Rabu, 25 Februari 2009

Arsenal vs AS Roma - Post Match

Arsenal vs Roma


Kemenangan tipis ke atas Roma di Emirates awal pagi tadi boleh dikatakan keputusan yang agak selesa walaupun Arsenal sepatutnya menewaskan Roma dengan jaringan lebih besar tetapi penyudah yang kurang cermat yang dipamerkan oleh Bendtner dan Eboue menidakkan Arsenal sekurang-kurangnya menang 3-0 dan sekiranya 5-0, itu juga tidak mustahil.

Aksi babak pertama sememangnya dikuasai Arsenal terutamanya penguasaan bahagian midfield oleh Diaby. Sememangnya aksi sebegini yang ditagih oleh peminat Arsenal dari Diaby dengan harapan aksi on/off-nya tidak berlaku tetapi kehadirannya di dalam skuad Arsenal pagi tadi cukup membantu tetapi kecederaan dialaminya disebabkan dipijak kakinya oleh Totti memaksanya keluar daripada padang dan digantikan oleh Song.

Bermulanya Diaby dikeluarkan, aksi goyah daripada midfield Arsenal dapat dilihat terutamanya kegagalan Song dan Denilson meneruskan penguasaan kawasan tengah sebelum ini tetapi kekentalan menahan asakan Roma memastikan Arsenal tidak merelakan gawang Almunia dibolosi, sekiranya ia berlaku, sudah pasti kelebihan buat Roma di pusingan kedua nanti.

Almunia, Sagna, Toure, Gallas, Clichy, Diaby, Nasri dan van Persie melakukan kerja mereka dengan cukup baik terutamanya Diaby dan Nasri, Nasri pada perlawanan ini lebih bertindak kepada attacking midfield di belakang van Persie manakala Bendtner lebih kerap berada di flank kiri untuk menyalurkan bola kepada Nasri dan van Persie tetapi gagal melaksanakan dengan baik.

Aksi Eboue pada perlawanan ini amat baik cuma kesilapannya dari segi finishing sewaktu mendapat bola belanja dari pertahanan lawan gagal dimanfaatkan dengan baik. Bendtner pula cukup lemah dari segi tapping ball [bukan main jauh tapping ball], finishing serta team play, akhirnya digantikan dengan Vela untuk memastikan serangan Arsenal tidak mudah dipatahkan.

Paling mengecewakan bermula aksi 1 2 oleh Diaby dan Eboue di flank kanan sehingga ke kotak penalti dan source ball kepada van Persie sebelum diberikan kepada Bendtner untuk melakukan penyudah tetapi cukup mengecewakan, drop ball yang dilakukannya. Kecewa, sememangnya cukup kecewa, kecewa disebabkan itu antara gerakan terbaik yang dilakukan Arsenal!

Aksi di pusingan kedua nanti perancang Roma, De Rossi bakal terlepas perlawanan tersebut disebabkan memungut kad kuning kedua dan ini satu advantage bagi Arsenal. Dan kemungkinan besar Walcott dan Eduardo berada di dalam pasukan pada pusingan kedua nanti membolehkan jentera serangan Arsenal ke Rome lebih tajam.

Bagi aku, keputusan 1-0 ini adalah keputusan yang positif, clean sheet, apatah lagi sekiranya Arsenal berjaya mendapatkan satu gol di tempat lawan bermakna Roma perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol untuk berada di suku akhir. Dan kemenangan ini juga sebagai motivasi sebelum melayan kunjungan Fulham pada Sabtu ini di Emirates. Man of the match pada perlawanan ini aku anugerahkan kepada Diaby!

2 ulasan:

Qsheira berkata...

aku tak tengok game nie ( keje pagi :( )..
tapi kat paper, RVP man of the match ( sebab jaring goal ke??? :p )

asalkan AW kekalkan rentak permainan Gunners, aku yakin kita akan kembali pada jalur yang betoi

harap2 Gunners
make us proud be Gonners..

Hafez Rachwan berkata...

a'ah,penalty kick dia skor tp yg gerakan seluruh game kbykannya dtg dr diaby..