Khamis, 30 April 2009

UEFA Champions League Semi Final - 1st Leg: Manchester United vs Arsenal


Streaming : HERE
ESPN, Khamis, 2.30 am

Nak citer banyak pun takde guna, aku rasa korang dah kenal MU, sama macam aku,so wish la kita akan dapat referee yang adil dan saksama! So awal pagi kejap lagi adalah pertembungan bersejarah, untuk pertama kalinya, Arsenal bertemu MU di dalam kempen liga juara-juara Eropah. Oh yaa, memang ini adalah aksi yang menarik, tak perlu dipertikaikan bila dua rival besar di dalam EPL bertemu sesama sendiri, tambahan pula provokasi antara kedua pasukan samada dari kelab, pengurus atau pun fans, sudah pasti menambahkan kehangatan berembun nanti (tu pun kalau korang tengok kat mapley la).


Dilihat pada komposisi Arsenal yang sedia ada, Arsenal agak tempang di bahagian pertahanan dengan kehilangan dua pertahanan utama iaitu Gallas dan Clichy apatah lagi keadaan Gibbs, Djourou dan Silvestre agak kurang menyenangkan hati. Sekiranya Arsenal gagal mendapatkan khidmat Gibbs atau Djourou,option yang ada di posisi left back adalah Sagna dan sekiranya ini berlaku, ia bermakna Wenger akan meletakkan Eboue di posisi lamanya iaitu di right back. Apa yang merisaukan adalah overlapping yang kerap dilakukan Eboue mungkin agak berisiko terutamanya kegagalan dia melakukan covering setelah melakukan overlapping, cuma kelebihan dari segi pace antara dia dan Walcott di side kanan.


Di bahagian midfield dijangkakan Song mungkin kembali diletakkan berpasangan dengan Fabregas manakala Walcott dan Nasri kemungkinan mengapit kedudukan Fabregas dan Song. Option satu lagi posisi midfielder mungkin diberikan sama ada kepada Diaby atau Denilson dimana sekiranya benar Wenger benar mahukan salah seorang dari mereka beraksi, aku harap mereka menjadi bijak dan sebagai mengimbangi aksi fizikal, aku rasa adalah lebih baik menggunakan khidmat Diaby. Atau mungkinkah Wenger akan meletakkan Bendtner dan Adebayor bersama-sama di hadapan? Boleh jadi jika ingin menggunakan teknik merempuh dua center back MU yang berfizikal iaitu Ferdinand dan Vidic.



Memandang ini adalah aksi di tempat lawan, aku merasakan Arsenal perlu lebih berhati-hati di bahagian midfield sekiranya tidak ingin memberikan kelebihan kepada MU untuk aksi 2nd leg nanti. Mendapatkan gol away adalah amat penting di mana sekiranya ini segera dilakukan, ia meletakkan MU pada keadaan yang tertekan. Aku teringin nak tengok Macheda tu main, banyak sangat publikasi! So apa-apa pun aksi ini mungkin boleh buatkan anda sakit jantung, gila, meroyan ntah hapa2 lagi, sebabnya aku jangkakan kedua-dua pasukan akan beraksi dengan amat open skali, menang di Old Trafford adalah bonus besar!

Tiada ulasan: