Nasri, Bramby dan Hunt nampak gaya nya tidak akan dikenakan tindakan lanjutan oleh FA tetapi Arsenal dan Hull City kemungkinan besar akan menerima denda atas kegagalan mengawal emosi pemain-pemain. Kejap, siapa yang emosi, Hull City aku rasa, tak dapat nak terima game yang dikuasai Arsenal sehingga menggunakan permainan fizikal, so tak hairan kenapa Nasri react kepada Garcia yang secara sengaja menguis kaki dia sewaktu melarikan bola sebelum insiden panas itu berlaku. Kalau Joey Barton pon Nasri tak hairan, apatah lagi Garcia...hahaha. Paling menarik, AW akan mempertahankan Arsenal dan aku suka baca petikan ini:
'Wenger intends to fight his corner and believes that, after the initial spark, his side were more sinned against than sinning.'
So bagi aku la kan, Hull City ni cuma nak perhatian. Lepas kalahkan Arsenal musim lepas, dorang teringin lagi nak jadi perhatian media-media British. Apabila kalah di home mereka, senyap saja. Lepas tu, kekalahan FA Cup di Emirates, isu kononnya Fabregas meludah kepada pembantu Phil Brown dijadikan kes walhal tiada bukti langsung, cuma cakap pada mulut saja. Kalau aku jadi Fabregas, aku saman jer Hull City, buat statement tapi takde bukti! Ni cuba lak lagi cari pasal, aku rasa AW, players dan fans pun malas sangat nak layan dorang ni, apa kelas nak layan team yang nak kena relegate musim ni...hahahahaha.
Ok, berbalik kepada aksi menentang Aston Villa di Emirates yang juga mungkin melibatkan kedudukan posisi kedua, ketiga mahu pun keempat kerana sekiranya aksi ini berkesudahan dengan satu pemenang dan MU mengalami kekalahan, ganjaran tempat kedua sudah pasti milik pemenang tersebut dan bagi Arsenal, jika menang aksi ini dan MU seri, kemungkinan besar melonjak ke tangga kedua jika dilihat pada goal different, so aksi ini boleh lah dikatakan aksi yang juga menentukan kedudukan di top 4 liga.
Dan Aston Villa yang juga telah menewaskan MU, Chelsea dan Liverpool musim ini dilihat cukup bermotivasi bertandang ke Emirates apatah lagi musim lepas kekalahan Arsenal di Emirates membolehkan keyakinan mereka bertambah tetapi Arsenal memadamkan kejayaan Aston Villa di Emirates musim lepas dengan menendang mereka dari kedudukan empat pasukan teratas di hujung musim lepas. Dengan Fabregas masih dalam kondisi 50:50, Arsenal sememang mengharapkan khidmat talisman ini pada aksi super duper penting ini.
Adik-adik Q iaitu Denilson dan Diaby or 'Double D' menunjukkan aksi memukau sewaktu mengAYAMkan Hull City sememangnya diharapkan berterusan. Kualiti tu ada cuma perlu konsisten dan yang penting, buktikan pada aksi penting seperti esok di Emirates. Tak kira la menang macamana, 3 points penting untuk menunjukkan Arsenal adalah pesaing kejuaraan liga yang serius.
Prediction, Arsenal 2 - 1 Aston Villa
1 ulasan:
apo nie???
takkan tak nak mengaku kat adik angkat sendiri larrr pulakkkk..
adik angkat = pujaan hati = double D..
:p wa kakakakakaka
janji menang sudah larrrr..
Catat Ulasan