Isnin, 24 Mac 2008

Premier League : Chelsea v Arsenal - Result

Barclays Premier League
Stamford Bridge
Ahad, March 23, 2008, 12pm

Kecewa, terkilan dan sedih melihat Arsenal tumbang di Stamford Bridge. Kekalahan pertama tahun ini dan kedua di dalam liga sememangnya menduka-citakan.

Corak permainan yang kurang fokus menyebabkan pemain muda Arsenal gagal menewaskan pemain-pemain bintang Chelsea dan keadaan ini seakan-akan memberikan harapan tipis untuk menjuarai liga.

Kemenangan Chelsea semalam amat bermakna bagi mereka setelah dari awal musim lagi kedudukan mereka gagal berada di posisi kedua liga.

Babak mula perlawanan dihiasi dengan serangan silih berganti kedua-dua pasukan walaupun pada mulanya nampak agak berhati-hati dan mencari rentak sendiri. Beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan terutamanya oleh Micheal Ballack dan ketangkasan Manuel Almunia menyebabkan Chelsea gagal memperolehi gol awal. Babak pertama tamat dengan tiada jaringan.

Permulaan di babak kedua menyaksikan Arsenal banyak menguasai bola dan serangan bertali arus. Di minit ke 58, Arsenal berjaya mendapatkan sepakan penjuru disebelah kiri Chelsea. Sepakan yang diambil oleh Francesc Fabregas berjaya menemui Bacary Sagna dan dia berjaya menewaskan Cudicini di sudut yang agak sukar. Gol ini merupakan gol pertamanya bagi skuad Arsenal. Dead-lock game berjaya dibuka!

Tetapi Chelsea bukanlah lawan yang mudah. Sesudah ketinggalan satu gol, mereka melancarkan serangan balas yang diketuai Didier Drogba tetapi agak sukar membolosi gawang Arsenal yang dikawal dengan baik sekali.

Di minit ke-72 perlawanan, sesuatu yang aku rasakan seakan-akan mampu mengejutkan Arsenal. Pemain pertahanan kental iaitu Bacary Sagna terpaksa dikeluarkan disebabkan masalah kecederaan di buku lali. Waktu ini hati aku sememangnya agak risau dengan kekentalan benteng pertahanan.

Abou Diaby dimasukkan dan posisi Sagna digantikan oleh Emmanuel Eboue. Dia kembali ke posisi asalnya kembali tetapi sudah lama tidak bermain diposisi ini maka kawasan pertahanan Arsenal disebelah kanan agak goyah. Hleb ke posisi sayap kanan manakala Diaby ke pososi sayap kiri.

Dan bermula detik ini suasana petang di Stamford Bridge tiba-tiba suram bagi Arsenal.

Kemasukan Nicolas Anelka dan Belletti mengantikan Ballack dan Makelele seakan-akan memberikan impak baru buat Chelsea.

Selang seminit ketiadaan Bacary Sagna, hantaran daripada kawasan tengah pertahanan Arsenal gagal dikeluarkan dengan baik oleh Kolo Toure dan bola sampai ke kaki Drogba yang tidak dikawal dan melakukan rembatan deras menewaskan Almunia. Ulang tayang menunjukkan Drogba dan Lampard berada di posisi ofsaid.

Di minit ke 81, Drogba sekali lagi menyudahkan peluangnya dengan gol. Hantaran lintang oleh Belletti kepada Anelka dan kemudiannya di hantar kepada Drogba yang tidak dikawal dengan melakukan rembatan menerjah ke gawang Arsenal. Almunia cuba untuk menolak bola keluar tetapi tidak cukup kuat.

Tuan rumah mendahului pelawat.

Arsenal kembali melancarkan serangan tetapi gagal mencari gol penyamaan. Tamat perlawanan yang agak mengecewakan peminat Arsenal terutamanya.

William Gallas melemparkan bajunya kepada fans Arsenal yang datang dari utara London dengan wajah yang agak kecewa.

FAKTA/AUTA MENARIK MENGENAI CHELSEA:

Ini mungkin satu lagi SENSE of HUMOURiang-ria. Setelah beberapa game Chelsea yang aku pernah tonton dan tahu, aku sependapat dengan rakan sebilik aku yang menyatakan Chelsea merupakan pasukan yang akan dibolosi oleh pemain-pemain baru nak skor bagi pasukan masing-masing terutamanya Arsenal dan Liverpool (ada lagi cuma aku tak ingat la..haha). Sebagai contoh:
  • Matthieu Flamini
  • Theo Walcott
  • Bacary Sagna (baru lagi ni...hehe)
  • Jermaine Pennant
  • Daniel Agger
  • Fernando Torres
KOMEN:
  • Terlampau yakin setelah mendahului setelah empat keputusan seri terhasil menunjukkan Arsenal ketinggalan sebelum mencari gol penyamaan.
  • Pertahanan rapuh setelah ketiadaan Sagna dan posisi side back kanan yang dikawal Eboue amat mudah bocor.
  • Perlukan lakukan post-mortem di atas kekalahan ini dan bangkit memenangi seberapa banyak lagi perlawanan untuk mencabar mahkota liga.

Tiada ulasan: