Ahad, 31 Januari 2010

Gameweeks 24: Arsenal vs Manchester United

Emirates Stadium, 11.55 pm, Referee: Chris Foy


Fokus bagi kaki bola malam ini pastinya di Emirates di mana dua seteru EPL bersua muka sekali lagi dalam usaha merapatkan jurang di antara puncak liga. Ok, peminat Arsenal mahu pun MU pastinya tidak akan duduk senang sehingga bermula perlawanan dan tamat pada minit 96. Yeah 96, disebabkan masa tambahan selama 6 minit..hehe. Dan di pihak Chelsea yang sekarang ini berjalan ala-ala dada kembang walhal perut buncit bersembur air liur memprovokasi setelah mendapat kemenangan di Burnley hasil jaringan kemenangan oelh pemain miang, JT.

Pastinya 3 mata ini amat penting dalam memberikan kekuatan mental terutamanya Arsenal yang akan berkunjung ke Stamford Bridge nanti manakala MU yang sedang berada di tahap moral tertinggi sudah pasti mahu meneruskannya. So aku jangkakan game pasti menarik. Jika dilihat pada pemain kedua-dua pasukan, boleh dikatakan kehilangan beberapa tunggak utama Arsenal dan MU dilihatkan sedikit mengganggu tapi atas semangat permainan berpasukan bagi kedua-dua pasukan, ia kelihatannya masalah ini cukup minimum.


Arsenal bermasalah dari segi serangan dengan ketiadaan van Persie dan Eduardo manakala MU kehilangan Ferdinand yang digantung 4 perlawanan, Vidic mungkin juga terlepas aksi ini. Cuma khidmat Vermaelan bagi Arsenal belum diputuskan, masih 50-50 diturunkan, berkemungkinan Sol Campbell menjadi bidan terjun bergandingan dengan Willie G. Buat masa sekarang, aku merasakan peminat MU lebih cool dibandingkan Chelsea yang bagaikan kera dapat bunga, rileks la, musim ini masih jauh lagi. Paling tidak pun, Arsenal dengan game penting Februari ini akan menggalakkan bagi Arsenal untuk membuktikan perebutan takhta liga masih releven dengan menggunakan khidmat tenaga muda.


Susah juga nak meramalkan aksi ini tetapi jika dilihat dari segi permainan kedua-dua pasukan sejak musim lepas, aku menjangkakan aksi fizikal nampak gayanya tidak keterlaluan dan mungkin bermula dengan corak berhati-hati dan diikuti dengan permainan pantas serta kawalan bola di tengah padang. Dan aku juga menjangkakan, pasukan yang menguasai kawasan tengah dengan penyudah cukup tajam pastinya meraih 3 mata berharga. Bukan super biased tapi aku yakin, Arsenal mampu meraih 3 mata kali ini.

Prediction:
Arsenal 2 - 0 MU



2 ulasan:

Q berkata...

Jalan2 cari makan brooo..
Hancussss lebussss...
Kita terhincut-hincut sekarang nie..
no more drop point plizzzz...
tak kan garang awal, pancit kat tengah kot...
What ever larrr..
Arshavin cam hampe jerrr..
dah boring jersey Arsenal keeee???

Hafez Rachwan berkata...

xpe q, kita keep positif, masih byk lg saingan liga ni, masih byk chances..cuma kita jer kna gunakn baik2..