Aksi padat, mampat dan mantap bagi Januari sehingga Februari diteruskan dengan kunjungan ke Britannia Stadium dalam misi meneruskan kemaraan FA Cup dalam pusingan keempat bagi menuju ke pusingan kelima. Dengan jumlah kecederaan bersilih ganti dan tiada redanya, Arsene pastinya akan menyimpan beberapa pemain penting bagi aksi ini dan memberikan pendedahan kepada pemain muda dan signing 'terbaru' iaitu Sol Campbell untuk beraksi.
Diaby dan Sagna sudah pasti tidak beraksi setelah mengalami minor injury, jadi pemain seperti Craig Eastmond, Jay Emmanuel Thomas, Kyle Bartley, Francis Conquelin dan Gilles Sunu diberikan tugas untuk membuktikan keupayaan mereka. Mungkin kelihatannya formation yang bakal digunakan menggabungkan gandingan pemain di bangku simpanan bersama dengan pemain muda di bawah pengawasan Steve Bould.
Oh ya, di bahagian backline sudah pasti tiada muka Sanderos yang sudah mendatangani perjanjian pinjaman kepada Everton dalam misi mendapatkan aksi lebih banyak untuk regain fitness sebelum menjelang aksi WC2010, good luck! So aku tak sure siapa di kalangan pemain utama yang lain bakal diturunkan ataupun menyertai bench, maka ini formation yang aku predict bakal digunakan Wenger;
GK: Lukasz Fabianski
CB: Mikael Silvestre, Sol Campbell
FB: Armand Traore, Francis Conquelin
CM: Craig Eastmond, Jay Emmanuel Thomas, Fran Merida
FW: Carlos Vela, Sanchez Watt, Gilles Sunu
1 ulasan:
Arsenal tunduk bro..
tapi itu aku tak kisah sangat, game malam semalam sememangnya Stoke semangat membara, The Gunners macam tak nak menang jerrr..
itu gua tak kisah punye, janji Rabu nie kena maen habis2an untuk gelaran BPL.
Arshavin dah pun bakar semangat pemain -> depa cakap Arsenal tak larat nak ambik juara.
harap yang lain ambik hikmah positif.
Catat Ulasan