Ahad, 28 Mac 2010

Optimistik atas dasar Kalkulus


Ramai memperkatakan harapan menjulang trofi liga sudah ranap tetapi metamatiknya belum lagi, dua mata digugurkan di minit akhir membuatkan Arsenal tergelincir 4 mata di belakang MU dan 3 mata di belakang Chelsea yang mudah menewaskan lawan masing-masing. Jadi Arsenal diposisi pengharapan, mengharapkan gameweek seterusnya keputusan seri di Old Trafford apabila MU menerima kunjungan Chelsea manakala Arsenal pastinya perlu memastikan 3 mata penuh dijelmakan sewaktu menentang Wolves nanti. Seri ini bermakna Arsenal gagal meneruskan 6 kemenangan berturut-turut yang dicapai sebelum ini.

Mungkin banyak faktor yang mencederungkan Arsenal mencicirkan dua mata di St Andrews. Pilihan kesebelasan utama, hilang fokus, strategi tidak begitu menjadi dan pastinya permukaan padang yang dilihat kurang memuaskan. Bermula aksi sehingga penghujung April nanti membuatkan Arsenal akan beraksi 3 hari satu perlawanan maka sememangnya kita tidak dapat melihat Wenger meletakkan kesebelasan pilihan utamanya dan terpaksa melakukan rotation yang juga gamble bagi memastikan jumlah kecederaan diminimumkan tatkala beberapa individu masih lagi bergelut mendapatkan kecergasan terbaik. Howard Webb? Sudah aku jangkakan daripada referee dungu botak ni.


Dan tindakan Wenger memasukkan Nasri dan Arshavin membuahkan hasil tetapi kegagalan menggunakan kelebihan jaringan Nasri dengan memasukkan sama ada Eboue atau pun Silvestre dalam memperkukuhkan pertahanan memakan diri dan akhirnya Philips menjaringkan gol berharga buat Birmingham. Dou impak daripada pemain gantian tetapi tidak cukup bermakna buat Arsenal. Jika diimbas, posisi ofsaid Chucho tidak diendahkan penjaga garisan dan memberikan kelebihan buat Philips dan Almunia yang tidak berada di posisinya terkapai-kapai menolak bola keluar, memalukan!

Permukaan padang? Apa yang boleh kita jangkakan di luar Emirates? Terpaksa kita harungi, jika masuk akal, mungkin lepas ni kena propose tambahan padang latihan di mana permukaan padang latihan tidak begitu rata dalam memastikan permainan Arsenal dapat disesuaikan dengan permukaan padang kurang baik di tempat lawan dan pastinya JJB Stadium menjadi satu lagi permukaan padang yang aku rasakan mampu mengganggu permainan Arsenal. Kredit aku berikan kepada Birmingham yang kelihatan cukup berdisiplin mengawal kubu mereka dan banyak mematahkan serangan Arsenal, jadi tidak hairan MU dan Chelsea memperoleh 1 mata sahaja di St Andrews juga. Aku masih lagi optimistik!

1 ulasan:

Q berkata...

siyal punya howard webb..
cam tu pon masuk jadi pengadil kat WC 2010 nie nanti ..
Brooo..
tak up date game penting malam nie ke???

aku confident
Arsenal 3
Barca 1