Rabu, 1 April 2009

Bosan-bosan-bosan!!!


Ermm..aku tak idea sebenarnya nak post menda-menda yang baru, apatah lagi tengah international week, kalau buka website Arsenal.com pun aku tengok tak aktif, mungkin editor di sana pun tak tau nak lenjan apa. Sedikit kisah sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2010 di mana van Persie dan Adebayor berjaya menjaringkan satu gol masing-masing tetapi dilihat daripada video menunjukkan dia mengalami kecederaan. Damn, tengah nak masuk bulan sesak ni lah nak jadi hal tetapi harap-harap kecederaan hamstring dialaminya tidak serius.

Selepas diketepikan 3 minggu atas faktor kecederaan, Adebayor kembali dengan aksi 90 minit bersama Togo sewaktu menentang Cameroon dan hasilnya satu jaringan yang dihasilkannya memastikan Togo mengalahkan Cameroon walaupun dia sebenarnya mampu menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol tetapi sepakan penaltinya gagal disudahkan. Bendtner juga mengalami kecederaan di lutut sewaktu beraksi bersama Denmark. Manakala Walcott masih dalam proses pemulihan dan dijangka sembuh 3 April ini.

Sebelum aksi Ivory Coast dan Melawi sememangnya gore habis. Stadium diterjah masuk dengan bilangan penonton yang melebihi kapasiti stadium yang mengakibatkan dinding stadium runtuh di mana 19 orang terbunuh manakala hampir 190 orang tercedera. Tetapi perlawanan diteruskan juga dan kemenangan oleh Ivory Coast dengan empat gol tanpa balas. Ermm..bayangkan Malaysia incharge World Cup, so aku rasa hal begini boleh juga terjadi sekiranya penggawasan pihak berkuasa tidak berjaya mengawasi penonton yang hadir ke stadium.

Selain asyik canang cerita Rooney dinobatkan pemain terbaik England 2008, media di Britain tak habis-habis buat hal bikin hal dengan Arsenal. Faham-faham jer lah, Arsenal memang di anak tirikan oleh media Britain, sama la dengan Shebby Singh yang asik nak sebelahkan MU sambil-sambil menyindirkan Arsenal, sial jer. Lantaklah, aku rasa dia tu kelakor, sebelum Arsenal bertemu Newcastle dia bilang Arsenal akan kalah 2-1, MU kembali menang setelah kalah dengan Liverpool, so tengok lah result yang sebenar.

Ok berbalik kepada hal berbangkit, biasalah, Arsenal dah hampir 4 tahun kempunan piala, so mereka gunakan ini sebagai aset di mana article yang menyatakan individu seperti Fabregas, van Persie, Adebayor serta Wenger bakal meninggalkan Arsenal sebaik habis musim ini. Rumours tu memang biasalah tapi bagi aku bila berbalik kepada rumours ni buat aku fed up gak. Macam unfair, banyak cerita merepek (rumours) dikaitkan dengan Arsenal walhal tu semua cara nak jatuhkan Arsenal, common la, be fair!

Macam la media di Malaysia, government jer elok, pembangkang jer jahat, tapi disini aku tegaskan aku bukanlah pembangkang mahupun government, aku fair and square! Mungkin cerita mengenai van Persie ingin meninggalkan Arsenal dijadikan point cukup besar oleh media tapi van Persie sendiri menyatakan dia dalam proses menandatangani kontrak baru tetapi menunggu bagaimana Arsenal menamatkan musim ini dan hala tuju Arsenal musim hadapan.

Sama seperti Fabregas, kedua-duanya sudah lima tahun berada di Arsenal, cuma satu piala kompetitif saja diraih bersama Arsenal, so mereka mungkin agak terkilan. So point disini, Arsenal perlu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini diikuti dengan plan yang cukup memberangsangkan sekiranya tidak mahu kehilangan van Persie dan Fabregas.

Dan optimis aku nyatakan bukan saja satu, malahan dua piala bakal diraih Arsenal musim ini. Dengan pemain-pemain utama yang tercedera kembali bersama pasukan, apa yang perlu dilakukan cuma pandang ke hadapan dan hadapi setiap perlawanan dengan kemenangan dan konsistensi, so tiada yang mustahil bukan.

Tiada ulasan: