperate sangat untuk Cup ni yang secara logiknya. Lagi pun untuk beberapa musim sebelum ini kita juga melihat aksi Carling Cup lebih kepada pendedahan pemain muda menimba pengalaman dan melihat keupayaan pemain baru pulih dari kecederaan.

Biasalah, angin The Kop dibawa kepada Gunners, bermula dengan injury key player mereka, permulaan musim mereka dilihat cukup hambar dan kini mula untuk kembali menapak manakala Arsenal kembali dengan cerita lama dengan isu-isu kecederaan panjang dan menambahkan kuartet injury prone. Van Persie sudah pasti nama sinonim di wad-wad Arsenal bila hampir pertengahan musim manakala Diaby, Bendtner, Clichy dan Gibbs juga leka di sana. Dan kemunculan Walcott menceriakan mereka, aku dah mula merasakan dia bakal menjalani kariernya sebegini dan aku harap apa yang aku katakan ini silap! January transfer window? Rileks dulu.

Dan seperti biasa, anda semua perlu melayan kerenah fan-fan lain, normal! Tapi kadang-kadang tu rasa kalau dorang takde menyalak bosan gak tapi kalau ada kadang-kadang tu rasa macam lawak pun ada. Contoh nya komen-komen negatif dengan tiada nama kononnya la kan, kesian la, ada nama yang parent kasik pun dah takde nama, link pun takde, aku rasa macam penakut sangat, yerlah, risau team dia kalah akan ada yang datang menyerang ke laman dia. Alahai, lawak-lawak, nak pulak kalau laki yang buat, potong kontol la..hahahaha. Aku pun takde masa nak pegi jenguk laman orang kutuk-kutuk ni, buang masa jer. So layankan jerlah yer, itu jer yang mampu aku cakapkan kepada semua penyokong Arsenal.

Dengan Q nampak gayanya bakal sibuk dengan kerjayanya, ada sesiapa ingin contribute? Aku maksudkan fans Arsenal yer, fans lain? Biarlah, dorang takde tempat mengadu kot, tu menempek kat sini rasanya. So berminat bagitau sama aku dan aku pun akan cuba untuk lebih kerap posting entry lepas ni. Kepada Q, terima kasih atas sumbangan besar anda. Ada hari kita lepak2 layan teh tarik tengok Arsenal main! Ok

Rabu, 2 Disember 2009

Man. C 3 Vs Arsenal 0. ( Quarterfinal Carling Cup ).

Masih tersisa pedih ngan kekalahan 0-3 di tangan Chelsea + lagi squad muda Arsenal kandas di Quarter final Carling Cup menentang kekuatan penuh Man. C.

Sementara nie Q tak de masa nak blogging, bab kilang tempat Q keje nak pindah pegi Semenyih dari Taman Selaman B.B.Bangi ( harap maklum bab banyak project nak siapkan sebelom Raya Cina nie ).

Sesape yang sudi meneruskan Blog nie, contact Tuan Empunya Blog nie Mr. Hafez.

P/s :
Bro.. bukan sebab kecewa Bro... tapi banyak sangat keje nak buat, ada masa kang aku ulas sikit2..
Harap maklum bro... makan gaji cam nie lar, terikat masa keje..
walau kalah 6-0 sekali pon..
Q tetap Gooner.. Once Gooner - Gooner forever..

Yang benar,

Q