Undian UEFA Champions League menyaksikan Arsenal seperti biasa akan bertemu pasukan daripada Italy di Round 16, dah macam tradisi dan adat pula. Lawan Arsenal nanti adalah AS Roma. Inter Milan, Juventus dan AC Milan telah pun ditewaskan di Round 16 dalam tempoh 5 tahun ini dan kali ini disajikan pula AS Roma. Yang aku tau pasal Roma adalah jersi dorang mesti fit nyer..hahaha. So aku pun dah memang bajet sangat nak jumpa Roma ni, sama cam Qsheira.
Relax, boleh chill lagi, game akan dijalankan di hujung Februari dan pertengahan Mac di mana pada tempoh ini Arsenal akan disuntik khidmat Walcott dan Rosicky (mungkin la) kembali. Mungkin juga beberapa pemain baru akan diserapkan ke Arsenal pada January transfer windows disebabkan kegagalan skuad yang sedia ada untuk konsisten.
1st leg
Arsenal v AS Roma
Tuesday 24th February 2009
Kick Off 7.45 (UK time)
At Emirates Stadium, London
2nd leg
AS Roma v Arsenal
Wednesday 11th March 2009
Kick Off 7.45 (UK time)
At Stadio Olimpico, Rome
Lupakan pasal CL Round 16, berbalik kepada saingan liga. Untuk tempoh 8 tahun Liverpool gagal menewaskan Arsenal sama ada di Highbury mahupun Emirates, maka tugas pemain-pemain yang sedia ada perlu melebarkan jurang kesanggapan Liverpool.
Dan pertemuan ini juga memang memerlukan Wenger memerah otak untuk melakukan strategi yang mantap di bahagian midfield terutama di posisi wing kiri dan kanan. Manakala Liverpool kehilangan khidmat Fernando Torres setelah mengalami kecederaan hamstring tetapi midfielder mereka menjalankan tugas dengan baik dan menjaringkan gol.
Mudah saja nak gambarkan game antara Arsenal vs Liverpool, bahagian midfield mana bergerak dengan baik malam esok, pasti pasukan tersebut akan mendapat 3 mata berharga. Dan game ini penting bagi Arsenal untuk mengurangkan jurang mata antara kedua-dua pasukan kepada 5 mata sekiranya menang dan Liverpool yang ditekan oleh Chelsea sudah pasti mahukan kemenangan juga.
So pertembungan esok sudah pasti menarik. Kedua-dua pasukan perlukan kemenangan, dan kedua-duanya dah mengayamkan MU dan Chelsea. Sekiranya Arsenal drop points lagi, boleh la say goodbye untuk title. Esok di jam 11:55 nantikan pertembungan menarik ini!
4 ulasan:
4-5-1 or 4-4-2..apepun gerard harus dijerat percintaankan.
Dah draw dah..
refree bodoh..
kat piala dunia bagi 3 card kuning..
kat game semalam belagak ingat..
orang yang terpa dari belakang..
yang kena terpa kena card kuning..
howard webb banyak makan jagung..
jadi suka kuning2..
cesc cedera lak tu..
cam ne nie.. nak lawan aston villa kat kandang dia orang..
pening..pening..
ya..mmg bangang ref tuh..angin btol aku...cesc injured...adoi..mcm season2 lepas gak...bnyk players yg injured....runsing2...positif tetap positif...wait n see..
kan aku dh ckp awal2 dulu..
howard webb tu sial!
Catat Ulasan