Selasa, 20 Julai 2010

Kempen Pra-Musim Bermula


Setelah disajikan kejohanan World Cup 2010 di Afrika Selatan, tumpuan kita pastinya ke arah kelab kesayangan kita yang sekarang sibuk menjalani kempen pra-musim. Beberapa perlawanan persahabatan telah diatur dan perlawanan pertama di Underhill bertemu dengan Barnet memihak kepada Arsenal dengan kemenangan mudah 4 gol tanpa balas.

22 pemain yang beraksi terdiri daripada mereka-mereka yang cuma menonton WC di kaca tv sahaja bersama-sama beberapa youngster yang kebanyakan pulang daripada pinjaman. Nama-nama besar seperti Arshavin, Rosicky, Nasri, Vermaelan, Walcott dan 2 muka baru iaitu Chamakh dan Koscielny diberikan tumpuan peminat tetapi kelibat Jack Wilshere, Emmanuel Frimpong dan Jay Simpson menjadi bualan ramai peminat.

Disebabkan streaming yang kurang baik aku tak dapat review pertemuan ini tetapi daripada ulasan beberapa individu, Arshavin, Wilshere dan Frimpong banyak diperkatakan. Arshavin yang sebelum ini dijadikan mangsa media yang mengatakan dia agak kurang senang di Arsenal menunjukkan semangat cukup baik dan memberikan semangat buat pemain muda, sesuatu yang disaksikan cukup berbeza daripada Arshavin sebelum ini. Gol seawal minit kedua dijaringkannya melalui one two pass dengan Rosicky cukup menarik dan Rosicky yang bermula sebagai kapten kembali dilihat agak memberangsangkan.

Nama Wilshere pastinya disebut-sebut, menjadi perancang kepada dua gol yang dijaringkan oleh Jay Simpson, kreativiti pemain muda ini semakin terserlah. Dan tempoh pinjaman selama 6 bulan kepada Bolton membuahkan hasil dan aku berharap dia bersama Arsenal musim ini dan jika agak sukar baginya beraksi bersama skuad utama Arsenal, aku berharap dia dipinjamkan semula kepada Bolton kerana aku percaya Owen Coyle seorang jurulatih yang mampu memberikan sumbangan besar kepada kerjaya Wilshere.

Jika anda masih ingat lagi posting yang berkurun pernah aku postkan sebelum ini, aku ada menyebut Emmanuel Frimpong yang beraksi bersama skuad reserve benar-benar menarik perhatian aku. Aku merasakan dia amat baik mengawal kawasan tengah Arsenal, lebih baik berbanding Craig Eastmond. Sekiranya dia diberikan peluang untuk beraksi pada Carling Cup nanti, aku yakin dia bakal mengagumkan ramai pihak.

Kedua-dua signing terbaru Arsenal melakukan debut pertama mereka di mana Koscielny bermula di permulaan permainan manakala Chamakh beraksi di separuh masa kedua. Walcott dan Nasri juga dimasukkan di separuh masa kedua dan Nasri diberikan tugas sebagai kapten. Dan gol keempat Arsenal dijaringkan oleh Nasri pada minit ke 75 hasil daripada kesilapan pemain lawan. Mungkin aksi ini belum cukup membuktikan perjalanan musim 2010/11 tetapi ianya juga sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada pemain. Dan aksi pra-musim akan diteruskan ke Austria bermula dengan aksi menentang SK Sturm Graz awal pagi Khamis nanti.

Notes:

Dua pemain utama iaitu Eduardo dan Almunia terkeluar daripada senarai skuad di saat akhir pertemuan menentang Barnet. Suatu yang menjadi tanda tanya terutama Eduardo yang dikatakan sedang dirisik Shaktar Donestk dan dilaporkan yuran perpindahan sebanyak 6 juta Pounds telah dipersetujui kedua-dua kelab. Jika benar, apa cerita la pakcik Wenger, hri tu baru cakap Eduardo dalam plan, sekarang dah jadi cerita lain. Almunia pula dikatakan bakal pulang ke negara asalnya yang dijangka bakal beraksi bersama Altetico Madrid musim depan. Dengan Wenger sendiri menyatakan Arsenal belum mempunyai pemilik jersi nombor 1, ia pastinya membuatkan aku merasakan musim depan tiada lagi badut di belakang back 4..hehe.

Sehingga ke entri yang seterusnya...

Khamis, 8 Julai 2010

Welcomes to Emirates, Koscielny




Akhirnya Wenger mengotakan janjinya untuk merevealkan signing terbaru sebelum tamat World Cup dengan Laurent Koscielny hadir ke Emirates dengan perjanjian undisclosed dan jangkaan sekitar 10 juta Euro. Kontraknya juga tidak disebutkan sehingga bila tetapi aku jangkaan sekitar 4 tahun kebiasaannya. Seperti biasa, undisclosed fee ini pastinya melibatkan jumlah tambahan sekiranya Arsenal berjaya memenangi sebarang piala kompetitif.


Full Name: Laurent Koscielny

Born: September 10, 1985, Tulle, France

Age: 24

Previous Club:

Lorient (France), 2009-2010 - 40 appearances, 3 goals
Tours (France), 2007-2009 - 34 appearances, 4 goals
En Avant Guingamp (France), 2004-2007, 40 appearances, 0 goals

Transfer Details: Long-term contact for an undisclosed fee

Position: Defender

Squad No: 6


Makanan kegemaran dan hobi tidak disertakan. Bila Frenchman speak English, pelik. Sama macam Wenger..hehe.

Sabtu, 3 Julai 2010

Jersey Baru musim hadapan.

Musim baru, Jersey Baru, Tactic baru, semangat baru untuk mencapai impian baru.
konsep mesra alam, jersey terbaru nike untuk Arsenal ini sama dengan jersey yang di perkenalkan Intermilan semasa perlawanan akhir CL musim lepas.

untuk setiap helai jersey terbuat dari 8botol bekas mineral water sisa pembuangan terakhir jepun dan taiwan.

Botol2 di bersihkan, lalu di proses menjadi benang dan menjimat 30% energy semasa proses pembuatan.

Dengan system terbaru nie, nike telah pon kitar semula 13jt botol bekas mineral water atau lebih kurang 254,000 kg polyester ( bahan asas membuat plastic ) yang tak akan hancur walau memakan masa 500thn bila kitar semula secara alami.

Dengan technology terkini nike, jersey mesra alam nie 13% lebih ringan, Dry Fit, sesuai untuk pemain bola sepak.

Bahagian belakang kola jersey tertulis "VICTORIA CONCORDIA CRESCIT"

Jersey Away nie mengenang kejayaan Arsenal merangkul kejuaraan 1989 kat AnField.

Club2 gergasi dan kuasa besar bola sepak dunia akan mengguna pakai Jersey yang sama termasuk Intermilan Fc, Man U, dan juga Barca ( club yang paling sibok nak " BUDAK PERANTAU " }

Remark:
Bro Hafez, boleh lar agaknya b'day engko tu bagi cepat sikit, boleh lar dapat jersey originil hadiah besday dari mak we tu :p wakakakakakaka.

Kalau aku tak lah dari botol plastic tu, mahal sangat, budget Rm.30 ok lar, beli dari Rantau Panjang.
Janji update dah lar.

:p hehehehehe

Khamis, 1 Julai 2010

Per Mertesacker next target Arsenal.

Selepas mendapatkan Laurent Koscielny dari Lorient Fc ( league 1 France ).
Per Mertesacker menjadi buruan terkini ARsenal dengan offer 8,5jt Pounds kepada Werder Bremen Fc ( Bundesliga Germany ).

William Gallas yang tak nak renew Contract, Sylvestre yang dah tamat contract, juga Sol Campbell yang habis contract akan bergabung dengan Glasgow Celtics ( nak piala banyak agaknya Campbell nie ).

AW terdesak memperkemas jentera pertahanan yang lemah musim lepas, tambah lagi hanya ada 2 CB sahaja yang tertinggal kat Emirates, The Great Wall Vermaelen + si Djourou yang kerap mengalami cedera jangka masa panjang.

AW nak meminang CB Everton Phil Jagielka. Moyes yang mendesak club untuk menolak seberapa besar pun tawaran yang datang dan dari club mana pun yang cuba "MERAMPAS" Phil.
Remark:
Striker dah Beli, Defender kurang lagi 1 orang, play maker 1orang lagi mari.

Boleh lar jual Cescs yang ber iya sangat nak balik Catalan ( kalau betoi Cescs yang nak larrr, blah biar blah ).
lepas tu cuci gudang, jual yang tak nak loyal kat Arsenal.
Once Gooners, Gooners Forever.
Q Proud be 1 of Gooners.