Rabu, 21 Oktober 2009

UEFA Champions League: AZ Alkmaar 1 - 1 Arsenal

Kesilapan mendapatkan gol yang akan menamatkan perlawanan akhirnya memakan diri apabila dua mata diragut di minit-minit akhir perlawanan. Apa yang aku kesalkan adalah beberapa peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan baik ditambah pula sikap tamak di depan gol gagal memastikan 3 mata berharga akan dibawa ke Emirates.

Walau bagaimana pun aku merasakan 1 mata ini cukup penting, dengan 7 mata keseluruhan, kita berada di posisi cukup baik untuk melayakkan diri di pusingan kalah mati nanti. Dari pungutan mata sekarang, aku merasakan 4 mata dari 3 perlawanan lagi dengan 2 daripada 3 aksi ini di Emirates sekurang-kurangnya memastikan Arsenal berada dalam 16 kumpulan terbaik.

Akan tetapi untuk berada di kedudukan lebih selesa, Arsenal memerlukan lebih fokus bagi menjuarai liga dan bersaing dengan pasukan kedua kumpulan lain di pusingan kedua di mana aksi ini juga menggelakkan Arsenal dari bertembung 3 lagi kelab Inggeris.

Jaringan pertama yang berpunca daripada kesilapan pertahanan lawan yang gagal menampan kemas bola akhirnya membolehkan Arshavin membuka permainan kepada van Persie yang tidak dikawal sebelum dia mudah melorongkan bola kepada Fabregas dengan tapping kurang dari 3 meter yang semestinya mematikan langkah penjaga gol lawan.

Asakan Arsenal berterusan tapi apa kan daya, banyak peluang disia-siakan dan dinafikan oleh penjaga gol lawan. Semestinya gol yang dilepaskan di minit ke 93 oleh AZ Alkmaar yang berpunca daripada set pieces amat mengecewakan. Kehilangan fokus mungkin penyebab utamanya. Mungkin terlalu yakin telah membuatkan 2 mata dicicirkan begitu sahaja. Tapi aku percaya keputusan sebegini akan memastikan Arsenal kembali bounce back apabila menentang West Ham Ahad ini. Adios, selamat pagi!!

2 ulasan:

Qsheira berkata...

Yaaaarrr..
better from nothing..
1 point pon jadi lar..

Hafez Rachwan berkata...

2 la Q, patut leh menang tp nk wat cmne, fokus lak hilang..adoiyai