Rabu, 21 Januari 2009

Arshavin who???



Lupakan Arshavin dan cari target signing yang baru atau pun gunakan skuad yang sedia ada. Melihat video yang aku sertakan di atas ini, Arsenal tidak perlukan Arshavin, atau mungkin juga sesiapa sahaja sewaktu musim perpindahan Januari ini. Mungkin jika diberi option kepada aku, aku lebih selesa untuk menerima defensive midfielder daripada kreatif player yang seakan-akan Hleb, Fabregas mahu pun Rosicky.

Aku ada sebab untuk menyatakan Arsenal mampu survive, bukannya survive untuk berada di dalam liga dan mengelakkan penyingkiran, tetapi aku yakin Arsenal boleh berada di dalam Top 4 dalam beberapa game lagi atau pun berada di posisi lebih baik daripada keempat sehingga ke semua pemain yang cedera berada dalam pasukan.

Deal mengenai Arshavin boleh dikatakan hampir tamat dek ketamakan Zenit walaupun dikhabarkan tuntutan ejen Arshavin sudah dipenuhi tetapi demand dari pihak Zenit disaat akhir menggagalkan transfer. Arshavin agak marah dengan situasi ini tetapi adalah lebih baik kita berfikir kegagalan penggambilan Arshavin ini suatu berita positif.

Sekiranya Arshavin bersama Arsenal musim ini, dia mampu beraksi paling maksimum sebanyak 15-17 games, ditambah pula signing pemain daripada luar England memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri ditambah liga Russia masih lagi berehat [pengakhiran musim], Arshavin bukanlah individu yang aku rasakan mampu memberikan impak segera dalam memberikan kreativiti di bahagian midfield Arsenal.

Dalam tempoh 3 minggu lagi kita akan mendapatkan Walcott diikuti Eduardo yang telah sembuh daripada kecederaan hamstring cuma memerlukan fitness asalnya. So sekiranya pair duo ini berada di dalam skuad, option meletakkan Walcott di kiri flank manakala Eboue di kanan flank manakala Nasri yang boleh bertindak sebagai generator midfield diposisi CM, aku rasa secara langsung Arsenal mampu menangani masalah kreativiti.


Cuma di bahagian defensive midfield perlu dikuatkan, posisi yang agak lapang dan belum dibendung, signing di bulan ini mungkin sebagai langkah terbaik, atau pun option daripada salah seorang daripada Denilson, Diaby, Song atau pun Ramsey yang dikatakan semakin hampir kepada 1st 11.

Dan mungkin juga Eboue diketepikan untuk kesebelasan utama bagi meletakkan Walcott di flank kanan manakala Nasri di flank kiri, sesiapa roll di bahagian CM [salah seorang] sama ada Diaby, Denilson atau Ramsey adalah suatu langkah penyelesaian terbaik kerana aku yakin kekurangan ruang ke hadapan disebabkan ketiadaan defensive midfield yang baik; sama ada Diaby dan Denilson itu mampu berkreativiti atau pun sejujurnya mereka sendiri tidak kreatif, itu tidak dapat dipastikan secara jelas. Pilihan aku adalah Ramsey!


Tetapi Arsene Wenger lebih mengenali pemain-pemainnya dan polisinya menggunakan pemain muda di dalam skuad ada untungnya sekiranya dia lebih berani. Ya, berani untuk meletakkan Ramsey diposisi CM buat masa sekarang, alasan Ramsey masih kurang perlawanan dan belum bersedia nampaknya sukar diterima kerana Arsenal terdesak dalam mendapatkan kreativiti di CM terutama kegagalan duo D [Denilson, Diaby] dalam menjana jentera tengah Arsenal.

Tiada ulasan: