Ahad, 18 Januari 2009

Hutang langsai, siap kasik deposit lagi! [Analysis]


MOTD Highlights : Rapidshere / Mediafire

Memang aku suka gila game ni, memandangkan dah agak lama aku tak pegi mapley sebab asik layan game Arsenal kat warung kopi dengan streaming jer, kali ni bagai nak hilang anak tekak aku boo 'orang' dalam mapley yang dipercayai fans MU yang berhajat besar nak tengok Arsenal seri atau kalah tapi tak dapat la, team cool akan finish game dengan cool! Tiada 'butang panik' [Nasri role CM] yang ditekan tetapi 'butang pelik' [Bendtner role flank kanan] dijadikan umpan.

Wah-wah Qsheira, prediction ko tepat la, tahniah! Ermm.. kudos buat van Persie, Bendtner dan Nasri. Bagi aku tiga watak ini memainkan peranan cukup gah dan performance bagi teammates lain ada yang baik, ada yang tak reti-reti belajar dari silap lagi terutamanya Diaby dan Eboue yang kerap dijadikan 'kambing hitam'. Sagna sememangnya solid dengan overlapping yang dilakukannya, Toure yang seakan-akan kembali ke prestasi asal yang mula menampakkan pairing Toure-Djourou semakin superb dan Denilson berjaya role posisi defensive dengan agak baik.

5 minit permulaan game aku rasa cam referee tu ada lelah, kejap-kejap tiup, mengah ker? Aksi 20 minit pertama boleh dikatakan sebagai aksi berhati-hati bagi kedua-dua pasukan, tidak mahu terperangkap dan cuba membaca taktikal lawan. Di waktu ini juga dapat dilihat long pass yang bersimpang siur dengan beberapa killer skill daripada Eboue yang agak superb tapi tidak diperlukan sangat.

Kecewa, cukup kecewa. Memang nasib tidak menyebelahi van Persie, jika aksi di Emirates dulu sewaktu menentang Hull digagalkan oleh tiang gol untuk mendapatkan gol melalui free kick, kali ini juga sama apabila sepakan percumanya di minit ke 28 di tepis sipi-sipi oleh Myhill sebelum terkena palang. Naik meremang bulu roma aku sebab dari awal season lagi menunggu gol free kick dari van Persie.

Tapi peluang Arsenal bukan sekali. Sepakan penjuru di sudut kiri Hull yang diambil oleh van Persie ditanduk kemas Adebayor menjangkaui Myhill dan pemain-pemain Hull yang lain. Lama gampang ko tak skor, nasib la advantage ketinggian ko memang digunakan habis-habisan. So gol ini bermakna Adebayor dan van Persie berada di kedudukan jaringan musim ini tetapi berlainan kelasnya! [kejam betul aku! haha]. Eboue yang menerima low cross daripada Adebayor gagal menambahkan gol tetapi aku faham, bagi Eboue, cukup 1 gol untuk semusim..hehe

Dan seperti di Emirates, aksi separuh masa pertama sememangnya di kuasai Arsenal. Naik geram si Cousin tak dapat bola, rembat ke mana-mana ntah, ntah kena sapa pun tak tahu, kang kena saman dengan FA baru ko tau, ko bukan Ferguson yang boleh main suap-suap. Tapi aku dah biasa tengok semua ni dalam team lawan, salah seorang pemain lawan mesti hangin bila Arsenal dah control game, al-maklum la, duduk kat atas tunggu bola yang tak datang-datang, datang pun ofsaid.

Bermula di babak kedua menampakkan game masih dikawal Arsenal sehinggalah Phil Brown menukarkan Halmosi dengan Manucho [loan MU] di minit ke 53 yang menyaksikan game mula seimbang dan Hull nampak lebih bersemangat. Tapi awal-awal lagi dah ditanduk kepalanya dengan Djouoru..haha. Clichy yang kurang solid, kadang-kadang menang clearance dengan Mendy, tapi overlapping yang dilakukannya mengugat pertahanan. Hasilnya cross Mendy terkena sedikit kaki Clichy yang membolehkan Djourou agak lost position dan Cousin menjaringkan gol penyamaan di minit ke 65. Nasib la deflect, kalau tak haram tak skor, nak dapat chance suci pun belum tentu.

Tapi Wenger lebih bijak daripada Phil Brown, dengan Eboue yang semakin merepek di flank terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Bendtner. Sebagai mana posisi sewaktu menentang Pompie yang dia mainkan, kali ini pun sama dan beraksi di kanan pula. Hasilnya memang superb, aku akui apa yang Wenger katakan, memang banyak yang akan datang daripada Bendtner cuma dia perlu beraksi dari bench dari 1st 11 kerana impaknya cukup baik bagi pasukan.


Hasilnya beberapa gerakan berjaya disusun semula dan Arsenal kembali menguasai permainan. Ketabahan mencari gol kemenangan berhasil. Gerakan ditengah padang ke flank kanan oleh Bendtner kemudian bola diberikan kepada van Persie yang membuka game kepada Nasri yang tidak dikawal dan tenang merembat bola leret ke far post untuk gol kedua di minit 83. Kali ni aku dan member aku kat table boo kuat-kuat fans MU yang tadi meriah sangat, suka sangat Cousin skor, sekarang hambik!

Dan boo tu tak berhenti kat situ sahaja. 3 minit selepas jaringan Nasri, kali ini van Persie kembali menjadi link player yang mengumpan pemain lawan sebelum menghantar kepada Bendtner dan disudahkan dengan cukup baik. Belum pun puas, Bendtner cuba mencari gol keduanya dalam perlawanan ini tetapi tandukan daripada hantaran lintang Clichy diselamatkan oleh tiang pula. Nasib kurang menyebelahi buat kali kedua untuk menambah jaringan setelah palang menggagalkan usaha van Persie di separuh masa pertama.

Dalam asyik tengok game ni, kamera ada liar sikit fokus ke David Moyes. Cuba cari kelemahan Arsenal nampak, mentang-mentang Arsenal nak melawat Everton 28hb ni. Ingatkan nak lepaskan apa yang Arsenal merisik kat Merseyside. Lantaklah, kesah apa aku dengan Everton sekarang ni. Harap-harap korang menang dengan Liverpool nanti..haha. Tapi part paling aku suka game ni sebenarnya nak tengok muka Phil Brown. Tu la, dulu kat Emirates bukan main suka yer, sekarang kenapa tak lompat kera lagi?

Berakhirnya game ini Arsenal masih di kedudukan kelima liga dengan ketinggalan 6 mata di belakang MU yang kurang 1 perlawanan tetapi itu semua tidak penting untuk difikirkan sangat, 4 kemenangan berturut-turut menunjukkan Arsenal akan kembali konsisten dan cabaran yang aku beri buat Arsenal cuma tinggal 1 perlawanan lagi iaitu menentang Cardiff City, menang bermakna Arsenal sudah pasti akan terus konsisten dan berkemungkinan mengidam la nak dapat signing baru...huhhh

9 ulasan:

Gunners & Roses berkata...

Kau boo penyokong man u, alang2 bagi sekali biar kene macam muka man+U+cho tu..hahah..

Hafez Rachwan berkata...

xboley la beb, dorg ramai..
lgpn aku x gila hooligan sgt..hehe

Tanpa Nama berkata...

bro gunners..
tak leh cam tu..
kita suka sukan bola..
bukan wwf :)

bro wan..
dia orang ramai tak ramai..
kita kena sporting..
kita menang.. kita booo kaw kaw punya..
kita kalah.. kena pekak pekak kan telinga je lar :)

prediksi aku tu berdasarkan
3goal
sebab performa serangan yang semakin mantap
1goal hull tu..
sebab arsenal tengah mencari cari rentak 9 game tanpa bolos masa CL dulu ( rekord tu bro..)

Tanpa Nama berkata...

broo..
cita cita mu termakbul..
dah boleh potong ayam kat rumah kang..
arshavin resmi ke arsenal selasa 20jan 2009
dengan harga 13jt euro (bukan pound ye)..
dan perjanjian bila di musim ini arshavin cemerlang membantu arsenal menggapai min. 1 piala maka..
arsenal harus membayar 5jt euro lagi sebagai tambahan iuran perpindahan..

bro wan...
apa macam???
happy ke????

Hafez Rachwan berkata...

tu la yg slalu aku wat qsheira..
bila dorg start boo, bila kna part aku boo blk mmg aku bantai kaw2..haha
tp kalah, layan jer la..
tp slama aku tgk bola blom penah aku cr pasal nk boo2 org lain ni, slalu dorg start dulu..

dpt 3 gol bgs la, sejak seri dgn spurs 4-4 aritu, mana penah arsenal skor sampai 3 gol dlm liga utk 1 game, so bgs la keadaan ni..

hehehe..mmg senyum lebar la dapat arshavin, aku dh lama nk dia join arsenal..lgpn aku taruk harapan tinggi gk kt dia cuma dlm beberapa game ni aku rasa agak susah la dia nk sesuaikan diri dgn epl, dgn arsenal mgkn senang..perjanjian dia cm hleb la, mng 1 cup tambah lg, 13 millions euro mmg berbaloi la dr pounds..kira harga dia lebih kurg nasri la jika dikira dlm euro sbb nasri dlm pounds dan ditambah pounds pn dh agak down..

Tanpa Nama berkata...

aikkk..
ini dah hari selasa 20/01/09
belum ada kabar lagi tentang transfer arshavin????
tak kan kena tipu kat news paper lagi..
tapi saya ingat jadi kot arshavin ke arsenal..
sebab dia sendiri pun berperan dalam menjayakan transfer nie...

Hafez Rachwan berkata...

hari ni br hari deal yg sebenar..
dan arshavin skrg kt dubai dgn teammates zenit yg lain buat game frenly..
dijangka sign hari ni, kamis ni ke dia gerak ke london..

Tanpa Nama berkata...

city kerut dahi..
kaka tak nak pindah walau di bayar 500rb pounds/pekan..
betul2 gila..
main 2 minggu je 2 x 500rb pounds x Rm5,5/pounds = $$$$$$$$$$$$$..
dah jadi jutawan kat malaysia beb..

aku lupa lar pulak..
hari nie 20/01 kat malaysia..
kat europe sana baru 19/01 malam :)

dah stand by potong ayam kat rumah ke???
berapa ekor nak sembelih??
akan hajat yang termakbul :) hue hehehehe

Hafez Rachwan berkata...

bgs la kaka xsign, sbb tu maruah player, bkn semua player gilakan wang..besalah org kaya, dorg cuma fikir mampu beli apa saja yg dorg nk..

ayam? xde bela lak kt umah sewa ni, aku ingat nk goreng french fries jer klu arshavin masuk arsenal..hehe