Jumaat, 11 Disember 2009

DO or DIE

Mungkin boleh aku katakan aksi di Anfield Ahad ini sebagai pertemuan yang akan menentukan sama ada pemburuan trofi liga bagi kedua-dua pasukan akan semakin baik atau sebaliknya. Arsenal dengan 4 kekalahan di dalam liga manakala Liverpool dengan 5 kekalahan, kedua-dua pasukan kalah pada aksi terakhir UCL di mana Arsene menggunakan skuad termuda di dalam rekod kejohanan UCL bagi menggelakkan penambahan kecederaan manakala Benitez menggunakan aksi itu sebagai langkah memanaskan pemain mereka yang baru pulih dari kecederaan.

Dengan Arsenal kehilangan ramai khidmat offensive diterajui van Persie bersama-sama dengan Bendtner, Rosicky dan Eboue nampak gayanya terpaksa mengerahkan kudrat fizikal kecil Arshavin, Eduardo dan Walcott bagi menggugat fizikal back 4 Liverpool. Mungkin 3 mata ini boleh mengembalikan moral pemain setelah gagal menggutip 3 mata sewaktu bertemu Sunderland dan Chelsea. Sekurang-kurangnya aksi boxing day antara kedua pasukan ini aku jangkakan lebih menarik disebabkan kecenderungan kedua-dua pasukan bermain dengan lebih terbuka.

So ini antara 'DO or DIE', walaupun pungutan 8 mata dibezakan tapi jika benar Arsenal mahukan kejuaraan liga, membuang tiga mata lagi adalah amat merugikan. Dan aku juga merasakan tekanan di pihak pemain untuk membuktikan mereka cukup matang apabila menentang pasukan lebih besar yang sebelum ini disudahkan dengan keputusan tidak memberangsangkan. Jadi, jangan cicirkan mata lagi, positif!

2 ulasan:

irfat berkata...

moga2 menang kali ni..
manela tau kot2 arshavin skor 4 lagi ke..hik3..

Hafez Rachwan berkata...

hahaha...
tu mustahil la klu dia dpt repeat tp aku xkesah sapa skor, janji kena menang..