Sabtu, 13 Mac 2010

Gameweek 30: Hull City vs Arsenal - Preview


Berbanding musim-musim lepas, aksi liga musim ini lebih mencabar dengan tiga saingan utama untuk kejuaraan liga begitu juga perebutan slot terakhir liga juara-juara Eropah direbut oleh 5 pasukan termasuk juga saingan penyingkiran liga di mana kedudukan 17 sehingga 20 hanya dibezakan 5 mata sahaja dengan baki perlawanan cuma tinggal 8 perlawanan sahaja, ia pastinya musim cukup menarik. Jika begitu, Arsenal memerlukan konsentrasi cukup tinggi, diinspirasi dan pastinya semangat melawan cukup kuat tatkala kecederaan pastinya melanda selepas setiap perlawanan. Dengan ketiadaan talisman Fabregas, Sagna, Song, Campbell, Gallas dan termasuk senarai panjang kecederaan van Persie, Aaron Ramsey, Johan Djourou dan juga Kieren Gibbs pastinya sedikit sebanyak menganggu kempen di liga mahu pun di Eropah. Akan tetapi kelibat beberapa pemain yang menunjukkan peningkatan seperti Samir Nasri, Abou Diaby, Rosicky, Eboue dan Bendtner memperlihatkan skuad Arsenal semakin hari semakin bercambah option bagi Arsene Wenger.

Peningkatan mendadak terutamanya daripada Nasri, Eboue dan Bendtner pastinya melegakan kita semua tetapi pujian yang diberikan bukanlah boleh berdabik dada secepat mungkin kerana perjalanan musim ini masih lagi berliku tetapi komen positif ini sedikit sebanyak pasti mampu menaikkan moral pemain. Boleh juga aku perkatakan pemain Arsenal mampu membuktikan sesuatu yang mereka miliki dan membalas kepercayaan Wenger serta peminat. Mungkin insiden yang sedikit sebanyak bermula daripada musim lepas sehingga ke musim ini antara Arsenal dan Hull City sedikit sebanyak menaikkan emosi permainan. Apatah lagi Hull City yang agak lama menunggu kedatangan Arsenal akhirnya tidak dapat mengawal perasaan sesama mereka sehingga ada perselisihan faham antara Bullard dan Barmby sewaktu sesi latihan, macam ni pun ada gak.

Jika permulaan musim lepas mereka cukup garang tetapi pada musim ini terpaksa bergelut untuk menggelakkan penyingkiran di mana mereka berada di posisi kedua bawah liga, sama ada ini berita baik buat Arsenal atau tidak tetapi bagi aku Arsenal perlu fokus, tidak memandang rendah lawan dan pastinya pasukan yang bergelut di dalam zon penyingkiran ini pastinya akan bermain bermati-matian untuk menggelakkan disingkirkan. Statistiknya Hull City merupakan pasukan yang melepaskan 6 gol sendiri, cuma 6 kemenangan daripada 50 perlawanan liga terakhir mereka dan pasukan paling banyak memboloskan gol, ini pastinya musim terburuk mereka. Tetapi jika ia dilihat mudah, pasti akan memeakan diri Arsenal tetapi aku percaya pemain yang semakin matang pastinya mampu memperoleh 3 mata berharga di KC Stadium. Bak kata Clichy, menang liga musim ni lebih hebat dari team Invincibles, mungkinkah Invicibles II? Kita nantikan sehingga May nanti.

Prediction:
Hull City 0 - 2 Arsenal
Scorer: Bendtner, Abou Diaby

Tiada ulasan: