Minggu international dah tamat semalam tapi macam biasalah, minggu international ni sentiasa kasi sial kat Arsenal. Walaupun 3 pemain berjaya menjaringkan 3 gol terutama Adebayor yang baru pulih daripada kecederaan tetapi gol yang dijaringkan oleh van Persie serta Eduardo cuma memberikan 3 mata berharga buat Holland dan Croatia tetapi membuatkan Arsenal terpaksa beraksi menentang Manchester City hujung minggu ini tanpa dua pemain ini setelah mengalami groin injury.
Manakala Nasri yang terkena angin embun Paris sehingga membuatkan dia mengalami selesema (macam aku kalau pegi KL....hahaha), Vela yang mungkin tak sempat naik flight dari Mexico balik London (beli la jet sebijik cam Arshavin..hehe) bersama dengan Diaby yang mengalami masalah fitness akan turut serta bersama join venture dengan van Persie serta Eduardo.
Kecederaan yang dialami oleh Gallas dan Bendtner dikatakan tidak serius dan berkemungkinan berada di dalam pasukan untuk menentang City. Tapi tak kesah la, dengan kembalinya kapten sebenar iaitu Fabregas bersama-sama Walcott dan Adebayor, ketempang sementara ini bolehlah dikatakan bukanlah tipikal sangat.
Tak melampau juga aku katakan aksi menentang City nanti sebagai aksi simpang-siur oleh Arsenal sekiranya Wenger meletakkan Adebayor dan Bendtner digandingkan bersama. Tapi aku bukan sangat aksi cross ni, tak menarik kalau game tak fast, so aku harap jangan la asik cross, bosan beb! Kalau Wenger nak jadi gila skit, taruk Eboue di flank kanan manakala Walcott di kiri dan jadikan Arshavin sebagai second striker.
So dengan Diaby dah out, yang pasti Denilson akan berpasangan dengan Fabregas di tengah. Pada pandangan aku, dengan improvement yang semakin baik ditunjukkan oleh Denilson sejak akhir-akhir ini terutama dari segi tackle, aku rasa game nanti pasti menarik. Robinho kasik Sagna jaga, Wright Philips punya kepala kasik Clichy pegang, seronok gak sambil kejar bola pegang kepala..hahaha. Oklah, sok ke lusa aku merepek balik..
1 ulasan:
"membuatkan dia mengalami selesema (macam aku kalau pegi KL....hahaha)"
ayat xleh blah.. hahahaha :p
Catat Ulasan