Ahad, 7 Mac 2010

Khas buat Aaron Ramsey!


Fokus dan keinginan ditunjukkan pemain Arsenal telah membuktikan respon yang cukup membanggakan. Sejak tewas kepada Chelsea di Stamord Bridge, kita ketinggalan 9 mata, secara terangan dikatakan terkeluar dari saingan liga tetapi sekarang kita kembali menyamakan 9 mata tersebut walaupun pada ketika ini Chelsea kurang satu perlawanan. Terpikir juga aku muka-muka yang cukup tegar mengkritik, tunjuk la muka sikit sekarang ni, takkan hari tu dah bersuara lantang sekarang ini menyorok, loser!

Boleh aku perkatakan game semalam adalah aksi membuktikan kritikan cukup salah, daripada aksi permainan Arsenal dikritik kerana sukar untuk menentang pasukan fizikal, Theo Walcott yang kononnya dikatakan tidak layak bersama skuad England dan bermacam lagi agenda-agenda yang tertera di dalam media British. 3 gol cantik walaupun banyak peluang disia-siakan aku rasa sudah memadai menceritakan semua.

Separuh masa pertama aku dapat highlightkan tiga perkara utama, permainan Walcott yang agak kurang memberangsangkan yang aku rasakan mungkin terjejas atas kritikan yang diterimanya sewaktu bersama England menentang Mesir, pemain Arsenal berhati-hati dalam setiap tackle dan terjahan keras di hujung babak pertama pemain Burnley ke atas Walcott tak hairan membuatkan pemain dan peminat Arsenal melenting.


Tetapi gol menarik Fabregas hasil hantaran kemas Nasri berjaya meletakkan Arsenal di hadapan sebelum dia dikeluarkan kerana kecederaan hamstring. Sebelum gol dijaringkan, dia kelihatan berborak dengan physio Arsenal jadi aku jangkakan hamstring yang dialaminya bukanlah begitu teruk, jadi tindakan menggeluarkannya daripada permainan lebih kepada berhati-hati. Jadi Diaby yang baru pulih daripada kecederaan menggantikan Fabregas kembali berpasangan dengan Nasri.


Aksi babak kedua cukup menyerlahkan permainan Nasri, Bendtner dan Walcott. Dengan larian menggelirukan lawan oleh Nasri membuatkan kedudukan posisi pertahanan Burnley kucar-kacir dan sejak pertama kali dia dikatakan bakal menyarung jersi Arsenal, aku cukup teruja kerana aku amat meminati teknik dribble nya. Dan Walcott yang menerima kata semangat oleh Wenger sewaktu rehat kembali membuktikan kritikan ke atasnya dengan pace, larian dan juga crossing cukup promising untuk menambahkan gol tetapi banyak dipersia-siakan Bendtner. Akhirnya, dia sendiri menambah jaringan kedua Arsenal setelah Nugent menyamakan kedudukan.

Bercakap mengenai Bendtner, kita sudah pasti kecewa kerana dia gagal menjaringkan sebarang gol semalam tetapi bagi aku, dia pastinya lebih kecewa tetapi cuba untuk sembunyikannya walaupun menyimpul senyuman apabila dikeluarkan. Apa yang aku rasakan dia cuba membuktikan finishing dia lebih baik dengan cuba untuk plessing ball ke posisi yang sukar di jangkau penjaga gol tetapi semalam bukan hari nya, perlu diingat, bukan sahaja Bendtner, tetapi van Persie juga pernah mengalaminya. Jika kena harinya untuk Bendtner semalam, defisit 6 gol antara Arsenal dan MU mampu dikurangkan. Cuma paling tidak pun, sejak dia pulih dari kecederaan, kerajinan dan keinginan dipamerkan perlu juga diberikan kredit.


Dan gol di minit 90 oleh Arshavin yang juga baru pulih dari kecederaan memastikan kemenangan buat Arsenal cuma apa yang aku perhatikan Arshavin musim ini cukup mengecewakan. Dia kurang semangat sepasukan, sesuatu yang merisaukan.

Jadi tiga mata berharga berjaya dikutip, dengan aksi UCL menanti kunjungan FC Porto, keputusan baik diperlukan untuk Arsenal berada di suku akhir dan pastinya kemenangan serta clean sheet akan memastikan Arsenal layak. Selepas ini aksi menentang Hull City yang aku rasakan perlu fokus 100% oleh pemain serta isu-isu sejak musim lepas sehingga sekarang antara Arsenal dan Hull City akan dibuktikan di atas padang siapa lebih baik. Get well soon Ramsey!

2 ulasan:

Q berkata...

Wenger pengurus yang baik punya.
depa tetap memberi semangat pada Bendtner.
Sidang Media yang lepas Wenger mengulas akan ketumpulan barisan hadapan, dan tidak mepersalahkan Bendtner. Beliau pun berkata yang bendtner sangat kecewa akan dirinya sendiri.
tapi selaku penyokong, kita boleh kutuk.
Bendtnerrrrr kasih asah tajam kaki lu ngan kepala yeeee masa jumpa Porto.
tak, aku ketuk kepala engko yang tinggi panjang tu.

Hafez Rachwan berkata...

haha..dia dh skor 3 bijik, takut ngn ko la