Sabtu, 22 Mac 2008

Key Battles: The players to watch on Sunday

Perlawanan hujung minggu ni agak mendebarkan di mana pemenang di Stamford Bridge akan berada di kedudukan kedua liga. Dibezakan hanya dua mata, sememangnya memastikan perlawanan ini mengasyikkan. Chelsea yang empat tahun belum tewas di gelanggang sendiri dalam liga sudah pasti memerlukan komitmen yang tinggi bagi mana-mana pasukan untuk menewaskan mereka. Tetapi harus diingat, Arsenal adalah pasukan yang mencipta sejarah. Masih segar dengan sejarah baru dicipta iaitu menjadi pasukan Inggeris pertama menewaskan AC Milan di San Siro, memang tidak mustahil bagi Arsenal melakukan perkara yang sama. Sememangnya bola sepak itu unik, macam-macam perkara boleh berlaku dan aku yakin perlawanan hujung minggu ini amat mendebarkan. So chill out dengan key player yang aku senaraikan di bawah:

Nicolas Anelka v Kolo Toure



Semenjak meninggalkan Arsenal pada tahun 1999, Nicolas Anelka telah menyarung jersi pasukan Real Madrid, Paris St Germain, Liverpool, Manchester City, Fenerbache, Bolton Wanderers dan sekarang Chelsea. Prestasinya yang terumbang-ambing membuatkan dia gagal berada di dalam mana-mana pasukan agak lama tetapi kariernya agak menyinar musim ini dan akhirnya dibeli Chelsea sewaktu minggu perpindahan Januari lepas. Kehebatannya melakukan voli agak mengusarkan mana-mana pasukan dan kelibat pertahanan kental Arsenal iaitu Kolo Toure akan memastikan pergerakannya diawasi. Susuk tubuh Anelka yang agak besar akan menyukarkan Toure tetapi pengalaman Toure akan memastikan pergerakan Anelka terbatas.

Ashley Cole v Emmanuel Eboue

Perpindahan di antara Ashley Cole dan William Gallas sememangnya amat menguntungkan Arsenal. Penghijrahannya memberikan peluang kepada Gael Clichy menggantikan posisi pertahanan kiri yang lebih kental dan bertenaga. Pemain pertahanan ini yang berhijrah dari Utara London ke Barat London akan cuba mengawal pergerakan Emmanuel Eboue yang selesa dengan posisi sayap kanan sekarang. Hantaran yang tepat disebelah kanan ke tengah kawasan penalti yang sering dilakukan oleh Eboue akan pasti menganggu kawasan pertahanan Chelsea. Masing-masing mempunyai larian pantasan tetapi kemahiran Eboue menyerap masuk ke kawasan lawan secara tiba-tiba perlu diberikan perhatian oleh Ashley Cole.

Frank Lampard v Cesc Fabregas


Perancang kedua-dua pasukan ini akan bersaing sesama sendiri bagi menguasai kawasan tengah permainan. Kedua-dua pemain yang merupakan tunjang kepada pasukan masing-masing akan memastikan corak permainan yang telah direncanakan oleh jurulatih masing-masing. Lampard yang mempunyai rembatan jarak jauh yang padu serta kemahiran set-piece yang dimilikinya akan membahayakan pasukan lawan dan ini harus menjadi perhatian kepada Arsenal. Perancang kreatif Arsenal iaitu Cesc Fabregas yang mempunyai tahap permainan yang menarik dan hantaran yang menuju ke rakan pasukannya akan memastikan corak permainan total football Arsenal.

Note:

Pada pendapat aku, pasukan yang berjaya mengawal kawasan tengah dan bermain tempo permainan sendiri akan berpeluang cerah memenangi perlawanan ini. Aku sememangnya mengharapkan kemenangan Arsenal setelah seri empat perlawanan berturut-turut dan menyikirkan lapan mata sememangnya amat mengecewakan tetapi aku pasti Arsenal akan kembali mencatatkan kemenangan bermulanya perlawanan ini. Aku sentiasa berada dengan Arsenal apa jua keadaan. So cheers, seat back and enjoy! Gudluck my GUNNERS!

Tiada ulasan: