Ahad, 19 April 2009

FA Cup Semi Final : Arsenal vs Chelsea - Post Match


Taktikal totally tak menjadi; bodoh pun ada jugak, lost position, easy mistakes yang kerap dilakukan dengan padang yang bumpy, so bagi aku Arsenal sememangnya layak berada sehingga ke semi final FA Cup saja. Paling menyakitkan hati mengenai taktikal, adakah patut Song yang beraksi cemerlang untuk tiga aksi terakhir disingkirkan dari kesebelasan utama dengan memberikan laluan kepada Diaby dan Denilson? Sekiranya salah seorang aku tak kesah, kalau both tendang Song dari beraksi, taktikal Wenger sememangnya salah dan dia sepatutnya dipersalahkan kerana memberikan kepercayaan kepada pemain yang silap.

Cuba lihat, adakah dari minit pertama sehingga 94 minit permainan korang dapat melihat keseimbangan aksi offensive dan defensive? Tiada bukan! So di mana datangnya silap tu? Lihat dimana kedudukan Diaby dan Denilson, mereka kehilangan posisi mereka sendiri dan paling teruk sekali lihat bagaimana aksi Walcott dan van Persie, mereka terpaksa menghampiri ke kotak penalti sendiri semata-mata untuk mendapatkan bola sehingga gap antara midfield dan Adebayor hampir kepada 30-40 meter, so Adebayor bagaikan tiada fungsinya, so tak heran ditukarkan dengan Bendtner pun tiada efeknya malahan Chelsea terus mendapatkan gol kemenangan mereka.

Satu perkara cukup aku tidak berpuas hati mengenai konsep rotation Wenger, cukup bodoh, maaf, bagi aku cukup bodoh. Adakah dia cukup risau dengan keupayaan pemain mudanya untuk beraksi 90 minit atau lebih? Kalau begitu, baik abaikan polisinya dan beli semua player yang cukup terkenal dan berkualiti! Cuba lihat table fixtures Arsenal, siapakah lawan selepas perlawanan ini? Liverpool dalam aksi EPL, so for what reasons untuk simpan player? Biarlah kalah 4 bijik sekali pun di Anfield menggunakan pemain simanan sekiranya Arsenal menggunakan kesebelasan terbaik menentang Chelsea dan layak ke final, aku langsung tak kesah, apatah lagi gap antara Arsenal dan Aston Villa adalah 7 points dengan baki 5 games, unreasonable bukan! Unbeaten in league? Mana fokus yang Wenger jajakan iaitu fokus every game?

Dengan result sebegini, Wenger sebenarnya merisikokan pasukan, apatah lagi pemain-pemain perlukan trofi, begitu juga peminat, begitu juga dia tapi harus diingat result musim ini bakal mempengaruhi transfer windows nanti. Dengan tinggal satu lagi piala yang masih realistik untuk dimenangi (liga juara-juara Eropah) dengan menolak kejuaraan liga yang dilihat sebagai sesuatu yang sukar dicapai, tugasan di Old Trafford dan Emirates harus dilakukan sebaik mungkin jika berhajat kembali ke Rome walaupun skuad ini masih muda, tapi betul caranya, tiada apa yang mustahil bagi Arsenal. Adios!

5 ulasan:

fadh berkata...

wa mmg setuju ngan lu bro..terkejut gak wa bila tgk song x main..denilson ngan diaby tu layaknya jd sub..jgn budget lu org boleh challenge si lampard ngan ballack utk area tgh tu..wa agk patutnya left flank utk nasri atau arshavin..tp 2 2 nya sekadar sub jugak..arshavin tak main utk UCL buat apa nak disimpan lg utk lwn game penting mcm nih?wa tak tau la nak ckp apa..nak kata wenger gila.. x jugak..masih ada perasaan..

kalo wa main FM, dlm situasi mcm ni, mmg wa akan turunkan player2 yg tip top..main cup maa..siapa x nak cup..lost pd liverpool wa tak heran..lebih baik berjuang abis-abisan utk satu gelaran yg sepatutnya ada potensi utk digapai..ke wenger masih berangan nak dpt kan BPL?

utk wenger, lu jgn berangan lu nak dpt kan title BPL tu..lu dah hilangkan satu gelaran disebabkan rotation gila lu tu..jgn smp arsenal tgn kosong lg season nih..mmg siap wa akan tangan2kan lu tu..wa mmg tgh geram nih..sori..

Qsheira berkata...

untuk bab post nie..
gua kurang setuju..
AW fokus kat BPL bab kita nak layan big 4 yg lain ( Man U kat OT, Liv kat anfield, hanya che kat emirates ).
AW perkirakan bila drop 9 point, maka astonvilla/everton sedia take over big 4 BPL..
bab kat atas tu lar, AW buat rotation agak gila tu, tapi hasil nya menit awal dah score, hanya tak fokus dan defend tak larat nak kawal drogba, di tambah fabiansky yang menggelabah sampai buat mistake yang tak sepatutnya..
anyway AW ada sebab tersendiri..
trust AW and trust The Gunners..
i'll always be a loyal Gonner..

rachwan berkata...

aku rasa klu wenger fikir cmtu, mmg apa yg sebelum ni dia ckp goyang la, bkn ke dia kata fokus every game, table jgn hirau n villa xkn mampu ke slot ucl.. lgpn liver dlm keadaan tenat juga beb (lawan plg hampir), klu kita mng lwn chelsea semangat dh ada utk menang, ni kalah nak recover balik agak susah nk pula moral player muda cepat down beb..

aku rasa semua pecaya lg pd wenger tp dia pn manusia biasa, still buat mistakes bukan, so aku rasa even kita sbg fans dapat juga tau mistakes dia n aku rasa semua fans yg kritik ni setia tp yerlah, siapa xkecewa beb, kalah biarlah kalah cara yg sepatutnya..

Qsheira berkata...

nak tau kenapa???
baca kat arsenal.com
AW dah jelaskan kenapa :p hue hehehe

jangan risau..
aku rasa AW nak testing untuk persiapan lawan Man U CL
jadi semi's vs Chelsky
AW jadi kan salah satu uji coba
maka dia tak pasang Arshavin 1st 11

itu menurut aku lar..

predict kali ini lari :( sedih sangat...

kali ini tak berani nak buat predict..
janji menang dah lar..
jangan drop point lagi..

Hafez Rachwan berkata...

kita tgk perjalanan musim ni cmne, harap2 xkempunan lagi..:(