Wah-wah Qsheira, prediction ko tepat la, tahniah! Ermm.. kudos buat van Persie, Bendtner dan Nasri. Bagi aku tiga watak ini memainkan peranan cukup gah dan performance bagi teammates lain ada yang baik, ada yang tak reti-reti belajar dari silap lagi terutamanya Diaby dan Eboue yang kerap dijadikan 'kambing hitam'. Sagna sememangnya solid dengan overlapping yang dilakukannya, Toure yang seakan-akan kembali ke prestasi asal yang mula menampakkan pairing Toure-Djourou semakin superb dan Denilson berjaya role posisi defensive dengan agak baik.
5 minit permulaan game aku rasa cam referee tu ada lelah, kejap-kejap tiup, mengah ker? Aksi 20 minit pertama boleh dikatakan sebagai aksi berhati-hati bagi kedua-dua pasukan, tidak mahu terperangkap dan cuba membaca taktikal lawan. Di waktu ini juga dapat dilihat long pass yang bersimpang siur dengan beberapa killer skill daripada Eboue yang agak superb tapi tidak diperlukan sangat.
Kecewa, cukup kecewa. Memang nasib tidak menyebelahi van Persie, jika aksi di Emirates dulu sewaktu menentang Hull digagalkan oleh tiang gol untuk mendapatkan gol melalui free kick, kali ini juga sama apabila sepakan percumanya di minit ke 28 di tepis sipi-sipi oleh Myhill sebelum terkena palang. Naik meremang bulu roma aku sebab dari awal season lagi menunggu gol free kick dari van Persie.
Tapi peluang Arsenal bukan sekali. Sepakan penjuru di sudut kiri Hull yang diambil oleh van Persie ditanduk kemas Adebayor menjangkaui Myhill dan pemain-pemain Hull yang lain. Lama gampang ko tak skor, nasib la advantage ketinggian ko memang digunakan habis-habisan. So gol ini bermakna Adebayor dan van Persie berada di kedudukan jaringan musim ini tetapi berlainan kelasnya! [kejam betul aku! haha]. Eboue yang menerima low cross daripada Adebayor gagal menambahkan gol tetapi aku faham, bagi Eboue, cukup 1 gol untuk semusim..hehe
Dan seperti di Emirates, aksi separuh masa pertama sememangnya di kuasai Arsenal. Naik geram si Cousin tak dapat bola, rembat ke mana-mana ntah, ntah kena sapa pun tak tahu, kang kena saman dengan FA baru ko tau, ko bukan Ferguson yang boleh main suap-suap. Tapi aku dah biasa tengok semua ni dalam team lawan, salah seorang pemain lawan mesti hangin bila Arsenal dah control game, al-maklum la, duduk kat atas tunggu bola yang tak datang-datang, datang pun ofsaid.
Bermula di babak kedua menampakkan game masih dikawal Arsenal sehinggalah Phil Brown menukarkan Halmosi dengan Manucho [loan MU] di minit ke 53 yang menyaksikan game mula seimbang dan Hull nampak lebih bersemangat. Tapi awal-awal lagi dah ditanduk kepalanya dengan Djouoru..haha. Clichy yang kurang solid, kadang-kadang menang clearance dengan Mendy, tapi overlapping yang dilakukannya mengugat pertahanan. Hasilnya cross Mendy terkena sedikit kaki Clichy yang membolehkan Djourou agak lost position dan Cousin menjaringkan gol penyamaan di minit ke 65. Nasib la deflect, kalau tak haram tak skor, nak dapat chance suci pun belum tentu.
Tapi Wenger lebih bijak daripada Phil Brown, dengan Eboue yang semakin merepek di flank terpaksa dikeluarkan dan digantikan dengan Bendtner. Sebagai mana posisi sewaktu menentang Pompie yang dia mainkan, kali ini pun sama dan beraksi di kanan pula. Hasilnya memang superb, aku akui apa yang Wenger katakan, memang banyak yang akan datang daripada Bendtner cuma dia perlu beraksi dari bench dari 1st 11 kerana impaknya cukup baik bagi pasukan.
Hasilnya beberapa gerakan berjaya disusun semula dan Arsenal kembali menguasai permainan. Ketabahan mencari gol kemenangan berhasil. Gerakan ditengah padang ke flank kanan oleh Bendtner kemudian bola diberikan kepada van Persie yang membuka game kepada Nasri yang tidak dikawal dan tenang merembat bola leret ke far post untuk gol kedua di minit 83. Kali ni aku dan member aku kat table boo kuat-kuat fans MU yang tadi meriah sangat, suka sangat Cousin skor, sekarang hambik!
Dan boo tu tak berhenti kat situ sahaja. 3 minit selepas jaringan Nasri, kali ini van Persie kembali menjadi link player yang mengumpan pemain lawan sebelum menghantar kepada Bendtner dan disudahkan dengan cukup baik. Belum pun puas, Bendtner cuba mencari gol keduanya dalam perlawanan ini tetapi tandukan daripada hantaran lintang Clichy diselamatkan oleh tiang pula. Nasib kurang menyebelahi buat kali kedua untuk menambah jaringan setelah palang menggagalkan usaha van Persie di separuh masa pertama.
Dalam asyik tengok
game ni, kamera ada liar sikit fokus ke David Moyes. Cuba cari kelemahan Arsenal nampak, mentang-mentang Arsenal nak melawat Everton 28hb ni. Ingatkan nak lepaskan apa yang Arsenal merisik kat Merseyside. Lantaklah, kesah apa aku dengan Everton sekarang ni. Harap-harap korang menang dengan Liverpool nanti..haha. Tapi
part paling aku suka
game ni sebenarnya nak tengok muka Phil Brown. Tu la, dulu kat Emirates bukan main suka yer, sekarang kenapa tak lompat kera lagi?
Berakhirnya game ini Arsenal masih di kedudukan kelima liga dengan ketinggalan 6 mata di belakang MU yang kurang 1 perlawanan tetapi itu semua tidak penting untuk difikirkan sangat, 4 kemenangan berturut-turut menunjukkan Arsenal akan kembali konsisten dan cabaran yang aku beri buat Arsenal cuma tinggal 1 perlawanan lagi iaitu menentang Cardiff City, menang bermakna Arsenal sudah pasti akan terus konsisten dan berkemungkinan mengidam la nak dapat signing baru...huhhh