Menghiburkan, itu yang dapat aku bicarakan mengenai aksi menentang Liverpool pada Round 16. Kemenangan 2-1 melalui jaringan Frantastic Merida dan Bendtner memastikan Arsenal sekali lagi mara ke suku akhir. Memang perlawanan ini diutamakan kepada pemain muda tetapi ia juga digunakan Wenger sebagai platform untuk mendapatkan kecergasan beberapa pemain termasuk Nasri, Fabianski, Eduardo dan Bendtner.
Nama-nama seperti Merida, Eastmond, Watt, Coquelin dan Gilbert menunjukkan mereka antara pelapis terbaik Arsenal nanti. Merida dan Eastmond cukup menonjol di mana kelibat mereka cukup bertenaga dan memadamkan nama-nama pemain lebih berpengalaman Liverpool seperti Dirk Kuyt, Voronin, Babel, Skrtel dan Ngog.
3 gol yang terhasil bagi aksi ini cukup menarik. Gol Merida membuktikan dia mampu melakukan keputusan dan tindakan pantas manakala gol Insua sekurang-kurangnya menyedarkan Fabianski agar tidak terlalu off-position di mana dia kerap kali terperangkap dengan kesilapan yang boleh menghukum satu pasukan. Dan hasil gol kedua Arsenal melalui Bendtner menunjukkan mengapa 60,000 penonton di Emirates terhibur kerana walaupun bukan pemain utama, permainan dan jaringan Arsenal tetap berkualiti.
Paling aku risaukan pada aksi ini adalah kucar-kacir di center back. Siapa lagi kalau bukan Sanderos dan Silvestre, mungkin senang sikit nak sebut double botak atau double S..hehe. Nasib full back yang cukup bertenaga di kiri dan kanan yang banyak membantu terutamanya Gibbs yang beraksi dengan penuh kematangan manakala Gilbert dilihat mampu menyinar nanti.
Berita menariknya adalah Nasri menampakkan kreativitinya tidak disekat, cukup bertenaga dan pantas seperti sedia kala. Bertepuk Fabregas melihat Merida yang boleh dikatakan sealiran karier dengannya menjaringkan gol cukup menarik. Arshavin dan Fabregas turut berdiri sambil bertepuk tangan kepada Bendtner yang akhirnya kembali menemui sentuhan. Ok, kita akan ke suku akhir, jika double botak di center back tak kelam kabut dan lebih solid, aku yakin Arsenal bakal menerima Carling Cup pertama di bawah kendalian Arsene Wenger.
4 ulasan:
betol marrrr..
Baby Gunners show up they re in the house
tapi engko lupa yang Benayoun pon masuk 74'
tapi kesal betoi lar..
kita masih mampu menyerang..
tapi bertahan selepas keunggulan hanya 2-1..
kalau dah draw kang, tambah2 lagi kalah pinalty..
nak salahkan refree lagi kerrr???
Center bek memang tak pernah bagi wa satu kepuasan. Susah betul.
Skang ni Gallas macam lain macam pulak!
apapun dak2 muda main mlm tadi mmg cun!
sekarang nie center back dah berubah jadi centre attacking back..
sampai vermaelen pon jaring 4 gol macam RVP..
tak pe lar bolos, tapi yang penting bedal Tth Hotspur kaw2 dulu..
vermaelan dh jd mcm puyol, keje naik atas skrg ni, gallas pn sama..haha
Catat Ulasan