Selasa, 11 Mac 2008

Lehmann : WENGER Melakukan Kesilapan

Jens Lehmann tidak mempercayai bahawa Arsene Wenger sanggup untuk meletakkannya di bangku simpanan setelah Manuel Almunia pulih daripada kecederaan.

Lehmann yang memulakan musim ini sebagai penjaga gol utama The Gunners tetapi kombinasi kecederaan dan beberapa kesilapan mudah telah membuatkan posisinya digantikan oleh Almunia.

Kecederaan yang dialami oleh pemain Sepanyol ini pada bulan Januari lepas membuatkan Lehmann dipanggil semula untuk menjadi penjaga gol utama.

Dia lebih konsisten dan Lehmann merasakan dirinya lebih layak menjadi penjaga gol utama bagi Arsenal.

Kemasukan Almunia ke dalam skuad utama selepas pulih daripada kecederaan memberikan keputusan seri dramatik 2-2 dengan Birmingham pada bulan lepas dan sekali lagi Lehmann terpaksa memanaskan bangku simpanan.

"Saya percaya takdir memberikan peluang kepada pengurus untuk melakukan keputusan bijak, tapi dia tidak melakukannya," kenyataannya pada Daily Mail.







2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

org tua ni mmg dh gila..haha
klu ak jd wenger, dh lama halau dia..wakaka

Hafez Rachwan berkata...

mmg pn..hahaha
xsedar dek untung,
xpasal2 nk sound wenger..
geram lak ak..hehe