Yeah, macam tajuk lagu Nirvana jer...Sori aku xdapat nak update sebelum game bertemu Villareal disebabkan aku bercuti ke Cameron Highlands. Balik on the spot lak tu, pasang streaming pastu tidur kejap, bangun tidur layan game pastu bantai tidur lagi. Memang letih gila tapi agak puas, tapi ketiadaan Marcos Senna seakan-akan melihatkan Villareal tidak mampu mengimbangi bahagian midfield mereka walaupun Arsenal mengalami masalah kecederaan diposisi pertahanan.
Arsenal yang sudah pasti kehilangan Almunia, Rosicky, Gallas dan Djourou pada aksi ini menerima berita mengejutkan di last minute di mana Sagna mengalami jangkitan virus, dipercayai selesema, mungkin juga berjangkit daripada Nasri manakala Marcos Senna yang mengalami kecederaan hamstring terpaksa diketepikan oleh Pellegrini bersama Santi Cazorla yang mengalami kecederaan patah kaki.
3 gol hasil jaringan Walcott, Adebayor dan van Persie meletakkan Arsenal semakin hampir kepada trofi yang belum dimenangi selama ini apatah lagi lawan yang cukup dinantikan adalah Manchester United yang merupakan musuh sejati Arsenal. Sudah pastinya aksi menarik bakal disajikan dan sejarah juga telah tertulis sekarang di mana buat pertama kalinya Arsenal dan MU bertemu sesama sendiri di dalam kempen liga juara-juara Eropah.
Mungkin kita boleh mengidamkan sesuatu serta mengharapkan kejayaan meraih trofi dari skuad sekarang yang semakin hari semakin menggila tetapi apa yang perlu difokuskan adalah setiap perlawanan paling hampir. Jika fokus itu tidak hilang, sudah pasti tiada lagi cerita kempunan kejuaraan dan memandang April sehingga berakhirnya May akan mempengaruhi musim 2008/09 Arsenal, apatah lagi acap kali 2 aksi dalam seminggu, fokus, kekuatan mental, fizikal serta semangat berpasukan amatlah penting.
So secara logiknya tiada apa yang mustahil cuma mungkin faktor nasib juga perlu difikirkan. Secara jujurnya, aku yakin, Arsenal antara pasukan yang cukup malang, kurang bernasib baik dan kerap mengalami pengadilan berat sebelah tetapi faktor sebeginilah yang harus dipastikan mampu ditangani dengan baik. Dengan faktor kecederaan terutamanya di bahagian pertahanan cukup merisaukan tetapi semangat yang dipamerkan oleh pengganti atau pemain yang bukannya sebagai kesebelasan utama harus dipuji. Tahniah kerana berjaya ke semi final UCL dan diharapkan kesinambungan ini diteruskan dengan aksi di Wembley menentang Chelsea pada separuh akhir FA Cup dalam mengisi slot final, semoga berjaya!

3 ulasan:
bro wannn
bukan semoga berjaya di semi FA vs Blues..
tapi PASTI BERJAYA walau injured defender menghantui..
tapi Gunners ke Wembley bukan untuk bertahan..
kita bedal Hiddink kat sana..
Hiddink ada sejarah tersendiri kat semifinal
1. Korea selatan WC 2000
2. Russia Euro 2008
3. Psv LC
jadi dia akan koleksi semi 1 lagi
Che FA Cup
Qsheira yakin
Arsenal 2
Chelsea 1
aku tak perasan..
engko baru balik bercuti ye???
sedap giler lar...
berapa malam kat sana???
berapa cost semua sekali???
yup2, kena mng ni, so bg aku game nanti 50-50, klu arsenal xalpa dan mampu main cara sendiri, aku yakin tiket ke final tu pasti!
aku cuti 3 hari 2 mlm...
disebabkan aku folo lawatan kelas,so tambang bas xperlu sbb gna bas u, just bayar duit nginap jer..satu kepala bayar rm55 untuk 2 hari 1 mlm kt hotel siap mkn tghari dgn malam utk ari pertama dgn sarapan utk hari kedua di hotel..
ok la, guna duit yg lain buat beli souvenir jer, tp xbeli byk pn..
klu nk apa2 dr cameron aku order kt awek aku jer, sbb dia keje kt sana..
Catat Ulasan