Perlawanan ke 29 bagi Arsenal hanya mampu menghadiahkan satu mata yang sama sekali akan mengugat serba sedikit penguasaan Arsenal di atas tahkta liga. Keputusan seri di JJB Stadium membawa maksud Arsenal mencipta hatrik seri berturut-turut. Persembahan menarik semasa menentang Milan gagal dijelmakan di JJB Stadium. Memandangkan keadaan padang stadium yang agak sungkal maka gerakan serangan agak menghambarkan.
Seawal minit pertama Arsenal memperoleh peluang hasil hantaran thru pass Fabregas kepada Adebayor tapi gagal dijelmakan dalam bentuk gol apabila rembatannya diselamatkan oleh Kirkland. Beberapa minit kemudian Adebayor mendapat peluang kedua tetapi rembatannya dihalang oleh Melchiot. Selepas itu, Palacios mencuba gawang Arsenal tetapi rembatannya melepas palang pada jarak hampir 25 meter. Cubaan rendah Bendtner ditampan oleh pemain lawan. Sepakan penjuru yang diambil oleh Fabregas ditanduk keluar oleh Heskey dan menjengah kaki Clichy dan percubaan pada jarak 30 meter oleh Clichy melepasi palang. Pada minit ke-25, Bendtner melakukan asakan disisi padang kepada Brown dan tindakan pengadil melayang kad kuning kurang bijak kerana tackle bersih dilakukan olehnya. Pada minit ke-36 tandukan Fabregas telah diselamatkan oleh Kirkland. Dihujung babak pertama, hantaran pemain tengah Wigan kepada Heskey hampir mengugat kedudukan tetapi Gallas bertindak bijak mengeluarkan bola dari kawasan permainan.
Permulaan babak kedua yang agak agresif dimulakan oleh tandukan Adebayor tapi gagal membuahkan hasil. Pada minit ke-55 kemasukan Sibierski menggantikan Heskey merubah corak permainan yang mula dikuasai pula oleh Wigan. Rembatan Koumas pada minit ke-58 memberikan sepakan penjuru setelah rembatannya dihalang oleh pemain Arsenal dan dikeluarkan oleh Bendtner. Setelah kemasukan Sibierski, pemain Arsenal banyak kehilangan bola dan mendesak Arsene Wenger melakukan pertukaran awal. Pemain yang sekian lama ditunggu iaitu Robin van Persie dimasukkan menggantikan Bendtner manakala Kolo Toure yang sebelum ini mengalami kecederaan betis dimasukkan menggantikan Gilberto pada minit ke-66. Pertukaran double ini menampakkan sedikit perubahan formasi dimana Toure berada pada posisi sayap kanan. Tindakan Sanderos menarik King membuatkan pemain antarabangsa Swiss ini dilayangkan kad kuning. Asakan Scharner kepada Flamini menghadiahkan sepakan percuma dan diambil oleh van Persie. Sepakan percumanya melepasi palang Wigan dan langsung tidak mengugat gawang Kirkland. Pada minit ke-78, hantaran lintang Bacary Sagna dikeluarkan oleh pemain Wigan dan memberikan sepakan penjuru di sebelah kiri Kirkland. Sepakan penjuru yang diambil oleh van Persie dikeluarkan dan memberikan sepakan penjuru sekali lagi. Sepakan penjuru ke dalam yang dilakukan oleh van Persie diselamatkan oleh Kirkland.
10 minit masa permainan tinggal dan dead-lock perlawanan masih belum dibuka. Pemain-pemain Wigan cuba membuat asakan ke kubu Arsenal tetapi kekentalan Gael Clichy menghalang pergerakan mereka. Pada minit ke-90 hantaran cantik Adebayor kepada Fabregas hampir memberikan tiga mata berharga kepada Arsenal tetapi dihalang oleh Kirkland sekali lagi. Pada minit terakhir perlawanan, rembatan Koumas terkena tangan Fabregas di dalam kotak penalti tetapi pengadil tidak berminat memberikan sepakan penalti kepada Wigan. So secara keseluruhan aku melihat game ini memang agak mengecewakan. Mungkin dilamun perasaan gembira di atas kemenangan di San Siro membuatkan Arsenal kurang fokus ditambahkan dengan keadaan padang yang buruk menyukarkan pergerakan. Man of the match bagi aku dalam perlawanan ini adalah Gael Clichy. Diharapkan perlawanan pada minggu ke-30, Arsenal akan kembali fokus dan meneruskan penguasaan takhta liga.
4 ulasan:
Diorg pndg rendah kt wigan la!
tau la dh mng ngan Milan..
kn dh kalah..bengang btl la..
bkn masalah pdg ke injured ke ape ke..ni slh diorg sndiri!! Siot..
mungkin...
pemain xterlalu fokus pada game..
dilambung prasaan gumbira di San Siro..
adakah itu pic abang kamu rachwan?
hahaha
damn..lahanat!!
Catat Ulasan