Kemenangan tipis, 1-0 untuk tiga game berturut-turut di dalam liga membuatkan aku yakin beberapa perkara yang positif dan negatif berada di dalam pasukan buat masa kini. Positifnya adalah mengenai ketabahan serta kekuatan mental sepasukan berjaya memastikan kemenangan manakala negatifnya ialah kehilangan kreativiti di bahagian midfield disebabkan kecederaan pemain mungkin membolehkan Arsenal seri ataupun tewas.
Aku akui ke semua pemain di bahagian midfield yang sedia ada telah melakukan usaha sebaik mungkin untuk menggerakkan bahagian midfield tetapi corak permainan lawan yang bermain secara bertahan di mana terdapat dua lapisan pertahanan amat menyukarkan. Tiada lagi nama-nama kreatif yang didapatkan dalam tempoh dua minggu ini dan kecederaan yang berpanjangan beberapa pemain utama, perkara ini mungkin menyukarkan Arsenal untuk kembali memberikan saingan liga.
Wenger dan van Persie turut menyuarakan pendapat mereka mengenai perlawanan menentang pasukan pertengahan dan yang bergelut berdasarkan corak permainan 'man behind the ball' bagi mengelakkan kehilangan mata dan disingkirkan dari liga membuatkan EPL semakin hari semakin hilang serinya. Ia bukannya corak permainan kompetitif atau pun corak permainan bagi 'real footballer'. Bagi aku bukanlah saingan EPL musim ini sukar untuk dijangka keputusannya disebabkan pasukan bawahan semakin kuat memberi saingan tetapi ianya disebabkan oleh corak permainan pasukan-pasukan bawahan yang semakin hari semakin memualkan.
Aku juga percaya peminat Arsenal amat sukakan corak permainan 'total football' tetapi sekiranya lawan masih bermain sebegini rupa adalah sesuatu yang sukar untuk melihatnya dan mungkin disebabkan ini juga permainan Arsenal semakin hari semakin hambar dan kemenangan hanya dicipta melalui gol-gol 'set-pieces' sahaja. Dan disebabkan itu aku tidak menyerang mahu pun mengutuk permainan Arsenal semakin hari semakin tidak menarik kerana puncanya bukan pada Arsenal tetapi pada pasukan lawan kerana sekiranya mereka bermain secara terbuka mereka berkemungkinan besar akan tewas.
Hanya dapat dibilang dengan jari saja perlawanan yang menarik musim ini tidak seperti musim-musim lepas. Jangan bandingkan Arsenal di zaman Henry, Bergkamp, Pires, Vieira mahupun Ljungberg, Arsenal bukanlah terlalu lemah musim ini disebabkan mengerahkan pemain-pemain muda dan tidak mempunyai nama-nama besar seperti 5-8 tahun lepas tetapi Arsenal semakin sukar melakukan gerakan yang sinonim dengan Arsenal. Cuma aksi di dalam liga juara-juara Eropah sahaja yang menampakkan permainan yang lebih terbuka dan menghiburkan jika dibandingkan dengan saingan liga.
Cuba lihat carta liga sekarang, jarak di antara pasukan dikedudukan ke 11 sehingga ke 20 cuma dibezakan oleh 8 mata sahaja, apatah lagi 3 pasukan terbawah cuma 2 mata. Melihat pada 5 perlawanan terawal musim dimana aksi menentang WBA, Fulham, Newcastle, Blackburn dan Bolton, kita masih mampu melihat corak permainan 'total football' Arsenal sehinggalah ke pertengahan separuh musim iaitu di antara gameweeks 9-18, corak permainan lawan semakin berubah. Dan bagi menggelakkan tersingkir, pasukan-pasukan sebegini sanggup bermati-matian bertahan di kawasan masing-masing cuma untuk mendapatkan 1 mata, WTF!
Situasi sebegini bukan saja dialami oleh Arsenal tetapi kepada semua pasukan di atas liga antaranya MU, Chelsea dan Liverpool. Contoh terdekat adalah perlawanan Arsenal vs Bolton serta Stoke City vs Liverpool. Tiada effort dari pasukan bawahan untuk keluar dari kawasan masing-masing dan sekiranya keadaan ini tidak berubah adalah menarik lagi untuk melihat aksi liga di negara lain seperti La Liga dimana dari masa ke semasa, corak bertahan bagi pasukan bawahan adalah sukar untuk dilihat.
4 ulasan:
sebenarnya bukan tak setuju ngan post lu bro wan..
tapi semenjak rosicky cedera..
berkurang try dari luar kotak pinalty..
nasri ok..
tapi kena kunci.. cam ne nak try??
lagi2 our general cedera..
tiada supply2 yang membahayakan gawang lawan..
harap cesc, rosciky dapat fit sebelum kita lawan big four yang lain..
yup, mmg aku setuju pasal ko ckp tu, tp total football xbrmaksud permainan long range..
sbb long range ni lebih sinonim dgn liverpool..
aku mula suka arsenal sbb total football arsenal, bermula dgn short pass, permainan 1 2 dgn teamworks..
tiadanya fabregas, hleb, rosicky disebabkan injurd dgn transfer, aku rasa aku dh mcm xkenal arsenal dulu..
aku bknnya rindukan sgt pemain-pemain lama, aku rindukan corak permainan arsenal lama dgn2 gol classic..
kurang kreatif di bahagian midfield dgn lawan yg main defend, aku rasa tu puncanya skrg..
aku harap tinggal 2 minggu lg ni wenger sign player yg betul2 kreatif dgn hardman utk bg kebebasan pemain2 midfield yg lain spt yg flamini lakukan..
sbb tu aku harap arshavin dpt masuk arsenal, bg aku dia boleh kembalikan arsenal dahulu, cuma skrg ni aku rasa macam susah jer wenger nk dapatkan dia..
fealing aku bab arshavin..
bila arsenal dapt pun dalam 16-18jt pounds..
tak lebih dari itu..
arsenal tetap berusaha main attack..
tapi masa aku tengok game vs bolton
memang 11 orang bolton kat kotak pinalty..
sampai arsenal ada 4 striker 2nd half
RVP, Ade, vela, bendtner
9player arsenal ada kat areal lawan dari awal sampai akhir..
cam ne nak score banyak bila main cam tu??
ntah la, aku xnk berharap sgt psl arshavin ni..
itu la, bagi aku taktik bertahan lawan yg dua lapis defend (midfield pn jd defend) buatkan epl dh xmcm dulu..dh xde ciri attacking xkira team tu duduk bawah atau atas..
Catat Ulasan