Pertemuan suku akhir pusingan pertama liga juara-juara Eropah yang bakal berlangsung 2hb April ini menemukan dua pasukan dari liga Inggeris yang telah menewaskan wakil Milan di pusingan kedua iaitu Arsenal dan Liverpool.
Undian yang dilakukan di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland juga menemukan perlawanan suku akhir lain iaitu pertemuan antara Barcelona vs Schalke '04, Chelsea vs Fenerbahce dan AS Roma vs Manchester United.
Secara logiknya, satu pasukan dari liga Inggeris sudah pasti berada di semi final sama ada Arsenal atau Liverpool. Perlawanan pusingan pertama dijadualkan berlangsung di Stadium Emirates di utara London sebelum perlawanan timbal balik yang akan berlangsung 8hb di Anfield.
Daripada undian ini bermakna pertemuan hatrik antara Arsenal dan Liverpool iaitu dua di Emirates (1hb April - suku akhir liga juara-juara Eropah pusingan pertama dan 5hb April - perlawanan minggu ke 33) dan bakinya di Anfield (8hb - suku akhir liga juara-juara Eropah pusingan kedua).
Pemenang bagi perlawanan ini akan berhadapan pemenang perlawanan antara Chelsea vs Fenerbahce.
Berdasarkan keadaan Liverpool yang semakin selesa bermain dengan formasi baru, ia sudah pasti agak menyukarkan laluan Arsenal tetapi kehadiran beberapa pemain yang bakal kembali pulih daripada kecederaan seperti Tomas Rosicky dan Abou Diaby sudah pasti akan merancakkan perebutan tempat ke semi final. Berikut secara statistik undian yang telah dilakukan:
Quarter-Finals:
Arsenal v Liverpool
Roma v Manchester United
Schalke v Barcelona
Fenerbahce v Chelsea
Semi-Finals:
Arsenal/Liverpool v Fenerbahce/Chelsea
Schalke '04/Barcelona v Roma/Manchester United
3 ulasan:
aku tengok muka wakil arsenal yg datang mase draw tu rilex je lpas dapat taw lawan liverpool. so aku pun jadi tenang lah jugak...ala liverpool je pun..huhu
Kompem game yg fight. 50/50 chance, siapa form game tu akan ke semi xmcm lwn Milan yg memerlukan penguasaan tengah pdg yg akan menentukan pemenang!!!
Aku setuju! Game 2 mmg fight abis. So aku pn harap Arsenal akan form mcm main dgn Milan. Mmg Liver power CL tp bila jumpa team EPL, aku rasa lain sikit. Aku yakin Arsenal akan ke semi-final menewaskan Liver..hehe
Catat Ulasan