Sabtu, 17 Januari 2009

Hull City vs Arsenal - Preview

Lupakan mengenai Arshavin, kegilaan pak Arab buat sementara waktu, kembali fokus kepada sesuatu yang lebih penting iaitu pertembungan ke 22 liga. Memandangkan Arsenal belum berada di dalam dilema membuat pilihan ke atas mana-mana trofi, jadi bermula awal pagi nanti melibatkan pertembungan menentang Hull City di KC Stadium perlu berakhir dengan 3 mata buat Arsenal.

Mungkin kita lebih suka menggelar perlawanan ini sebagai aksi membalas dendam ke atas kekalahan di Emirates, tetapi aku lebih selesa mengatakan ini merupakan perlawanan untuk membuktikan konsistensi. 6 perlawanan tanpa tewas, hatrik kemenangan 1-0 di Emirates di dalam liga, Arsenal perlu membuktikan konsistensi memungut mata di gelanggang lawan bermula dengan aksi ini kerana 2 perlawanan seterusnya iaitu menentang Cardiff City dan Everton juga berlangsung di gelanggang lawan.

Ketiadaan Eduardo, Silvestre, Gallas, Rosicky, Fabregas dan Walcott adalah pasti dan Song yang dilaporkan cergas daripada fitness test akan kembali kepada pasukan. So jangkaan aku di bench nanti akan ada Fabianski, Song, Ramsey, Vela, Bischoff, Wilshere, Bendtner dan Gibbs. Formation yang sama sewaktu menentang Bolton aku rasakan akan digunakan disebabkan di dalam key battle ada Diaby. Kenapalah Ramsey belum diberikan mandat generate midfield lagi setelah beberapa aksi 1st team yang mengagumkan.

Sememangnya aku agak risaukan perlawanan ini terutamanya mengenai bahagian midfield Arsenal bukannya Hull City. Puncanya kekurangan kreativiti di bahagian midfield terutamanya gandingan Diaby dan Denilson dapat dilihat sewaktu aksi menentang Bolton dan beberapa lagi perlawanan dengan peluang yang diciptakan boleh dikira dengan jari sehinggalah Nasri role diposisi tengah yang menyalurkan peluang lebih banyak. Kalau Wenger dapat shift posisi Nasri dan Diaby buat aksi ini, aku rasa peluang mencipta jaringan lebih besar tetapi mungkin kehilangan pace di bahagian kiri pula.

Melihat aksi di Emirates sewaktu menentang Hull pada September lepas, aku percaya perlawanan itu menunjukkan nasib tidak menyebelahi Arsenal. Beberapa percubaan yang terkena tiang dan palang yang datangnya daripada van Persie dan Gallas mengagalkan Arsenal sekurang-kurangnya memungut 1 mata dan juga beberapa peluang yang disia-siakan. Dan satu lagi puncanya adalah terlalu memandang rendah kepada lawan, sekiranya pemain-pemain memandang serius setiap perlawanan tidak kira lawan, aku yakin Arsenal mampu menewaskan mereka.

Aksi 4-4-2 mungkin akan digunakan oleh kedua-dua pasukan, so peluang creating chances lebih besar dan melibatkan menangani aksi offensive serta defensive. Dan semestinya Geovanni perlu diberikan perhatian kerana fungsinya menghasilkan peluang buat Hull City serta kemahiran bola matinya. Siaran langsung di Star Sports, 1:25 pagi. Link streaming nanti aku kasik before aku pegi mapley.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1 yang engkau lupa post kan bro...
prediksi malam nie..
mungkin aku tak tengok..
bab esok keje ( OT cari duit susu anak )
tapi gua yakin..
Gunners tak akan menghampakan aku..
prediksi Qsheira
hull 1
Arsenal 3
go...go...go..gunners..
gonners forever...

Hafez Rachwan berkata...

aku predict 2-0!
siap scorer lg, nasri dgn van persie!