Sabtu, 9 Mei 2009

Urmmm...


Cuma tinggal 3 lagi sahaja perlawanan untuk ditamatkan musim ini di mana pertemuan Ahad ini akan menentukan sama ada Arsenal berpeluang atau tidak untuk berada di posisi ketiga liga. Masalah disiplin antara yang diungkap setelah mengalami kekalahan di Emirates apabila Bendtner didapati berada di sebuah pub, apa yang dilakukannya secara detail aku tidak pasti, yang aku pasti dia mungkin ke sana untuk melepaskan tekanan ke atas kekalahan dialami Arsenal pada separuh akhir liga juara-juara Eropah, hasilnya dia dikenakan denda oleh kelab tetapi tidak digantung, ada yang menggantungkan diri sendiri di Kenya ada la, bagi aku, tu tindakan bodoh, langsung tidak boleh dikatakan sebagai simbolik kepada protes!


Nampak gayanya pemain terbaik Arsenal bulan April iaitu Andrey Arshavin terpaksa diketepikan daripada aksi menentang Chelsea disebabkan selesema yang dialaminya belum smepat pulih manakala berita injury terbaru, Clichy sudah pun join venture dengan Rosicky, Gallas dan Eduardo untuk menamatkan musim mereka lebih awal daripada rakan sepasukan yang lain. Sudah pasti Gibbs bakal diletakkan di left back walaupun dia agak tertekan dengan kesilapan yang tidak sengaja terjadi sewaktu aksi menentang MU, tetapi rakan sepasukan lain antaranya van Persie, Fabregas dan Toure telah memberikan kata-kata semangat kepadanya bahawa kesilapan itu cumalah insiden yang boleh berlaku kepada sesiapa pun.


Masa depan Walcott bersama Arsenal dipanjangkan kepada 4 tahun lagi yang bermakna kontraknya bersama Arsenal menjadi 5 tahun bermula musim depan setelah dia menandatangani kontrak terbaru dua hari lepas, so target tangan lain nak pegang pen sign atas kontrak Arsenal buat masa terdekat ialah van Persie. Sekiranya Wenger gagal mengekalkannya, ia adalah petanda buruk walaupun kita kenal van Persie agak rapuh tetapi dia adalah salah seorang striker di Arsenal sekarang yang mampu mengubah suasana di atas padang, nak harapkan Adebayor, tunggu lah sampai keajaiban datang seperti kunjungan ke El Madrigal baru-baru ini.


Aku xtau nak goreng apa sebab otak aku tengah pusing, macam-macam masalah datang tapi mungkin ini yang sukar untuk aku akui. Kemungkinan besar blog ini mungkin tidak lagi diteruskan diatas sebab akses internet yang tiada di rumah sewa aku sewaktu aku menjalani praktikal mungkin membataskan aku untuk memblogging (rosak bahasa..hahaha) tapi sekiranya aku mampu atasi, mungkin aku akan teruskan. Cuma mungkin baki tiga perlawanan ini akan aku langsaikan terlebih dahulu sebelum aku fikir sepuasnya tindakan susulan. Sekiranya sesiapa yang ingin meneruskan blog ini, serahkan mail anda kat aku (growlyoursoul@yahoo.com atau growlyoursoul@gmail.com), aku akan invite korang menjadi blogger di site ini. Adios!

Rabu, 6 Mei 2009

UEFA Champions League Semi Final - 2nd Leg: Arsenal vs Manchester United - Post Match


Haaaa...terkejut beruk bukan. Nak buat camne, banyak kelemahan kita yang menyebabkan kita gagal berada di Rome sekali. Aku amat setuju sama sekali dengan Arsene mengenai corak permainan semalam di mana aku juga tidak merasakan ia suasana semi final liga juara-juara Eropah, mungkin fans di sana gemarkannya tapi jangkaan aku untuk melihat aksi serang menyerang tanpa putus tu langsung tiada, langsung tidak menarik. Satu pasukan ingin menyerang, satu pasukan lagi lebih prefer untuk bertahan dan tunggu masa yang sesuai untuk counter attack, hasilnya gol pertama dan ketiga mereka terhasil daripada apa yang mereka nantikan.


Ok, tahniah buat MU, good luck untuk final, tapi kekalahan ini sebagai satu lagi episod pembelajaran buat pemain muda Arsenal dan Arsene, masih banyak yang perlu di touch up, masih banyak perlu dibaiki. Gol pertama lawan telah mematikan langkah apatah lagi gol kedua menutup sebarang peluang untuk mendongak ke langit Rome. Banyak hati yang kecewa dengan individu-individu yang menyajikan aksi yang dibawah kemampuan sebenar, antaranya Adebayor yang ternyata tiada fungsinya, cuma satu shot on goal yang bagi aku langsung tidak mampu menggugat Van Der Sar, keeper dari kampung Cek Bema pun mampu selamatkan bola tersebut!


Pada aku Arsenal terlalu kontra dengan MU pada kedua-dua aksi, lebih tipikal, aksi di Emirates lebih buruk dibandingkan di OT tapi itulah yang menutup sebarang peluang ke Rome. Jangan katakan main untuk maruah sebagai tuan rumah, aku merasakan seolah-olah ia adalah aksi tempang yang amat tempang sekali pernah dipamerkan musim ini. Berdengus seorang kawan aku yang disebelah yang aku gelarkan Azribayor, dia agak emo tapi aku lek-lek kunyah keropok sambil layan game dengan mata kebil-kebil nak buka akibat penat main futsal. Tapi layankan jer, aku rasa macam tiada perasaan, aku tiada rasa pelik langsung, mungkin nafsu aku untuk nak lihat game dah dibataskan dengan aksi yang tidaklah aku rasa menarik, jauh sekali daripada jangkaan.


Takpelah, ini sebagai satu lagi wadah untuk sedarkan pasukan, mungkin juga Wenger, soalan terakhir dalam post match mengenai signing buatkan Wenger terkedu, aku pun pasti, dia agak terkilan dengan keputusan perlawanan, hingga tiada apa yang mampu diujarkannya. Mungkin juga dia berkira-kira untuk mencari penyelesaian dengan menambah skuad atau bersedia dengan alasan munasabah untuk mengekalkan muka-muka yang sepatutnya dia kekalkan bagi musim hadapan. Apa yang penting, dapatkan semangat kembali untuk bersedia menanti kunjungan Chelsea hujung minggu ini. Aku tidak fasiskan bola sepak dengan piala so tercicir satu lagi piala (yang terakhir musim ini) bukan bermakna aku akan menyimpang dari Arsenal, selagi itulah Arsenal, selagi itu aku di belakangnya, sekecewa mana pun ianya tidak mampu aku tafsirkan sebab sebelum ini aku pernah merasa gembira bersama Arsenal so tiada sebab untuk aku berpaling arah. Adios!

Selasa, 5 Mei 2009

UEFA Champions League Semi Final - 2nd Leg: Arsenal vs Manchester United - Preview


Kesemuanya bergantung kepada 90 minit atau pun 120 minit mungkin juga sehingga penentuan ke penalti untuk memastikan sama ada tempoh 4 tahun ini merupakan tempoh terburuk di dalam sejarah Arsenal mahu pun untuk mengekalkan individu-individu yang amat penting di dalam Arsenal. Sejak ditubuhkan pada 1888, Arsenal belum pernah gagal selama 4 musim untuk memenangi sebarang trofi utama, sekiranya kegagalan di Emirates awal pagi nanti, ia bukanlah cerita yang indah buat kelab. Apatah lagi, kegagalan akan merisikokan beberapa individu mungkin keluar meninggalkan utara London seperti Walcott dan RVP yang belum distatus sahkan kontrak mereka.


Tapi Arsenal diperkuatkan dengan duo yang pulih daripada kecederaan groin iaitu RVP dan Silvestre yang memberikan impak kepada Wenger untuk meletakkan formasi terbaik untuk menewaskan MU yang juga agak terdesak dengan terpaksa meletakkan Ferdinand ke dalam skuad mereka. Status Gallas, Rosicky dan Eduardo adalah setara di mana mereka sudah pun menamatkan musim ini lebih awal daripada rakan seperjuangan lain dan sedikit sebanyak dapat diharapkan pengalaman mereka mampu disalurkan kepada rakan-rakan lain untuk menginspirasikan perlawanan yang cukup besar bagi Arsenal untuk musim ini. Kemenangan memastikan Arsenal akan kembali ke Rome dalam misi mendapatkan piala yang belum pernah tertera nama Arsenal FC di atas badannya dan peluang ini adalah peluang terbaik bagi Arsenal.


Tidak perlu dipertikaikan setakat mana provokasi antara kedua-dua pasukan, sudah pasti rivalry yang sekian lama ini cukup kenal antara satu sama lain cuma sedikit kesalahan dari mana-mana pihak akan menggundang satu penyesalan. MU yang bertandang dengan defisit satu gol oleh jaringan O'Shea walaupun beberapa peluang gagal dimanfaatkan apatah lagi beberapa world class save daripada Almunia memastikan defisit satu gol bukanlah kelebihan yang amat besar bagi MU. Sudah pasti kedua-dua pasukan akan bermati-matian di dalam usaha untuk berada di Rome dan kami yang ribuan kilometer daripada Emirates cuma mampu berdoa kejayaan di Emirates oleh Arsenal mampu menceriakan kami disini.


Jika dihitung dari segi belanjawan pasukan sehinggalah pemain dimiliki Arsenal, ia adalah terlalu kontra dibandingkan dengan MU tetapi Arsenal beraksi atas dasar semangat anak muda yang pastinya akan melakukan sebaik mungkin dan berusaha menggumpul secukupnya pengalaman di dalam karier mereka. Jentera tengah utama Arsenal pada musim lepas cuma tinggal Fabregas sahaja setelah pemergian Hleb dan Flamini ditambahkan dengan kecederaan panjang Rosicky tetapi gabungan muka-muka baru disamping Fabregas seperti Nasri, Song dan Walcott yang semakin menjadi membuatkan ia adalah perubahan amat drastik yang mengembalikan corak permainan Arsenal sebenar.


Option di bahagian pertahanan agak melegakan dan pemain yang bakal digunakan Wenger di pertahanan mendatangkan tanda tanya banyak pihak. Toure sudah pasti diposisinya tetapi bagaimana pula yang lain? Sagna masih belum menunjukkan kemampuan sebenar setelah pulih daripada dijangkiti virus, manakala Clichy yang pastinya terlepas aksi ini bakal digantikan promising player iaitu Gibbs yang semakin menunjukkan kematangan. Eboue adalah option terbaik di right back selain Sagna tetapi overlapping dilakukannya agak menggusarkan sekiranya gagal dikawal kemas kerana counter attack mungkin option terbaik lawan. Djourou yang kelihatan pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut akan bersaing bersama Silvestre bagi berpasangan dengan Toure walaupun Silvestre dilihat mempamerkan dua aksi yang cukup baik sewaktu menentang MU sama ada berpasangan dengan Toure mahupun Gallas.


Option di midfield sememangnya agak banyak terutamanya diposisi center. Tetapi di dalam meletakkan pasukan pada posisi terbaik di dalam offensive serta defensive, pairing Fabregas dan Song adalah yang terbaik manakala Eboue dan Nasri digalakkan untuk bertindak sebagai pengapit kedua pemain ini. Adalah lebih baik meletakkan Walcott sebagai super sub bagi mengugat pertahanan lawan yang keletihan. Sekirannya keempat pemain ini bertindak di jantung Arsenal, ia adalah amat sesuai untuk mengaplikasikan formasi 4-4-2 dibandingkan 4-5-1 atau 4-2-3-1 yang mungkin mematikan target man. Diaby dan Denilson harus diletakkan di bench jika tidak mahu merisikokan pasukan!


Bahagian serangan tidak kurang pentingnya kerana Arsenal sememangnya memerlukan sekurang-kurangnya satu gol dan cleansheet untuk membawa permainan ke masa tambahan maka bahagian ini amatlah penting. Adebayor, van Persie, Vela dan Bendtner adalah optionnya tetapi sekiranya kegasakan Wenger mahukan gol lebih awal, jangkaan yang pasti ramai jangkakan sudah pasti van Persie dipasangkan bersama Adebayor. Mungkin Bendtner dipromotekan setelah mempamerkan aksi lebih baik dibandingkan Adebayor kebelakangan ini, tetapi siapa bakal didrop? Entahlah, aku serahkan sepenuhnya kepada Wenger untuk memilih formasi terbaik. Yang pasti kami mahukan kemenangan dan ke Rome tiga minggu lagi!


Dan pemain terbaik di OT iaitu Almunia sudah pasti mahukan pintu golnya cleansheet dan membawa Arsenal ke Rome. Dengan dia sebagai pemain tertua di Arsenal, pengalamannya amat diharapkan bagi mengawal pintu gol cukup baik. Jujurnya aku agak nerves pada aksi ini, diharapkan kemenangan mampu dijanakan, sebab aku tidak mahu episod duka dalam kempen piala ini diteruskan. Apa-apa pun selamat maju jaya Arsenal! Saksikan di ESPN jam 2.30 pagi. Streaming link akan dipost di shout box nanti. Check it out! Adios!

Ahad, 3 Mei 2009

Gameweeks 35: Portsmouth vs Arsenal - Post Match

Portsmouth vs Arsenal

Highlights : Rapidshare Mediafire

21 games unbeatean, sudah pasti beraksi di dalam liga juara-juara Eropah musim hadapan, cuma tinggal 2 misi sahaja untuk diselesaikan bagi musim ini iaitu berada di final liga juara-juara Eropah musim ini dengan menewaskan MU di Emirates dan berada di posisi ketiga liga bagi melayakkan diri secara automatik liga juara-juara Eropah tanpa perlu melalui peringkat kelayakan terlebih dahulu.

Setelah mengalami kekalahan di OT, kata-kata Wenger untuk menyediakan 1st 11 dengan merehatkan satu atau dua pemain menentang Pompey bagaikan satu permainan minda dilakukannya. Dengan mengekalkan cuma 3 pemain yang beraksi di OT, kemenangan masih mampu dicipta dengan berjaya menewaskan Pompey dengan perbezaan 3 gol apatah lagi purata umur pemain pada aksi ini menurun yang bermakna Wenger menurunkan bukan pemain utama.


Fabianski, Vela, Bendtner, Djourou, Eboue, Ramsey, Denilson dan pastinya Arshavin bersama-sama Song, Sagna dan Walcott diletakkan sebagai 1st line up. Cuma Denilson yang aku rasakan tiada fungsinya, Bischoff, Randall dan Merida diberikan kesempatan untuk beraksi dan merasai aksi EPL, paling dilihat menyerlah adalah Bischoff di mana dia mampu mengawal baik flank kanan walaupun seorang center midfield dan pastinya dia juga berjaya mengimbangi corak fizikal dipamerkan Pompey.

Separuh masa pertama dikuasai oleh Arsenal. Crossing dilakukan oleh Arshavin yang bertindak sebagai kapten atas professionalismnya ditanduk oleh Bendtner yang menuju kepada David James tetapi kegagalan penjaga gol England ini menangkap kemas tandukan Bendtner membuatkan Arsenal mendahului dengan satu gol. Gol kedua yang agak kontroversi melalui penalti yang diambil oleh Bendtner setelah tackle Sean Davis dilihat menyentuh bola tetapi cuba dinafikan oleh Arshavin kepada referee dan kesannya, Arshavin di-boo oleh peminat Pompey.

10 minit babak kedua dilihat Pompey cuba untuk bangkit dengan memasukkan Kanu sebelum bermulanya babak kedua. Beberapa serangan mereka digagalkan oleh Fabianski dan pertahanan walaupun terdapat beberapa situasi kelam-kabut. Dan akhirnya peluang diambil oleh Arsenal, melalui rembatan Arshavin yang tertampan pertahanan lawan, akhirnya Vela melakukan low shot yang sukar untuk dijangkau oleh David James.

So pemain-pemain muda ini telah menunjukkan aksi yang cukup matang cuma dari segi kawalan mental perlu dikuatkan, sekiranya itu mampu dilakukan, aku percaya, mereka mampu beraksi lebih kerap bersama 1st team. Ramsey, Vela dan Bischoff menunjukkan mereka bagaikan promising player untuk beraksi sebagai 1st team Arsenal satu hari nanti. Adios!

Jumaat, 1 Mei 2009

Let's enjoy it!



Highlights SSN Report: Mediafire Rapidshare