Jumaat, 23 Oktober 2009

Mungkinkah? Siapa tahu kan..

Cerita-cerita orang terakhir di dalam kawasan padang Arsenal yang merupakan posisi selalu dibicarakan antara beberapa soalan yang telah dijawab oleh Wenger dalam AGM baru-baru ini. Jika benar Almunia sudah kembali fit, kenapa dia diletakkan ke dalam bench sewaktu menentang Alkmaar?

Mungkin aksi menentang West Ham boleh dijadikan penunjuk, sekiranya Mannone masih di gawang, ini bermakna kedudukan Almunia telah ditolak keluar dan memungkin peristiwa no 24 menolak no 1 berlaku lagi seperti mana sewaktu musim akhir Jens Lehmann di Arsenal. Risau? Aku tak pasti, tiada lagi pun panggilan antarabangsa untuk Almunia, cuma di Arsenal sahaja.

Kunjungan ke West Ham akan mengembalikan Eduardo ke dalam skuad manakala Rosicky dan Bendtner masih di dalam keadaan 50:50. Nasri dan Fabianski masih belum cukup cergas, aksi menentang Liverpool dalam kempen Carling Cup yang terdekat untuk mereka manakala Denilson dijangkakan kembali dalam masa 4 minggu (*bad news?) dan Djourou sehingga Mac nanti. Theo, masih diakses kecederaannya.

Dan 3 mata amat penuh diharapkan pada aksi menentang West Ham awal pagi Isnin ini, walau pun kedudukan West Ham agak tercorot, aku pasti mereka akan bermain habis-habisan, so sekiranya Arsenal kekal fokus 90 minit (*termasuk masa tambahan!), aku yakin 3 mata penuh adalah pasti buat Arsenal.

West Ham 0-2 Arsenal

2 ulasan:

Qsheira berkata...

aku rasa Wenger cuma bagi depa pengalaman jerrr..
Bab depa maen cantek lawan Fulham..
WHU nie pon kira derby Londonner gak nie..
cuman tak panas jerrr..
3 mata tu harus..
bila nak piala..

Hafez Rachwan berkata...

YUP2..
tp aku rasa almunia pn asik xform sgt, so xheran la klu fabianski or mannone dpt kacau daun..