Khamis, 15 Januari 2009

Arshavin : Berapa harga yang berbaloi perlu ditawarkan?


Mungkin aku terlalu abaikan pasal transfer windows sehingga aku rasa malas untuk menulis mengenai setiap musim perpindahan Arsenal. Rumours tu dah terlampau banyak, naik sebal dibuatnya tetapi bagi aku untuk memandang terlalu serius mengenai pilihan Wenger aku rasa amat sukar.

Arshavin, individu paling rapat dan sinonim dengan Arsenal buat masa ini. Corak permainannya yang hampir serupa dengan Hleb tetapi lebih baik dan finishing yang tidak perlu dipertikaikan, wujud hanya satu persoalan, adakah keinginan Wenger memilikinya dibataskan dana Arsenal yang diwujudkan oleh agent serta Zenit St. Petersburg?

Sekitar 20 millions pound yang dikehendaki oleh Zenit serta agentnya, membuatkan Wenger mungkin berfikir berkali-kali. Record signings termahal pernah dilakukan Wenger adalah Wiltord sekitar 13 millions pound dan sebagai penyokong Arsenal, anda mesti tahu harga Samir Nasri yang mencecah 12.5 millions pound walaupun dirahsiakan harga pembeliannya.

Dilihat kepada pembelian Nasri yang memakan masa yang agak lama disebabkan mainan harga, aku rasa sekiranya Wenger mahu mendapatkan Arshavin dibawah harga 15 millions, deal yang perlu dilakukan mungkin memakan masa sehingga penghujung bulan ini. 10 millions serta extra 5 millions jika Arshavin mampu beraksi dengan baik dipercayai merupakan bidaan pertama Wenger tetapi ditolak.

Faktor umur, saiz fizikal dan beraksi di liga Russia mungkin faktor Wenger tidak mahu membelanjakan hampir ke semua dana Januari ini semata-mata untuk seorang pemain. Dan ditambah pula dengan kecederaan Fabregas sehingga penghujung Mac, Arshavin bukanlah individu yang boleh melaksanakan tugas Fabregas sewaktu menentang AS Roma nanti.

Dan keinginan Manchester City untuk turut serta berada di dalam saingan mendapatkan Arshavin memungkinkan Wenger mengangkat bendera putih lebih awal, puncanya di bahagian agent Arshavin itu sendiri yang menjaja nama Arshavin-Arsenal untuk meningkatkan permainan harga pemainnya.

Jika dinilai faktor maruah, Wenger yang terkenal dengan sistem ekonominya perlu lari daripada dipengaruhi bidaan harga yang melambung naik. Langkah terbaik lupakan Arshavin, cari pemain lain yang mampu role posisi CM, option masih banyak, Arshavin bukanlah seorang saja yang terbaik untuk Arsenal.

Sempena perayaan Krimas yang lepas, Arshavin serta keluarganya dilihat berada di sekitar London bertujuan untuk mendapatkan 'angin' yang bakal dia nikmati kelak serta menyatakan keinginan untuk bersama Arsenal serta melihat London sebagai prospek terbaik untuk anak-anaknya dan mengharapkan Zenit melepaskannya ke Arsenal.

Tidak melampau aku katakan mungkin perpindahan Januari ini tiada nama-nama besar, mungkin nama-nama yang buatkan kita tertanya-tanya dan search mengenai individu tersebut sekiranya bidaan Wenger gagal. Aku sendiri tidak kisah siapa sahaja dimasukkan ke dalam skuad Januari ini, cuma aku berharap impak positifnya amat besar buat Arsenal.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan risau broo..
dah goyang kepercayaan terhadap gunners ke???
aku tak kisah bila AW tak beli orang pun..
aku tengok nasri boleh galas tanggung jawab kat lapangan tengah..
dan biar lah ada peluang J. Whilsere..
bila beli orang lagi kang..
yg cedera tu sembuh serentak..
mampuih lar gunners nak bayar gaji depa tu..
tapi kalau arshavin menurut aku..
boleh dapat..
dapat..
tak boleh..
tak pe..

Hafez Rachwan berkata...

goyang?
mesti la tidak beb..
sbb tu aku xkesah wenger sign in sesapa, xsign sesapa pn xpe..
sbb aku pecaya team skang team yg sedang develop..
ramai yg mampu untuk diberikan kepercayaan cuma perlukan masa..
tp klu diberikan option kt aku utk select player january ni, aku prefer arshavin..
biar arsenal kembali dapatkan real arsenal..
at least kita perlukan kreativiti dia..
dan sekiranya wenger gunakan eboue-diaby-nasri-walcott lwn roma nanti, aku yakin arsenal xde masalah nk tewaskan roma..