Jumaat, 16 Januari 2009

Mereka THE GUNNERS!


RvP, mulanya aku rasa dia agak panas baran, tapi watak yang dimainkannya sekarang patut diberikan pujian. Aku rasa dia semakin matang dalam manage team walaupun cuma kapten di belakang Fabregas dan Toure. Selepas menyuarakan kepada pasukan untuk bersatu terutamanya menentang media-media yang asik bikin panas jer, kali ni dia memberikan pujian kepada rakan sepasukan iaitu Carlos Vela bagi menaikkan motivasinya.

“He brings pace, good technique and courage,”. “I think [against Bolton] and in the last couple of weeks, he has been doing really well. “In training, he is doing the good stuff. He creates space for us because when he is on the ball, he can pass it short, in behind the strikers. So it’s all good stuff from him now.”

Inilah karektor seorang kapten yang kita mahukan. Seorang yang mampu menaikkan motivasi pemain muda walaupun usianya belum dikira agak senior dalam sesebuah pasukan. Itu juga yang dilakukan oleh Fabregas kepada Ramsey dengan memberikan kepercayaan kepadanya untuk role posisi CM sementara ketiadaannya.

Fabregas dan van Persie merupakan tonggak penting buat Arsenal oleh kerana pengalaman mereka bersama Arsenal sekian lamanya. Jika inilah yang ditunjukkan oleh pemain-pemain senior kepada pemain muda, aku rasa kita tidak hilang pengalaman didalam pasukan.


Dan aku juga dapat lihat karektor pemain-pemain dari Afrika seperti Adebayor, Toure, Song, Eboue dan Djourou, lihat apabila salah seorang daripada mereka menjaringkan gol, bagaimana semangat yang ditonjolkan. Inilah yang aku mahukan dalam Arsenal iaitu bersatu sesama mereka.

Walaupun ada perbalahan dikatakan antara van Persie dan Gallas serta Gallas Toure dan juga kelihatan selalunya berlaku salah faham di antara Djourou dan Gallas dalam men marking, aku yakin, sekiranya mereka betul-betul professional dan berjaya menamatkan musim dengan sekurang-kurangnya satu piala, aku yakin segala perbalahan itu akan selesai. Piala akan merapatkan ke semua pemain, sudah pasti parti [bukan parti liar ok..hehe] meraikan kemenangan akan memastikan ke semua masalah dilupakan. Apatah lagi peminat yang terus setia menyokong pasukan!

Tertarik juga untuk aku bicarakan mengenai apa yang Wenger sebutkan 'new signings after January'. 4 muka 'baru' yang bakal pulih iaitu Eduardo, Walcott, Fabregas dan juga Rosicky [ada orang bet ke Fabregas sembuh awal dari Rosicky???]. Paling hampir dengan pasukan buat masa sekarang adalah Eduardo.


Eduardo dikatakan sudah fit sepenuhnya daripada kecederaan hamstring sewaktu beraksi bersama-sama pasukan simpanan tetapi belum bersedia diletakkan sebagai pemain skuad utama buat masa ini. 2 atau 3 minggu diperlukan untuknya bagi mengembalikan fitness yang seperti sedia kala dimana dia perlu beraksi bersama pasukan simpanan buat sementara waktu.

Dia yang ditemui semasa temubual majalah rasmi Arsenal menyatakan dia bukanlah terlalu terdesak untuk menjaringkan gol tetapi ingin mendapatkan fitnessnya semula. Aku juga yakin punca hamstring yang dialaminya juga disebabkan desakan dirinya yang terlalu inginkan beraksi setelah mengalami kecederaan patah kaki Februari tahun lepas.

Cuma dua individu yang amat aku risaukan iaitu Walcott dan Rosicky. Walcott yang mengalami kecederaan di bahu sewaktu berlatih bersama skuad England dimana bahunya terkeluar daripada posisi asal dan kecederaan ini merupakan kecederaan yang keempat dialaminya, potensinya untuk mengalami kecederaan yang sama agak tinggi di masa akan datang. Aku harap kecederaan ini tidak akan merosakkan kariernya.


Rosicky yang juga boleh dikatakan sebagai 'manusia istimewa' di dalam Arsenal mungkin juga meletakkan kariernya berisiko tinggi. Usianya yang bakal mencecah 28 tahun menyebabkan tempoh recovery agak lama ditambah dengan hamstring yang dialaminya lain daripada yang lain dan imbasan menunjukkan terdapat tulang yang menembusi isinya.

Nak dibicarakan mengenai Rosicky ini meletakkan aku diposisi yang agak sedih. Aku mengharapkan kecederaannya ini tidak merisikokan kerjayanya ditambah pula bakatnya yang cukup mengagumkan. Ejennya juga menentang tegas dakwaan media yang menyuarakan karier Rosicky bakal merudum seperti dialami Harry Kewell [Liverpool].

GET WELL SOON OUR BELOVED FOUR MENS!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku terharu baca post nie :(
tapi semangat gunners..
buat gua membara..
hari itu rekod tanpa kalah kat emirates di pecah hull
aku harap Nasri c.s boleh hentam hull kaw2 ..
kembali kan image gunners..
gunners plizzz make gonners proud to be a gonners..

ada 1 berita lagi..
milan dah pasang target nak beli adebayor..
bila transfer kaka berhasil..
maka transfer bln 6 nanti
adebayor target man milan..

Hafez Rachwan berkata...

itulah beb, aku harap menang dgn hull kali ni..
kita dh xboleh drop point, dgn hull yg dh nmpk down xmcm awal season, aku rasa chance nk mng besar gila..

amik la milan, aku secara jujurnya dh xkesah klu adebayor kuar dr arsenal..
bkn apa, ada adebayor asik nk main cross jer..
xbest la, aku suka tgk arsenal main one touch br best..
nk harap adebayor main one touch, asik sangkut jer..
sbb tu asik main long jer..huhu

Tanpa Nama berkata...

Bukan aku nak defend adebayor..
tapi mamat nie lebih berfungsi mengocar kacirkan pertahanan lawan..
sebab AW nak RVP lebih fokus menjadi striker penuh..
tapi bergantung kat adesayor lar..
kalau lar gaji 80rb pound pun masih nak komplen lagi.. sampai nak blah..
aku sumpah dia balik togo kang, tumbuh bisul kat buntut dia sepanjang hayat..
:) wa..kakkakaka..kakaka

Hafez Rachwan berkata...

yup..fungsi dia lebih kd nk tarik defend lost focus, so chances rvp nk dpt ruang lebih besar..
tp tu la, kejap ok, kejap jahanam..
yg paling ok waktu lwn spurs aritu tp last2 defend bikin taik..haihhh