Ahad, 4 Januari 2009

Cheers for new captain!


Akhirnya, gabungan skuad senior dan 'kindargarden' player (ni gelaran pengulas pada bench Arsenal waktu di Porto..huhhh kejam betul) telah memastikan Arsenal meneruskan saingan FA Cup ke pusingan keempat. Dua gol daripada van Persie dan satu hasil deflect crossing yang dilakukan oleh van Persie sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi keupayaan 'The Dutch Master' ini.

Tiada Almunia, Song, Denilson, Clichy dan Adebayor, so hasilnya lebih baik. Dan tegasan Wenger tidak memerlukan penjaga gol baru bermakna kedudukan Almunia hanya diancam oleh Fabianski dan untuk saingan FA Cup seterusnya bakal menyaksikan Fabianski berada dalam skuad utama.

Untuk separuh masa pertama aku tak boleh nak ulas perjalanan game disebabkan masalah streaming dan hanya dapat menyaksikan di separuh masa kedua saja, itu pun hasil kerja keras teman-teman Gunners mencari link dan dipostkan di Arsenalaysia. Thanks semua.

Buat pertama kalinya van Persie memakai arm band, suatu permulaan yang baik. Adakah dia akan memakainya untuk aksi menentang Bolton? Mungkin ya mungkin tidak. Aku harap Wenger akan kekalkan buat sementara ini sehingga sekembalinya Fabregas kelak.


2 gol dan satu assist, cukup layak untuk van Persie menjadi man of the match bagi pertemuan ini. Finishing cukup mantap dan boleh dikatakan antara individu yang terajin sewaktu game ini. Dan sekiranya dia tidak mengalami kecederaan yang panjang untuk musim ini, aku pasti dia akan menjadi penjaring terbanyak EPL.

Permulaan di babak kedua cukup mantap. Dua minit setelah bermula separuh masa kedua, sepakan penjuru yang diambil oleh Nasri tepat ke arah van Persie dan dia menjaringkan gol dengan flying header (Flying Dutchman beb!), suatu yang rare untuk dilihat.

Selang 2 minit kemudian, van Persie yang berada di dalam kotak penalti di sebelah kiri Plymouth melakukan hantaran lintang yang menghasilkan gol kedua. Disebabkan streaming agak kurang memuaskan, aku tidak pasti sama ada Gray atau Bendtner yang menyentuh bola untuk menewaskan Romain Larrieu buat kali kedua. Lantaklah, janji gol tapi aku rasa Bendtner just kasik pressure tapi tu own goal rasanya! hehe

Tapi Plymouth kembali memberi saingan 3 minit kemudian. Kali ini pun hampeh gak, tak dapat tengok live. Entah macamana kelam-kelibut di dalam kotak penalti membolehkan Fallon merembat masuk gol tunggal buat Plymouth.

Percaturan Wenger memasukkan Carlos Vela dengan menggantikan Eboue dan mengubah taktikal permainan iaitu meletakkan Nasri di posisi tengah bersama Ramsey, manakala Diaby di sebelah kanan dan Vela di kiri sememangnya berhasil. Ada kalanya Diaby, Nasri dan Ramsey mengubah posisi antara satu sama lain sememangnya membantu menambahkan serangan Arsenal.


Dan kill game wujud di minit 84 apabila hantaran Nasri dikawal baik van Persie dan diceduk cantik punya melepasi Larrieu walaupun dia sempat fingertips sebelum merembat bola kencang mengenai palang dan menerjah jaring untuk gol ketiga Arsenal dan kedua van Persie. Rembatan Nasri yang terkena pertahanan lawan di minit 92 hampir menambahkan gol buat Arsenal tetapi nasib kurang baik, bola cuma terkena palang gol.

Dan berakhirnya game ini menyaksikan van Persie merupakan top scorer Arsenal bagi semua kejohanan dengan 12 gol setakat ini. So lepas ini aksi menentang Bolton perlu meraih 3 mata penuh dan ditambah dengan kecederaan agak serius dialami Alonso dan Mascherano sekurang-kurangnya satu berita positif!

Tiada ulasan: