Untuk tempoh seminggu ini, dua aksi menentang Bolton di Reebok Stadium dan Emirates akan memastikan kedudukan kelompok tiga pasukan teratas yang aku jangkakan 6 pungutan mata mampu memberikan motivasi terbaik menuju hujung Januari dan awal Februari yang pasti nya menyajikan 7 perlawanan dalam tempoh kurang dari 4 minggu.
So secara logiknya fitness pemain perlu berada di tahap maksimum dan motivasi dari segi mental perlulah konsisten dalam memastikan mata penting tidak tergelincir. Dan paling penting, fokus setiap aksi yang terdekat kerana jika terlalu memikirkan susunan teratur lagi padat bermula Aston Villa, Manchester United, Chelsea dan Liverpool, sudah pasti kekuatan mental dan fizikal akan tergugat.
Dan musim sejuk ini paling best nak layan sup dan Wenger pastinya teruja kembali mendapatkan Sol Campbell yang juga merupakan pemegang saham Soup Campbell dalam menjanakan kekuatan di bilik persalinan dan tidak mustahil di atas padang setelah menganalisa tahap kecergasan Campbell yang telah berlatih bersama Arsenal dalam tempoh 3 bulan lebih. Sanderos pula berkira-kira cari kelab yang sesuai untuk memastikan aksi 1st team dalam memastikan kedudukannya bersama Swiss pada WC2010, good luck! hehe
Tetapi polisi yang dipecahkan tidak perlu dilupakan kepada tradisi Wenger kini. Ya, signing pemain muda terbaru daripada Bolivia iaitu Samuel Galindo yang sepantas Lamborghini Gallardo yang baru sahaja berusia 17 tahun bakal dijadikan rekrut baru yang bakal mengikuti perjalanan karier seperti Carlos Vela dengan berguru di Spain sebelum kembali ke Arsenal apabila menerima permit kerja nanti. Good luck! Oh ya, budak ni belum lagi ada posing-posing pakai baju Arsenal lagi.
Kunjungan ke Reebok membawa beberapa cerita suka duka di bilik persalinan. Sudah pasti kehadiran talisman Cesc Fabregas daripada kecederaan hamsting akan menjanakan kembali struktur formasi 4-3-3 dengan lebih agresif. Clichy juga menceriakan kem Arsenal tetapi aku jangkakan dia akan berada di bench terlebih dahulu. Denilson nampak gayanya gagal ujian kecergasan setelah mengalami kecederaan tulang rusuk sewaktu menentang Everton bakal terlepas aksi ini manakala Ramsey juga gagal beraksi disebabkan masalah thigh.
Individu lain seperti Nicklas Bendtner dan Walcott dijangkakan akan kembali dalam tempoh 2 minggu lagi dan Wenger nampak gayanya agak desperate mendapatkan dua tenaga ofensif ini. Jack Wilshere dan Kieran Gibbs nampak gayanya belum bersedia untuk masa terdekat. Dan van Persie serta Johan Djourou masih jauh berela daripada tempoh kecergasan. Mungkin pada March nanti.
So aku rumuskan kat sini formasi yang aku jangkakan bakal digunakan Wenger apabila berkunjung ke Reebok Stadium:
GK : Manuel Almunia
CB : William Gallas, Thomas Vermaelan
SB : Bacary Sagna, Armand Traore
CM : Cesc Fabregas, Abou Diaby, Samir Nasri
FW : Tomas Rosicky, Eduardo, Andrey Arshavin
Bench :
Lukasz Fabianski, Gael Clichy, Mikael Silvestre, Carlos Vela, Fran Merida, +++
*+++ : aku tak sure Wenger nak bawak budak-budak mana lagi pegi jalan-jalan amik angin kat Reeboks Stadium, maybe Craig Eastmond la kot, yang lain tak tau la sapa..hehe
Prediction:
Bolton Wanderers FC 0 - 2 Arsenal FC
2 ulasan:
engko tak tau kerr?? yang adik angkat engko Denilson dapat tepukan gemuruh masa di angkat meninggalkan lapangan akibat kecederaan??
aku rasa Dudu isi tempat Rosicky larr.. bab Rosicky yang mudah cedera..
tu mesti la, dia ngn diaby tgh form skrg..hehe
aku rasa utk better men ofensif, baik taruk rosicky ngn arshavn sebelah eduardo..
Catat Ulasan