Highlights:
1st Half : Mediafire /Rapidshare
2nd Half : Mediafire / Rapidshare
Hanya aksi seketika oleh Pires di dalam perlawanan ini, so aku agak kecewa apabila idola aku ini tidak dapat beraksi selama 90 minit perlawanan... Aksi bersahaja kedua-dua pasukan yang kadang-kadang tu buat aku kecut perut melalui serangan Villareal yang cukup efisien di separuh masa pertama membuatkan aku agak kangen dengan result yang bakal dihadapi Arsenal sekiranya taktikal tidak ditukar dan suasana kelam-kabut di pertahanan tidak diatasi. Percubaan pertama Villareal yang tepat ke arah gol melalui tandukan Capdevilla berpunca dari sepakan penjuru diselamatkan oleh Clichy di atas garisan.
Rembatan jarak jauh oleh Marcos Senna menghasilkan gol pertama buat Villareal pada minit ke 10 setelah ruang yang diberikan cukup besar baginya untuk melakukan rembatan yang sukar untuk diselamatkan, apatah lagi pergerakan bola agak curl di hadapan Almunia. Asakan yang dialami oleh Almunia sehingga dia mengalami kecederaan sebelum pintu gol nya dibolosi memaksa Wenger memasukkan Fabianski untuk menjadi benteng terakhir Arsenal.
Separuh masa pertama sememangnya dikuasai oleh Villareal apatah lagi serangan Arsenal mudah dipatahkan oleh pertahanan lawan dan penjaga gol apabila hantaran lintang yang kerap dilakukan oleh Nasri, Sagna dan Walcott bagaikan tiada erti. Kawalan ketat ke atas target men iaitu Adebayor sememangnya menyukarkan pergerakan Arsenal. Gallas yang mengalami kecederaan di bahagian lutut kanannya terpaksa digantikan oleh Djourou setelah dia dilihat tidak mampu meneruskan permainan.
Sehinggalah bermulanya babak kedua, Arsenal mula menyusun rentak permainan dan banyak menguasai bola. Beberapa peluang dicipta dan kesabaran terbalas apabila bola lambungan Fabregas ditap kemas oleh Adebayor menggunakan dada dan melakukan aksi akrobatik ala-ala killer takraw menewaskan Diego Lopez. Dan apa yang menarik bagi aku mengenai perlawanan ini adalah corak permainan bersahaja oleh kedua-dua pasukan, permainan mental dan juga skill-skill yang dilakukan pemain sekurang-kurangnya tidak melenakan aku yang letih gila.
Dengan 3 gol dalam 2 aksi, Adebayor sememangnya telah kembali ke tahap terbaiknya walaupun pada separuh masa pertama aksinya kelihatan kaku dan kapten Arsenal yang juga menginspirasikan gol penyamaan dengan ketiga-tiga gol jaringan Adebayor dihasilkan melalui sentuhannya menunjukkan betapa pentingnya pengaruh Fabregas di dalam pasukan. Bekalan away gol yang akan dibawa ke Emirates untuk aksi timbal balik nanti adalah berita positif apatah lagi pemain-pemain seperti Eduardo dan van Persie berpeluang besar berada di dalam pasukan tetapi khidmat Gallas dan Almunia mungkin terpaksa dilupakan pada aksi pusingan kedua nanti. Positifnya, slot separuh akhir kelihatan amat cerah untuk diisi Arsenal!

4 ulasan:
tapi aku rasa
fabiansky pun boleh tahan jugak
dengan syarat djorou tidak blunder..
bro..
jangan pandang rengan kat villa real..
depa tu pun ada kelas gak kat spain..
tapi bab kat emirates yang buat aku confident c-kit..
kita konsentrate kat liga..
hentam wigan kat kandang dia orang..
Qsheira predict:
Wigan 1
Arsenal 2
mesti lah aku xpandang rendah villareal beb!
selain valencia, team spain yg aku minat villareal, barca aku xminat sgt sbb team common..
lgpn corak permainan villareal aku rasa lebih kurang dgn arsenal, relax w/p ada time xsepatutnya relax, cm smlm...hahaha
aaarrrrggghhh isu lama berbangkit..
Gallas yang tengah on fire harus rehat sampai ujung musim bab cedera masa vs villareal
Almunia absent 3 minggu
Clichy absent 2 minggu
ganas ganas belaka player villareal nieee..
tapi yang pelik nya justru player gunners yang memperolehi kad kuning terbanyak malam itu
aku plg riso ketiadaan gallas sebenarnya..harap wenger gnakan djourou dr silvestre, cuma aku harap djourou jgn cepat menggelabah dh ler sbb dia jarang diturunkan..
klu almunia dgn clichy, tiada mslh, kita puna back up position tu dgn cukup baik, fabianski dgn gibbs, bg aku both tu mmg superb..gibbs adalah left back yg aku rasa lebih better dr clichy mahupun ashley cole, cuma faktor pengalaman agak kurg, tp dr segi overlapping, read game, cross, mmg superb!
Catat Ulasan