Isnin, 2 Februari 2009

4 in 1

Sori, agak lama aku xupdate sebarang news, kira-kira hampir 2 minggu juga la, dan aku pun agak lost dengan perkembangan EPL, kalau nak harapkan Metro yang bapak aku beli, sampai ke sudah merepek jer, apatah lagi ruangan pasal Arsenal lebarnya xsampai pun seinci. Hatrik seri, January transfer yang dirasakan nyawa-nyawa ikan, salji di utara London dan kecederaan pemain-pemain aku rangkumkan sekali. Senang kira lah.


So cabaran aku kepada Arsenal gagal untuk 100%, cuma 90% jer berjaya dilaksanakan. Game ke 5 gagal dimenangi (sewaktu menentang Cardiff) sememangnya merosakkan momentum konsistensi kemenangan cuma rekod 10 perlawanan tanpa kalah bolehlah dikatakan ok tapi tidak baik disebabkan terlalu banyak keputusan seri yang sudah pasti merencatkan pungutan mata di dalam liga. Apatah lagi seri pada Sabtu lepas, keputusan sama dialami Aston Villa gagal dimanfaatkan untuk mengurangkan perbezaan mata!


Mengenai perpindahan Januari, apa yang dihebohkan cuma Arshavin, bagaikan dia saja target Arsenal kali ini tapi jangan lupa kelibat Diarra dan Gallas diambil dihari terakhir perpindahan. Jam 5 petang di UK (hari ini) bersamaan 1 pagi di Malaysia (kejap lagi) adalah penutup dateline tetapi FA masih memberikan kelonggaran dengan memanjangkan tempoh sekiranya kedua-dua pasukan yang deal memaklumkan terlebih dahulu mengenai transfernya kepada FA dengan cuaca buruk di London dan masalah di bank penyebabnya.


Nasib la Rosicky baru mula training secara ringan, kalau dia tengah fit sekarang, sudah pasti dia bermain hoki ais di venue terbesar sekali. Salji tebal di Emirates menyebabkan pertembungan kedua pusingan kelima FA Cup menentang Cardiff terpaksa ditunda dan harinya belum dinyatakan tetapi aku menjangkakan selepas aksi menentang Spurs.


Dan akhir sekali untuk post yang ringkas ini aku sertakan jangkaan tempoh kecederaan long term trio injury dengan Walcott dan Fabregas menunjukkan perkembangan positif serta Rosicky kembali berlatih secara ringan. Walcott dijangka 4 minggu lagi, Fabregas pula 6-8 minggu manakala Rosicky sekitar 8 minggu lagi. Cuma Walcott sahaja dijangka akan dapat beraksi menentang AS Roma daripada ketiga-tiga pemain ini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arshavin nie belagak betoi lar...
nak gaji mahal2 ...
belum tau lagi pun ngam ke tak ngan corak gunners..
dari big 4 cuma arsenal yang belum berjumpa sesama big 4..
itu pun dah tercicir mata dengan tebiat lama ( draw )
harap2 lar kemenangang berpihak arsenal
ahad vs tth hotspur...
kalau kalah atau pun draw..
berkubur sudah harapan nak juara..
(harap fa jer lar)
ditambah injury list yang semakin padat..
cam ne nie bro????

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya Arshavin merumput kat emirates..
13jt pounds duration 3,5 tahun..
gaji tidak lebih dari 80rb pounds..
(polisi Club yang gaji staff & player tidak lebih dari 80rb sebab nak bayar utang bina emirates stadium)..
FA vs cardiff adalah kemungkinan besar dapat melihat kelibat Arshavin..
moga2 dia nie boleh menjadi..

At least..
Arshavin.. welcome to our beloved Gunners..
Remember..
make us proud to be Gonners..

Tanpa Nama berkata...

Arshavin no. jersey 23
kalau kondisi fit..
vs tth hotspurs dia akan di turun kan..
tapi aku rasa tak lar..
paling2 vs cardiff selasa nanti..

12jt pounds.. 3,5 thn..
bila dapat menjulang minimal 1 trophy..
arsenal harus bayar 3jt pounds lagi..
welcome Arshavin.. thanks to ivan gazidis ( jasa dia lar nie..)
bro wan..
jadi gak goreng kentang..
gila kentang :) wa kakakakaka

Hafez Rachwan berkata...

kentang aku dh dibantai seminggu sebelum official announce..
aku dh bajet dia akan join nyer la..hehe

12 million, 3 million add on klu arsenal mng trofi, 3 thn kontrak, 70k per weeks, tahniah kepada wenger, glazidis dan hill-wood sbb dpt buat deal dgn cukup bijak!

aku rasa game lwn spurs ni dia dh main, nk pula dlm betting kt arsenal.com ada bet lwn spurs, so yakin sgt aku dia main nanti, sama ada sbg subs or 1st 11 xtau la..