Isnin, 31 Mac 2008

Premier League : Bolton v Arsenal - Report

Barclays Premier League
Reebok Stadium
Sabtu,29.03.2008,12.00pm


Stunning, simply stunning!!!

Tiga patah perkataan yang boleh diceritakan pada aksi menentang Bolton Wanderers dimana come-back 10 pemain yang ketinggalan dua gol menewaskan pasukan yang bermain 11 orang dan mempunyai bentuk fizikal yang besar.

Setelah lima perlawanan berturut-turut liga gagal mendapatkan kemenangan, akhirnya badi kemenangan dapat ditebus tetapi dengan cara yang dramatik dan mengujakan. Dua gol awal dari Taylor gagal dimanfaatkan oleh Bolton tetapi Arsenal membuktikan mereka pasukan terbaik bagi mengatasi kelebihan dua gol itu.

Arsene yang membuat dua pertukaran serentak iaitu memasukkan Adebayor yang menggantikan Bendtner serta Theo Walcott dengan Sanderos sememangnya berhasil. Formation 4-4-1-1 ditukar kepada 3-4-2 dalam usaha mencari tiga mata penuh sememangnya genius oleh prof Wenger.

Gol pertama perlawanan terhasil apabila hantaran lintang curl oleh Gretar Steinsson di minit ke-14 berjaya ditanduk oleh Taylor mengatasi Toure. Arsenal melancarkan serangan kembali tetapi gagal mencari gol penyamaan.

12 minit sebelum tamat babak pertama, terjahan keras yang dilakukan oleh Abou Diaby ke atas Steinsson menyebabkan dia dilayangkan kad merah. Dua minit sebelum rehat, rembatan Taylor terbias oleh Gallas dan memberikan gol kedua Bolton.

Awal babak kedua perlawanan menyaksikan Bolton lebih agresif tetapi pemain Arsenal berjaya mengekang asakan lawan dan kembali mencipta peluang. Kemasukan Theo dan Adebayor memberikan impak yang kuat serangan Arsenal.

Selang beberapa minit kemasukan kedua-dua pemain ini, gol spirit Arsenal berjaya dicari. Van Persie yang berjaya mendapatkan sepakan penjuru yang diambil oleh Fabregas berjaya menemui kapten Arsenal, W. Gallas yang melakukan volley rendah menewaskan Ali Al-Habsi. Gol tersebut menyaksikan Arsenal melancarkan serangan bertubi-tubi dikawasan Bolton.

Hasil gerakan Flamini dan Adebayor, percubaan yang dilakukan oleh Flamster berjaya ditolak keluar oleh al-Habsi tetapi bola sampai ke kaki Hleb. Pemain kebangsaan Belarus ini cuba mengawal bola tetapi dibentes oleh Cahill dan Arsenal dihadiahkan penalti. Sepakan penalti oleh van Persie di kiri bahagian al-Habsi memastikan gol penyamaan bagi Arsenal. Gol pertamanya sejak Oktober!

Masa permainan yang masih panjang menyaksikan beberapa peluang gagal dimanfaatkan terutamanya van Persie di mana hantaran lintang oleh Walcott dan Flamini kepadanya melambung melepasi palang. Mungkin tempoh kecederaan yang panjang membuatkannya gagal mendapatkan penyudah yang lebih baik.

Di minit ke-92, hantaran rendah Hleb menemui Fabregas dan hasil rembatannya membias Samuel dan memberikan gol kemenangan yang sangat berharga untuk Arsenal. Cukup lengkap malam come back Arsenal!

Kemenangan ini akan membantu Arsenal mendapatkan kemenangan menentang Liverpool pada saingan suku akhir liga Juara-Juara Eropah di Emirates. Pertemuan kedua di Emirates menentang lawan yang sama di dalam liga dan ketiadaan Fernando Torres yang digantung satu perlawanan hasil tiga kad kuning berturut-turut agak mengurangkan sedikit mood perlawanan.

Tiada ulasan: