Perebutan liga diteruskan lagi dengan perlawanan yang lebih mendebarkan, mengasyikkan dan memerlukan kekuatan mental serta fizikal bagi memastikan kutipan tiga mata berjaya dibawa pulang.
Arsenal yang berada di kedudukan kedua liga agak terdesak mencari kemenangan setelah bergelut dengan empat keputusan seri berturut-turut. Perbezaan dua mata sememangnya antara kedua-dua pasukan sudah pasti memerlukan tiga mata penuh bagi memberikan saingan kepada pendahulu liga.
Arsenal yang mengumpul 67 mata iaitu tiga mata dibelakang pendahulu liga sememangnya memerlukan tiga mata penuh bagi memastikan jarak kutipan mata antara pendahulu liga dikurangkan. Pertemuan Manchester United dan Liverpool juga akan memastikan samada jurang mata mampu dilebarkan oleh United atau keadaan berubah kepada peluang yang lebih terbuka bagi kedua-dua pasukan yang bertarung di Stamford Bridge.
Rekod pertemuan di pusingan pertama liga menyaksikan Arsenal menumbangkan The Blues hasil jaringan bekas pertahanan mereka dan kapten Arsenal sekarang iaitu William Gallas. Kemenangan itu juga membuatkan Arsenal berjaya menewaskan Chelsea setelah 12 percubaan gagal dan kebanyakan pertemuan kedua-dua pasukan berkesudahan dengan keputusan seri.
Kedua-dua pasukan sudah pasti akan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing bagi mencari kemenangan. Ketiadaan pertahanan terakhir Chelsea iaitu Petr Cech memberikan khabar yang gembira kepada kem Arsenal tetapi ketiadaan Tomas Rosicky, Eduardo dan Abou Diaby lebih memeritkan.
Kubu kuat Chelsea iaitu Stamford Bridge masih belum menerima kekalalahan dalam tempoh empat tahun perlawanan liga tetapi harus diingat, Arsenal merupakan pasukan yang kerap melakukan sejarah. Maka tidak mustahil kemenangan akan dicipta dan meleburkan rekod empat tahun itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan