Jumaat, 11 September 2009

Man. C Vs Arsenal

minggu penuh liku bagi 2 pasukan Big 4 BPL. Yaitu melawan 2 pasukan yang sememangnya boleh menggugat kedudukan big 4.

Man. C vs Arsenal
Totteham vs Man. U
2 laga tersebut merupakan ujian getir bagi 2 pasukan yang nak menggugat tersebut.
Arsenal yang akan kehilangan khidmat Arshavin untuk tempoh 1minggu kedepan dan juga Cesc yang di ragukan walau menjaringkan 1gol kala membela Spanyol untuk kelayakan WC2010, mungkin tampak sedikit lega dengan kembalinya Thomas Rosicky.

AW menuding Hiddink dengan sengaja memainkan Arshavin yang sememangnya dia ketahui tidak layak tampil 2x45 minit akibat kecederaan ringan pada pangkal paha, tapi tetap dengan bersahaja memasang Arshavin selaku starter Russia dan berlaga sampai game menentang Wales yang berkesudahan Wales 1 Russia3.

Hiddink juga tak nak terima kecaman Aw cam tu jer, dengan pernyataan yang dia telah menanyakan sendiri pada Arshavin, apakah dia siap dan bersedia untuk tampil menentang Wales?? Arshavin nih pun 1 hal jugak, dia terima dan bersedia tampil masa kelayakan piala dunia 2010 menentang Wales. ( nak kena ketuk jugak Arshavin nie, tapi mungkin jugak Arshavin kecewa ngan Arsenal bab 4 gol vs Liverpool - draw 4-4, dan gol pendahuluan yang berakhir dengan dhalsim memberikan kemenangan 2-1 untuk Man U ).

Rocky7 absen 20bulan akibat kecederaan pelik, tampil memukau untuk Rep. Czech dengan membenam San marino 7-0, dan mungkin Rocky 7 akan turut serta bersama The Gunners menentang Man. C.

Mungkin kah darah muda Arsenal akan kecundang di bawah kuasa Uang Pak Arab?? Jangan pernah mengalah sebelum berjuang. Viva Arsenal. Q tetap 100% Gonners walau apa pun yang terjadi.

MANCHESTER CITY vs ARSENAL ( Q Predict of Squad, Absent & Score )

Stadium City of Manchester ( ESPN, 12hb September 2009, 21.55pm)

Manchester City (4-4-2): Given; Richards, Toure, Lescott, Bridge; SWP, Ireland, Barry, Robinho; Adebayor, Belammy

Pengurus: Mark Hughes

Absent: Benjani, M. Johnson, Santa Cruz, Kompany, Logan, Tevez

Arsenal (4-3-3): Almunia; Sagna, Vermaelen, Gallas, Clichy; Diaby, Song, Bendtner; Eduardo, Van Persie, Denilson

Pengurus: Arsene Wenger

Absen: Vela, Fabregas, Walcott, Djourou, Rosicky, Fabianski, Nasri.

Q Predict : Man. C 1 (Adebayor) Arsenal 3 (RVP, Vermaelen, Bendtner)

Rabu, 9 September 2009

Ex-Gunners sememangnya ada kelas tersendiri.

Berhijrah ke Man. C tak sampai sebulan, Kolo Toure telah menjadi Skipper untuk The Citizens selepas Richard Dunne berhijrah ke Astonvilla. Mark Hughes memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Toure yang juga bekas naib Captain kat Arsenal mengalahkan tiga personaliti lain yakni Vincent Kompany, Stephand Ireland dan Gareth Barry.
Mark Hughes harus berwaspada akan The Citizens yang di penuhi mega value star. Tetapi hughes sendiri yakin akan pilihannya Kolo Toure sebagai personaliti yang dapat mengisi kekosongan tersebut.

Tony Adams yang juga ex-skipper Arsenal (1983 - 2002) memberi kenyataan Arsenal tak akan dapat bersaing untuk gelar BPL musim ini, dan Tony sangat berharap kepada barisan2 The Gunners yaitu adik2nya untuk membuktikan yang dirinya salah telah memberi kenyataan tersebut.

P/s :
Masih sayang Arsenal rupanya, nanti Q pujuk AW bagi job buat u Adams :p hue hehehehe

Selasa, 8 September 2009

i am ready mates.

Q kembali lagi.
Q kecewa nasib yang tidak berpihak pada Arsenal masa Bertandang ke OT. Tapi nak buat cam ne, rekod Vs Man U di OT pun tak memihak Arsenal.
Dhalsim yang dah mulai konsisten dalam setiap game sebagai starter Arsenal, membuat seluruh penyokong Arsenal kecewa malam tu, dan refree yang rabun ayam tu pun bodoh nak menilai mana yang patut pinalty dan mana yang tidak.

untuk minggu nie tak de berita special bab kualifikasi WC 2010.
Hanya AW yang menyatakan minat terhadap striker muda Intermilan Balotelli, yakni striker berdarah afrika tapi berpasporr italy, yang sekarang masuk dalam squad U-21 italy.

Rabu, 2 September 2009

Sembuhkan kecederaan kamu Q! hehe

Belum pun kekecewaan ditewaskan MU, kini Arsenal menerima nasib yang lebih malang apabila Eduardo digantung 2 perlawanan Liga Juara-juara Eropah oleh UEFA. Ini bermakna satu lagi pertimbangan UEFA dipertikaikan. Ok, jika dilihat pada tayangan aksi menentang Celtics, kita dapat melihat situasinya mungkin diibaratkan dive oleh Eduardo. Mungkin juga dia menggelak daripada terkena asakan Boruc ke posisi kecederaan ngerinya pada dua musim lepas, siapa tau. Tapi mungkin juga UEFA cuba untuk bertegas mengenai isu dive ini tetapi aku cukup kesal, kenapa sekarang? Bukan dahulu lagi, bola sepak sudah lama berada di muka bumi ini. Tak perlu aku sebutkan pemain-pemain yang mengharapkan ihsan pengadil kerana korang pun sedia maklum.

Jendela perpindahan sudah tertutup yang bermakna cuma Varmaelan yang diadaptasikan ke dalam skuad dan melepaskan Toure dan Adebayor ke seteru liga iaitu Manchester City. Mungkin situasi di OT belum cukup membuatkan Wenger teruja untuk berbelanja tambahan pula kemenangan bergaya di Merseyside, Scotland dan Emirates. Juga kekalahan nasib di tangan MU menguatkan firasat aku bahawa Wenger tidak akan berbelanja lagi. Apa-apa pun, aksi mantap di bahagian pertahanan yang selama ini goyah kembali stabil setelah Gallas berjaya mempamerkan aksi terbaiknya bersama Varmaelan, Clichy dan Sagna.

Undian pusingan keenam Carling Cup yang akan menyajikan skuad muda yang bakal beraksi pada pertemuan pertama menentang West Brom di Emirates di mana mungkin muka-muka baru bakal diperkenalkan. Jika tahun lepas Vela, Simpson, Bendtner dan Wilshere dilihat mampu memberikan impak positif kepada skuad utama, musim ini aku berharap agar pemain seperti Emmanuel Frimpong, Sanchez Watt, Luke Freeman, Gilles Sunu dan Emmanuel Jay Thomas diperkenalkan kerana aku percaya mereka cukup berkualiti untuk diketengahkan. Dalam tempoh 4 tahun, Arsenal sudah berada sekurang-kurangnya di kedudukan suku akhir, berkembangan cukup positif bagi pasukan.

Jadi musim ini bakal menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar. Dan kemungkinan besar kembalinya pemain-pemain yang cedera setelah tempoh rehat sehingga minggu hadapan, aku jangkakan Fabregas bersama-sama Walcott dan Rosicky bakal menyertai pasukan. Diharapkan juga musim ini kuantiti pemain yang mengalami kecederaan panjang akan bakal dipositifkan kembali, ini masalah utama yang membantutkan pergerakan Arsenal beberapa musim lepas. Ok, jumpa lagi untuk post seterusnya!

Kekalahan pertama mencalar rekod 100%

Maaf lambat nak post, bab kekecewaan yang masih mendalam.
Pinalty yang memihak pada Tuan Rumah menggoyahkan mental The Gunners, ditambah lagi gol bunuh diri Dhalsim mencalar rekod tanpa kalah Arsenal untuk BPL.

untuk sementara Q masih lagi kecewa, jadi tak banyak yang boleh Q comment.
nanti kecederaan dalaman Q sembuh.
Q akan kembali.

Harap maaf banyak2 ye..

Adios