Kecewa, setelah 2 gol di hadapan pada babak pertama akhirnya memakan diri dan perasaan yang sama dirasakan seperti aksi menentang Alkmaar. Sesudah mengetahui result di Anfield, aku percaya semangat di kalangan pemain dan peminat memuncak, lihat sahaja di babak pertama tetapi kealpaan di babak kedua membuatkan kita cuma memperoleh satu mata sahaja.
Cuma persoalan di sini sejauh mana fokus pemain-pemain muda, walaupun kita berpeluang mendapatkan gol di minit-minit akhir melalui tandukan van Persie tetapi apa kan daya percubaannya singgah di kaki Green. Sekiranya 3 mata diperolehi dengan baki satu perlawanan, kemenangan memungkinkan Arsenal bersaing lebih baik.
Tetapi aku harapkan keciciran mata ini tidak diulangi di Emirates apabila menanti kunjungan seteru setempat iaitu Spurs yang juga mencicirkan mata apatah lagi menerima kekalahan..hehe. OK, positif, sekiranya baki satu perlawanan itu berkeputusan 3 mata untuk Arsenal, kita akan berada di kedudukan kedua di belakang Chelsea dan sama pungutan mata dengan MU.
Musim masih panjang dan apa-apa boleh berlaku. Aku juga percaya musim ini cukup mencabar, setiap pasukan kecil mampu mengacau pasukan utama apatah lagi seperti Manchester City, Everton, Wigan mahu pun Aston Villa yang dilihat mampu mencabar 4 pasukan kebiasaan di puncak. Oh baru aku perasaan, nasib yang sama dialami oleh Manchester City dan Arsenal setelah lawan masing-masing berjaya comeback dari ketinggalan dua gol. MU? Dah terlambat..kekekeke
Tiada ulasan:
Catat Ulasan