Jumaat, 2 Januari 2009

FA Cup: Arsenal vs Plymouth


Dalam sibuk-sibuk Wenger mencari pengganti Fabregas untuk tempoh 4 bulan, saingan FA Cup 2009 akan berlangsung keesokkan harinya. Mungkin sedar atau tidak,kita lebih pening kepala cari rumours pasal January transfer window ni sampai naik gila, kalau kaki judi, aku rasa dorang pun akan bet sapa Wenger nak beli bulan ni.

Saingan FA Cup musim ini dimulakan dengan pertemuan menentang Plymouth di Emirates dan apa yang pasti trofi ini perlu diletakkan sebagai target realistik, bukan seperti Carling Cup kerana sejarahnya cukup sinonim dengan Arsenal dimana Arsenal paling banyak menjuarai trofi ini sebanyak 10 kali dimana kali terakhir pada 2005 mngalahkan MU melalui tendangan penalti setelah terikat 0-0.

Sejarah pertemuan kedua-dua pasukan adalah sebanyak 6 kali dengan Arsenal memenangi 5 kali dan seri sekali. Rekod pertemuan direkod disekitar tahun 80-an sebanyak 5 kali dan kali terakhir pada 3 Oktober 1989 dengan Arsenal menewaskan Plymouth 6-1. Sejarah hanyalah sejarah, bukan boleh dipandang mudah.

Dan jangkaan bermungkinan formation serupa akan digunakan sewaktu menentang Pompey walaupun aku mengharapkan Ramsey diletakkan dikesebelasan utama dan mendropkan Diaby ke bench serta menggantikan Bendtner dengan van Persie. Mungkin juga dimixturekan antara pemain 'senior' dengan skuad Carling Cup bagi perlawanan malam esok disebabkan pertemuan Arsenal seterusnya pada 10 January.

Tiada lagi langkah sumbang, dengan harapan memulakan tahun 2009 dengan jayanya. Ikut jadual dalam Astro, tiada live, so kena bersiap sedia dengan streaming. Game akan bermula pada pukul 11 malam so 15 minit sebelum perlu prepare. Nanti aku poskan linknya. Dan belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada anda semua.

Tiada ulasan: