Jumaat, 20 Februari 2009

Eduardo hamstring, Arshavin bersedia untuk debutnya


Aksi Eduardo seterusnya bakal ditunda ke 2 minggu berikutnya disebabkan dia mengalami kecederaan hamstring sewaktu pertemuan menentang Cardiff City. Selepas jaringan keduanya di minit ke 60, lima minit kemudian dia mengalami kecederaan hamstring yang tidak serius dan digantikan oleh van Persie di minit ke 67.

Sejak kembali beraksi selepas tragedi 23 Februari di Birmingham, Eduardo telah mengalami dua kali kecederaan hamstring di mana kecederaan pertama berlaku selepas beraksi bersama skuad simpanan Arsenal menentang skuad simpanan Pompey. Apa yang pasti kecederaan ini berlaku ekoran tempoh yang lama tidak beraksi [hampir setahun] secara kompetitif.

Memandangkan Eduardo bukanlah hamstring injury prone seperti Messi dan Torres, kecederaan ini bukanlah serius dan sekiranya dia kembali dapat menyesuaikan dirinya dengan aksi kompetitif, kebarangkalian untuk kecederaan ini berlaku lebih kerap adalah sukar. Secara logiknya, dia bakal terlepas aksi menentang Sunderland, AS Roma, Fulham, WBA dan Burnley, ini bermakna aksi Eduardo seterusnya adalah pusingan kedua CL menentang Roma di Rome, Italy.


Tetapi Arshavin pula bakal melakukan debut pertamanya bersama Arsenal menentang Sunderland di Emirates, di mana Wenger mengesahkan dia bakal terlibat, sama ada sebagai 1st 11, subs atau pun sekadar berada di bench. Pada firasat aku, dia bakal memulakan aksi daripada bangku simpanan dan posisi yang akan dimainkannya menjadi satu lagi persoalan.

Arshavin yang baru-baru ini pulang ke St Petersburg melalui jet peribadinya untuk memotong rambut [nonsense bukan, macam takde fashionist jer kat London..haha] sememangnya cukup bersedia untuk beraksi bersama-sama Arsenal cuma dia mengharapkan ke semua peminat akan memberikan masa kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan permainan Arsenal.

Memandangkan Eboue dan Djourou akan berada di dalam pasukan, adakah satu lagi ketegasan Wenger dapat diperhatikan dengan meletakkan Eboue di kawasan sayap kanan Arsenal? Memandangkan Wenger agak marah kepada Eboue mengenai double yellow di White Hart Lane dan aksi mengagumkan daripada Nasri dan Vela di kanan dan kiri midfield Arsenal, Eboue mungkin berada di bench.

So kita lihat nanti, bagaimanakah percaturan Wenger, adakah ia mampu menyemarakkan kemenangan sebelum ini atau tidak dengan jumlah pemain yang ada. Apa yang aku ingin sampaikan di sini, Arsenal perlu beraksi dengan cemerlang untuk perlawanan ini sebagai momentum kemenangan dan sudah pasti penting untuk mengejar kedudukan 4 teratas serta menewaskan Roma di gelanggang sendiri pastinya!

Tiada ulasan: