Jaringan talisman, Cesc Fabregas bersama protege nya iaitu Fran Merida memastikan Arsenal semakin mengekori rapat Chelsea dan MU dalam persaingan teratas liga. So prediction aku mengena dengan tepat sekali cuma dari segi formation tidak tepat disebabkan kecederaan mengejut budak nakal berambut kuning iaitu Samir Nasri.
Dan sekiranya aksi kedua menentang Bolton di Emirates Arsenal memenanginya dengan perbezaan 3 gol, sekurang-kurangnya sehari Arsenal berada di puncak liga, sesuatu yang belum dirasai buat musim ini tetapi pasti di akhir musim nanti! Aksi agresif dengan tackle yang ganas menyerikan lagi aksi ini dan ditambah pula kelibat Tomas Rosicky di tengah padang melanggar pemain lawan dengan selamba nya, nasib baik tidak 'dihadiahkan' kad merah cuma kad kuning sahaja.
Ok, babak pertama keputusan pengadil tidak memberikan sepakan penalti apabila bola 50:50 antara Fabregas dan Jaaskelainen berjaya dicuri Fabregas terlebih dahulu dan kemudiannya attempt Jaaskelainen dilihat terkena pada kaki Fabregas yang sepatutnya dihadiahkan penalti tetapi kemungkinan besar impak sudut sukar dilihat pengadil membuatkan dia berhati-hati dari menghadiahkan sepakan penalti.
Aksi one two antara Eduardo dan Fabregas akhirnya disudahkan Fabregas dengan sepakan leret yang jauh menjangkaui jangkauan Jaaskelainen membolehkan Arsenal mendahului perlawanan. Bermula gol ini, pesta aksi fizikal amat kelihatan yang kadang-kadang tu buatkan aku cuak melihat fizikal kecil pemain Arsenal menerima rempuhan keras lawan.
Dan babak kedua, protege Fabregas iaitu Merida menggunakan peluang sebaik mungkin dengan menewaskan Jaaskelainen dengan rembatan rendah yang juga sukar dijangkau Jaaskelainen. Dengan gol ini, besar kemungkinan ia akan merancakkan kembali kontrak lanjutan Merida yang masih lagi belum berkesudahan.
Aku dah menggantuk, aksi di Reebok dah menang, menunggu pula aksi di Emirates, dengan game yang compact, kekuatan fizikal perlu stabil, dari segi mental tiada masalah ditambah pula keyakinan sekarang membuak-buak. Ok selamat pagi semua!
3 ulasan:
terlambat brooo...
Merida dah pon sign Pra Contract ngan Atletico Madrid yang menjanjikan Starter untuk mamat nie..
Aw kesal ngan die, tak sabor2 nak tunjuk gigi..
Caya larrr predict engko..
bila tengok kan game semalam, ada 4 atau 5 potensi menjadi gol..
tak kire Cescs di jatuhkan lak tu..
kenapa predict hafez ni selalu tepat ha? terrer la..apa kata lepas ni ko predict gol banyak sikit...5-0 ke,7-0 ke...mulut ko masin btol dan ada ong la...hehe....
Apapun puas hati menang mlm tadi dan kalo menang kt emirates minggu ni ada peluang jadi pendahulu EPL...bangga aku sbg Fan Arsenal Malaysia...
ooo..klu cmtu xpela q, nk wat cmne, dh dia pilih ke situ, hrp2 dia berjaya dgn pilihan dia..
nk predict game kedua agak sukar aku rasa, boleh jadi gol bertambah or maybe kurang dgn owen coyle maybe akan analyze betol2 game ni, so kita kena jadi lebih baik, dr segi game smlm passing agak teruk la mgkn disebabkan lwn xbenarkan kita bermain bola bwh dgn permainan fizikal n maybe permukaan padang..tp aku predict lepas ni arsenal boleh menang 3 bijik, aku yakin. Arsenal 3 - 0 Bolton
Catat Ulasan