Jumaat, 4 Disember 2009
Cerita-cerita biasa hujung tahun
November dah berlalu, sekarang sudah Disember dan masih belum berkesudahan cerita yang sama. Ok beb, cool, rileks! Kalah ke atas Sunderland, Chelsea dan Manchester City bukan cerita enak tetapi ini tidak bermakna perjuangan musim ini sudah tamat. Carling Cup? Apa nak kesah, hantar team budak2 jer untuk pendedahan, kita bukanlah desperate sangat untuk Cup ni yang secara logiknya. Lagi pun untuk beberapa musim sebelum ini kita juga melihat aksi Carling Cup lebih kepada pendedahan pemain muda menimba pengalaman dan melihat keupayaan pemain baru pulih dari kecederaan.
Biasalah, angin The Kop dibawa kepada Gunners, bermula dengan injury key player mereka, permulaan musim mereka dilihat cukup hambar dan kini mula untuk kembali menapak manakala Arsenal kembali dengan cerita lama dengan isu-isu kecederaan panjang dan menambahkan kuartet injury prone. Van Persie sudah pasti nama sinonim di wad-wad Arsenal bila hampir pertengahan musim manakala Diaby, Bendtner, Clichy dan Gibbs juga leka di sana. Dan kemunculan Walcott menceriakan mereka, aku dah mula merasakan dia bakal menjalani kariernya sebegini dan aku harap apa yang aku katakan ini silap! January transfer window? Rileks dulu.
Dan seperti biasa, anda semua perlu melayan kerenah fan-fan lain, normal! Tapi kadang-kadang tu rasa kalau dorang takde menyalak bosan gak tapi kalau ada kadang-kadang tu rasa macam lawak pun ada. Contoh nya komen-komen negatif dengan tiada nama kononnya la kan, kesian la, ada nama yang parent kasik pun dah takde nama, link pun takde, aku rasa macam penakut sangat, yerlah, risau team dia kalah akan ada yang datang menyerang ke laman dia. Alahai, lawak-lawak, nak pulak kalau laki yang buat, potong kontol la..hahahaha. Aku pun takde masa nak pegi jenguk laman orang kutuk-kutuk ni, buang masa jer. So layankan jerlah yer, itu jer yang mampu aku cakapkan kepada semua penyokong Arsenal.
Dengan Q nampak gayanya bakal sibuk dengan kerjayanya, ada sesiapa ingin contribute? Aku maksudkan fans Arsenal yer, fans lain? Biarlah, dorang takde tempat mengadu kot, tu menempek kat sini rasanya. So berminat bagitau sama aku dan aku pun akan cuba untuk lebih kerap posting entry lepas ni. Kepada Q, terima kasih atas sumbangan besar anda. Ada hari kita lepak2 layan teh tarik tengok Arsenal main! Ok
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan